Ahad, 23 Julai 2017

KESUDAHAN MEREKA YANG MENDUSTAKAN AYAT AYAT ALLAH


 Firman Allah 

فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ  ﴿٣٦﴾ النحل

Maksudnya
Berjalanlah kamu di muka bumi maka lihatlah bagaimana kesudahan umat-umat yang mendustakan ayat ayat-Allah.
Surah an Nahlu ayat  36


 1 ➫ KAUM MADYAN 

Madyan adalah sebuah kota yang terletak di daerah Ma'an, Jordan.

Bagi penduduk Madyan, Allah telah utuskan kepada mereka Nabi Allah Syuaib ( Jethro ).


Di atas kekufuran mereka, Allah telah membinasakan mereka dengan mendatangkan gempa bumi yang sangat kuat.

 Firman Allah 

فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ  ﴿٣٧﴾ العنكبوت  

Maksudnya
Maka mereka mendustakannya lalu mereka dibinasakan oleh gempa bumi serta jadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur.
Surah al 'Ankabut ayat 37

 2 KAUM SODOM 

Kota Sodom merupakan salah satu kota yang terletak di negara Jordan. Penduduk kota ini memiliki akhlak yang sangat buruk.

Mereka suka melakukan maksiat, merompak dan menindas orang-orang yang lemah.

 Firman Allah 

إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنتُمْ  قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ﴿ ٨١ا ﴾ الأعراف

Maksudnya
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
Surah al A´raf 1yat 81


Di atas dosa dosa mereka maka Allah telah menterbalikkan bumi

 Firman Allah 

 فَجَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ ﴿٧٤﴾ الحجر 

Maksudnya
Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu terbalik dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
Surah al Hijr ayat 74


Dead Sea ( بحر االییت ) Laut Mati
Disinilah bumi Kaum Nabi Lut diterbalikkan .


  3  KAUM SABA'  

Saba´  adalah sebuah kerajaan di abad klasik yang berdiri sejak 1300 SM, terletak di wilayah Yaman saat ini.

 Firman Allah 

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ ءَايَةٌ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ   وَرَبٌّ غَفُورٌ

Maksudnya
“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Allah) di tempat kediaman mereka, yaitu dua buah kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri.” (QS. Saba’: 15)

Di atas kekufuran mereka maka Allah telah mendatangkan banjir besar yang memusnahkan kebun kebun mereka.

Dilanda banjir
 Firman Allah 

فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ ﴿١٦﴾ سبإ

Maksudnya
Maka mereka berpaling, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan
Surah Saba' ayat 16

Kami gantikan dengan ..
 Firman Allah 


وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ   وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ﴿١٦﴾ سبإ

Maksudnya
Dan Kami gantikan dua kebun mereka itu dengan dua kebun berisi pohon - pohon yang pahit buahnya dan pohon-pohon yang jarang berbuah dan sedikit pohon - pohon bidara.
Surah Saba' ayat 16

Mereka bukan calang calang umat ....
 Firman Allah 

كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَآثَارًا فِي الْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ اللَّـهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُم مِّنَ اللَّـهِ مِن وَاقٍ ﴿٢١﴾ غافر

Maksudnya
Mereka adalah orang-orang yang lebih sangat kuat dari mereka dan kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi Maka Allah binasakan mereka disebabkan dosa - dosa mereka dan tiadalah bagi mereka yang dapat menyelamatkan mereka.
Surah Ghafir ayat  21

 Firman Allah 

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan apabila Kami hendak hancurkan sesebuah negeri, Kami perintahkan orang-orang yang diberi nikmat lalu mereka menderhaka padanya maka benarlah atasnya perkataan itu maka Kami hancurkannya sehancur-hancurnya.
Surah al Isra' ayat 16

Ahad, 2 Ogos 2015

PEPERANGAN MU'TAH



Mu'tah pada suatu ketika pernah menjadi medan pertempuran antara Tentera Muslimin menentang Tentera Rom.

Ianya terletak di selatan Bandaraya Amman, Jordan merupakan bekas tanah jajahan Rom Timur ( Byzantine ).


Peperangan Mu'tah berlaku pada Tahun 629M = 8H sebagai menuntut bela atas kematian Harith bin Umair Al Azdi iaitu utusan Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra yang mati dibunuh oleh Syurahbil Al Ghassani pemerintah tanah jajahan Byzantine.

Rasulullah s.a.w tidak ikut serta Dalam peperangan ini . Tentera Mislimin yang diketuai oleh Zaid bin Harithah ( anak angkat nabi ) telah bergerak ke utara Hijaz. Setiba sahaja di Maan, mereka bermalam di sana selama dua hari.



Hasil dari maklumat perisikan, mereka mendapati Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang bersiap sedia menghadapi kemaraan Tentera Muslimin. Berita ini telah menyebabkan Tentera Muslimin berbeza pendapat samada meneruskan peperangan atau menunggu sehingga bantuan tentera tambahan dari Madinah.

Abdullah bin Rawahah mencadangkan agar Tentera Muslimin meneruskan sahaja peperangan tanpa menunggu ketibaan bantuan tentera tambahan daripada Rasulullah. Beliau dengan lantangnya telah berkata..

Wahai Muslimin... 
Sesungguhnya apa yang kamu benci itulah yang kamu cari iaitu SYAHID. 

Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan tetapi kita memerangi mereka kerana Dinul Islam yang Allah telah muliakan kita dengannya.

Oleh itu berangkatlah kamu Sesungguhnya di tengah kita 
ada dua kebaikan samada 
MENANG ataupun 
SYAHID

Kata kata ini telah membakar semangat juang mereka lalu mereka berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata mata kerana Allah.

Medan pertempuran Mu'tah 

Tiga orang sahabat besar Rasulullah telah syahid dalam peperangan ini. Mereka adalah

  1. Zaid binHarithah ( anak angkat Rasulullah ), 
  2. Jaafar bin Abi Talib at Toyyar dan 
  3. Abdullah bin Rawahah.

GELARAN ATTOYYAR UNTUK JAAFAR BIN ABI TALIB

Setelah Zaid bin Harithah syahid maka tugas memimpin tentera Islam dan memegang bendera digalas oleh Saidina Jaafar bin Abi Talib  sebagaimana yang diwasiatkan oleh Rasulullah.











Jaafar bin Abi Talib turut syahid dalam pertempuran ini. Terdapat 70 liang luka pada tubuh Jaafar bin Abi Talib dan kedua dua belah tangannya telah terputus akibat dipenggal oleh Tentera Rom.

Rasulullah telah menggelarkannya sebagai AtToyyar merujuk kepada kedua dua belah tangannya yang terputus itu bebas berterbangan di dalam syurga.


Seterusnya bendera dipegang oleh Abdullah bin Rawahan dan turut syahid. Melihatkan keadaan ini  kaum Muslimin berbaiah melantik Khalid bin Al Walid sebagai Panglima Perang Tentera Muslimin yang baru.



STRATEGI KHALID BIN ALWALID

Khalid bin AlWalid menyusun semula strategi baru. Beliau merasakan bahawa Tentera Muslimin yang sangat sedikit agak sukar untuk mengalahkan Tentera Rom. Oleh itu beliau merancang satu tipu helah bagi memperdayakan musuh.

Keesokan harinya selepas subuh beliau menukarkan kedudukan posisi Tentera Muslimin iaitu ...

  • barisan hadapan ke bahagian belakang
  • barisan belakang ke bahagian hadapan 
  • barisan kiri pimpinan Ubaidah bin Malik Al Ansuri agar ke kanan 
  • barisan kanan pimpinan Qutbah bin Qatadah Al Uzri agar ke kiri.



Tujuannya ingin memecahkan benteng pertahanan Tentera Rom yang terdiri daripada tentera elit, berpengalaman lagi terlatih. Bila keadaan ini berlaku maka mudahlah bagi tentera islam yang elit ( yang duduk di barisan belakang ) menggempur dan menyerang hendap baki Tentera Rom yang tidak terlatih.

Perasaan gerun dan takut pada pasukan Tentera Rom mulai timbul setelah melihat seramai 3,350 tenteranya telah berjaya dibunuh oleh Tentera Muslimin.


Strategi Khalid ini bukan sahaja berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Tentera Rom malah ia berjaya menyelamatkan Tentera Muslimin dari diasak hebat Tentera Rom.



Bagi memperingati para pejuang yang syahid dalam Pertempuran Mu'tah, satu tugu peringatan yang tertulis nama nama syuhada'telah dibina oleh Kerajaan Jordan selain daripada membina sebuah Universiti Tentera yang dikenali sebagai Mu'ta University.




Sabtu, 29 November 2014

PEMBUKAAN KOTA BAITUL MUQADDIS


Peperangan Yarmuk adalah peperangan kedua antara tentera Islam dengan tentera Rom. Tentera Islam dipimpin oleh Abu Ubaidah al Jarrah telah berjaya menewaskan tentera Rom. 

Dengan kejayaan ini telah membawa kepada pembukaan Kota Suci Baitul Muqaddis, 

Bagaimanapun Patriach Sopronius ketua Paderi Baitul Muqaddis enggan menyerahkan kota ini kepada umat Islam dengan pertumpahan darah.

Sopronius telah memberi syarat supaya khalifah Islam yang kedua iaitu Umar bin AlKhattab datang sendiri menemui penduduk 'Ihya' ( Jerusalem ) dengan Jaminan keselamatan.

Saidina Umar bersetuju memenuhi syarat tersebut. Sebagai seorang pemimpin yang zuhud dan sentiasa merendahkan diri, Saidina Umar datang ke Baitul Muqaddis dengan 

  • Menaiki seekor unta, 
  • Ditemani oleh seorang khadam dan 
  • Berbekalkan air, roti dan buah kurma di sepanjang perjalanannya ke Kota suci ini.

Setiba sahaja di Jabiyya, Saidina Umar meluangkan masanya bertemu dengan tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah AlJarrah.

Melihatkan Kaki Saidina Umar berceloreng dengan debu tanah dan luka, maka Abu Ubaidah memberi cadangan ingin mengiringi Saidina Umar hingga ke pintu kota Baitul Muqaddis.

Saidina Umar menolak cadangan itu lalu bersegera meninggalkan perkhemahan tentera di Jabiyya. 








TIBA DI KOTA BAITUL MUQADDIS 

Tentera Rom dan penduduk Ihya' berkumpul memenuhi Jerusalem. Saidina Umar berhenti seketika apabila menjejaki Gerbang Damsyiq. 

Dengan penuh kehambaan kepada Allah Saidina Umar berjalan masuk meninggalkan khadam dan untanya.

Seluruh pembesar dan rakyat di Jerusalem tunduk memberi penghormatan kepada Saidina Umar. Dengan nada yang keras Saidina Umar berkata  


Alangkah malangnya kamu semua, Angkat kepala kalian. Sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala ( sujud ) seperti ini kecuali kepada Allah".

Sopronius menitiskan air mata melihatkan kesederhanaan Saidina Umar. Sambil memegang kunci Kota Baitul Muqaddis, Sopronius berkata kepada Saidina Umar..

Sesunggunya orang yang akan aku serahkan kunci AlQuds ini dan seterusnya menguasai kota Baitul Muqaddis ini memiliki tiga tanda. Tanda tanda tersebut jelas isebut dalam kitab Injil kami.
  • Orang itu berjalan kaki manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya
  • Orang itu datang dengan kedua dua belah kakinya diselaputi debu debu tanah
  • Orang itu datang dengan keadaan bajunya penuh dengan tampalan.

Kemudian Sopronius meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang terdapat pada baju yang dipakainya. Terdapat 17 tampalan semuanya. 

MENOLAK PELAWAAN SOLAT DI GEREJA

Waktu Zohor telah masuk, sebagai tuan rumah Sopronius mempelawa Saidina Umar agar solat Zohor di dalam Gereja AlQiamah ( Holy Sepulcddhre ). 

Saidina Umar menolak pelawaan tersebut kerana bimbang jenerasi Islam selepasnya akan menukarkan gereja kepada masjid.

Saidina berjalan ke arah selatan dan mendirikan solat Zohor di satu kawasan lapang tidak jauh dari Gereja AlQiamah. 

Diatas kawasan inilah kemudiannya dibina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Umar.

MENJEJAKI BUNGKAH BATU TERGANTUNG








Kemudian Saidina Umar terus menuju ke Haram As Syarif dan beliau mendapati kawasan tersebut telah terbiar dan dipenuhi dengan sampah sarap. 

Saidina Umar menggunakan jubah yang dipakainya bagi membersihkan kawasan tersebut. 


Tindakan Saidina Umar ini telah diikuti kaum Muslimin, Mereka telah bergotong royong sehinggalah seluruh kawasan tersebut  menjadi bersih dan terang. 

Ditengah tengah kawasan tersebut tersergam sebungkah batu tergantung yang ingin mengiringi Rasulullah s.a.w naik ke langit dalam peristiwa  إسراء معراج

Setelah sepuluh hari berada di Baitul Muqaddis, Saidina Umar kembali semula ke Madinah bersama khadamnya.




Selasa, 2 September 2014

SEJARAH KOTA MEKAH



Makkah ( Makkah al-Mukarramah ) ataupun Mekah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Di sinilah terletaknya Al Masjid Al Haram dan Kaabah yang merupakan qiblat utama umat islam. 

Makkah terletak di ketinggian 277 meter (910 kaki.) daripada paras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang, yang telah ditakrifkan pengembangan kontemporari bandar raya ini. 

Bandar raya ini berpusat di sekitar Masjid al-Haram (tempat paling suci). Sekitar kawasan masjid mengandungi bandar lama. 



SEJARAH KOTA MEKAH

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. 

 💖 Firman Allah 

رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ ﴿٣٧﴾ ابراهیم

Maksudnya
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang disucikan
Surah Ibrahim ayat 37

Apabila air yang dibawa oleh Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi bayi mula menangis meminta susu. 

Hajar mula gelisah lalu berlari mencari air di antara Bukit Safa, Jabal Qubais dan Bukit Marwa. 

Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis menghentakkan kakinya di atas tanah maka terpancarlah air ( air zamzam ) dari tanah tersebut. 



Sejak dari itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka tinggal di situ dan membuka penempatan baru. 

Ketika membina Kaabah, Nabi Ibrahim pernah berdoa

💖 Firman Allah 

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـٰذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ ُ﴿١٢٦﴾ البقرة

Maksudnya
Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah (Makkah) negeri yang aman dan rezekikanlah dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya yang beriman kepada Allah dan hari akhirat ..

Surah al Baqarah ayat 126

Kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan di Semenanjung Arab telah menimbulkan rasa cemburu dan irihati kepada Raja Abrahah. 

Raja Abrahah telah menghantar bala tentera yang menaiki gajah untuk menyerang Makkah. 

Namun usaha ini sia-sia sahaja. Raja Abrahah dan tenteranya telah dibinasakan. 

Selain daripada itu, Makkah merupakan tempat lahirnya Rasulullah, tempat Baginda menerima wahyu dan tempat Baginda menyampaikan ajaran Islam.

Pada Tahun 622M, Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya berhijrah ke Madinah. Di sana ajaran Islam telah berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. 

KEMBALI SEMULA KE MAKKAH

Nabi Muhammad s.a.w. kembali semula ke Makkah pada tahun 628 M bersama-sama ribuan pengikut baginda tanpa ada sedikitpun pertumpahan darah.

Rasulullah melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah serta mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. 

Baginda juga memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentangnya. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.

NAMA NAMA MAKKAH 



CATATAN

Lafaz “al-Masjidilharam” telah disebut dalam al-Quran pada 15 tempat (kali). Ia merujuk kepada beberapa tempat, iaitu:
  • Kaabah.
  • Masjidilharam dan kawasan sekitarnya.
  • Makkah seluruhnya
  • Seluruh tanah Haram.

والله اعلم

Sabtu, 2 Ogos 2014

JAHANNAM YAHUDI


Setiap kali kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap masyarakat Palestin kita pasti menjadi geram dan marah. Kemuncak dari kemarahan ini akan keluar kata kata yang berbunyi seperti “Mampuslah Israil”, Israil Laknatullah” dan sebagainya

Tahukah anda bahawa kalimah Israil itu adalah nama lain kepada Nabi Allah Yaakob a.s. Kalimah Israil itu sendiri dalam bahasa Hebrew ( bahasa Yahudi ) bermaksud “ Hamba Tuhan” iaitu satu gelaran khas kepada Nabi Yaakob a.s. Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 93 “ .



Firman Allah

كل الطعام كان حلا لبني إسرائيل إلا ما حرم إسرائيل على نفسه من قبل أن تنزل التوراة  

Maksudnya Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan makanan yang diharamkan oleh Israil (Ya'qub) untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan

Nabi Yaakob a.s adalah anak kepada Nabi Ishak a.s dan cucu kepada Nabi Ibrahim a.s. Baginda telah dikurniakan seramai dua belas orang anak dan salah seorang daripadanya adalah Nabi Yusuf a.s.

Dari dua belas orang anak anak Nabi Yaakob ini maka terbentuklah kabilah-kabilah Bani Israil. Perkataan Bani Israil yang disebut dalam AlQur’an itu sendiri adalah bermaksud anak- anak keturunan Nabi Allah Yaakob. a.s.

Bani Israil pada asalnya merupakan golongan yang mendokong agama Tauhid.  Bani Israil pernah diseksa oleh Firaun hanya kerana mereka  beriman dengan Allah dan enggan mengiktiraf Firaun itu sebagai tuhan.

Namun begitu keimanan mereka semakin hari semakin goyah. Hati kaum ini menjadi keras sehingga tidak dapat mernerima ajaran yang disampaikan oleh nabi nabi mereka malah kebanyakan dari nabi-nabi yang Allah utuskan ini telah menjadi mangsa pembunuhan mereka.

Kedatangan Nabi Isa a.s dengan membawa kitab Injil telah menjadikan Bani Israil terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang menyokong / membantu Nabi Isa a.s dipanggil sebagai Nasoro atau AlHawariyin. Adapun golongan yang menentang Nabi Isa a.s dikenali sebagai Yahudi .

Oleh kerana mereka telah kufur dengan Allah maka gelaran Bani Israil ini tidak layak lagi bagi mereka. Semasa Rasulullah s.a.w berada di Madinah, Baginda sendiri tidak pernah memanggil mereka dengan panggilan Bani Israil apatah lagi memanggil mereka dengan nama Israil.

Seandainya Rasulullah s.a.w tidak pernah memanggil mereka Bani Israil ( apatah lagi Israil ) kenapakah kita pula bersungguh-sungguh mendahului apa yang Rasulullah s.a.w lakukan.

Penggunaan kalimah “Israil “ adalah semata-mata ingin mengelirukan umat Islam. Dalam AlQur’an, kalimah Yahudi ‘ seringkali digambarkan sebagai satu puak yang kejam,pembunuh ,bangsa yang biadap dan amat memusuhi umat Muhammad. Dalam erti kata lain kalimah Yahudi ini menggambarkan satu identiti serta imej yang buruk lagi hina kepada mereka.

Untuk menunjukkan yang mereka ini baik dan menjadi umat yang dikasihi Allah maka mereka menukarkan dari perkataan Yahudi kepada “ Israil”. yang membawa maksud " Hamba Tuhan " dalam bahasa Hebrew

Oleh yang demikian marilah sama-sama kita letakkan penggunaan nama Israil ini pada hamba Allah yang berhak menerimanya iaitu Nabi Allah Yaakob a.s.  Perkataan “ Israil “ tidak sepatutnya keluar dari mulut orang- orang islam dalam apa jua keadaanpun  yang mengaitkan kebaikan  dan keburukan orang-orang Yahudi. Sebaiknya sebutlah “  Yahudi Laknatullah” , “ Mampuslah Yahudi " dan sebagainya sekiranya kita ingin mengutuk akan kedurjanaan mereka.

Muslihat Yahudi disebalik perjanjian damai sila klik di sini
Nasyid dan kisah penderitaan rakyat Palestin Sila klik disini

Sabtu, 25 Disember 2010

SYIAH

Syiah adalah satu fahaman yang “kononnya” mengutamakan Saidina Ali bin Abi Thalib serta keturunannya . Golongan ini berpendapat bahawa Saidina Ali sepatutnya menjadi pemimpin pertama umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w bukannya Saidina Abu Bakar, Umar ataupun Uthman. Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan ianya perlu disekat. Berikut ini adalah beberapa bentuk penyelewengan yang terdapat di dalam ajaran Syiah


1. Khalifah Diwasiatkan Secara Nas
Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78: Terjemahannya:

“Kami mempercayai bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya dan mengambil baiah kepadanya untuk memerintah orang-orang Islam pada hari Ghadir, Ialu baginda bersabda: " Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Alilah yang menjadi ketuanya. Wahai Tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada".

Syiah mempercayai wasi Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas AI-Mahdi AI-Muntazar. Fahaman ini adalah salah satu dari fahaman yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba’ iaitu seorang Yahudi dari Yaman yang berpura-pura memeluk islam.

Menurut Abdullah bin Saba’ Konsep Wasi adalah konsep wasiat sebagai pengganti iaitu mengangkat Saidina Ali sebagai pengganti Rasulullah s.a.w. Katanya: “Setiap nabi mesti mempunyai wasi (orang yang menerima wasiat) Sebagai Contoh Yusya` bin Nun adalah wasi kepada Nabi Musa maka, Abi bin Abu Talib itulah wasi Muhammad. Tidak ada orang yang lebih zalim daripada mereka yang tidak melaksanakan wasiat baginda.

Dengan konsep yang diubah suai dari doktrin agama Yahudi ini, Ibn Saba’ telah berjaya meracuni keimanan penduduk Mesir agar mengangkat Saidina Ali sebagai khalifah dengan menolak kekhalifahan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman. Hasilnya Ibn Saba’ telah berjaya menaikkan semangat puak-puak supaya menentang dan memberontak terhadap Sayyidina Uthman. Kesudahannya, provokasi itu membawa kepada kesyahidan Uthman pada 18 Dzulhijjah tahun 35H.
Sedangkan dalam Islam tidak terdapat satu naspun samada dari al-Quran mahupun Hadith-hadith sahih yang yang menentukan bahawa Saidina Ali itu adalah khalifah selepas wafat Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu, para sahabat telah bersetuju melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik sahaja wafat Rasulullah s.a.w. dan Saidina Ali pun sendiri telah berbaiahdengan perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.

2. Imam adalah maksum

Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada iktikad mereka, Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum.

“Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana merekajuga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Kerana imam-imam itu merupakan pemelihara syariat dan orang-orang yang menegakkan hukum syariat. Keadaan mereka seperti nabi”. Kitab Aqaid al-Imamiah

3. Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada')

Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini jelas menganggap Allah itu jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas seperti yang dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal 146.

Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada', An-Naubakhti menyebut bahawa Ja'far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja'far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, maka Jafar berkata, "Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenai peristiwa anakku Ismail

Pendapat ini jelas bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud:

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata." (Surah al-An'am ayat 59)

4. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan (ar-Raj'ah)

Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman. Mereka termasuk para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh al-Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.

5. Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.
Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman.

Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad al-Samiri. Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra. Beberapa bulan sebelum wafat Ali Ibnu Muhammad al-Samiri, sampailah secebis surat kepadanya yang ditandatangani oleh Imam Mahdi yang tertera di dalamnya "Sesungguhnya telah berlaku ghaibah yang sempurna”

Selepas tahun 329H bermula Ghaibah Kubra hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai pendusta..

Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu. malah apa yang jelas ialah Imam Mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah.

"Daripada Abdullah bin Mas'ud, daripada Nabi s.a.w sabdanya: "Allah akan mengutus seorang lelaki daripada keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman". (Riwayat al-Tirmidhi) Dalam riwayat Abu Daud dan al-Hakim menyebut “Ia memerintah bumi selama tujuh tahun."

Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan asas utama rukun iman mereka.

Nikah Mut'ah.

Golongan Syiah menghalalkan nikah Mut'ah. perkahwinan Mut'ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan. Nikah Mut'ah boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa izin bapanya dan juga perempuan pelacur. Apabila dilakukan akad hendaklah disebut mahar dan tempoh yang diredhai oleh kedua-duanya. Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk gula atau segenggam makanan dan sebagainya. Menurut golongan Syiah lagi “nikah mut'ah tidak ditentukan bilangan wanita yang dimut'ahkan, boleh dilakukan sampai seribu orang wanita.

Sesungguhnya Islam telah mengharamkan Nikah Mut'ah. Sabda Rasulullah pada haji Wida’ "Wahai manusia sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mut'ah (tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah S. W. T telah mengharamkannya sehinggalah hari kiamat, sesiapa yang masih ada perempuan mut'ah di sisinya, maka hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah kamu mengambil sesuatu yang kamu telah memberikannya. Hadith riwayat Ibnu Majah

Daripada Ibnu Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kami bermut'ah sebanyak 3 kali kemudian baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut'ah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri telah mengharamkannya." (Riwayat Ibnu Majah)

LAIN – LAIN BENTUK PENYELEWENGAN AJARAN SYIAH


1) Menziarahl Kubur Saidina Husain, Ganjarannya Syurga
2) Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.
3) Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman.
4) Berpura-pura (al-Taqiyyah)
5) Menghina Isteri-isteri Nabi s.a.w.
6) Mengharuskan Jamak Sembahyang Dalam Semua Keadaan
7) Imamah dan Khilafah Sebahagian daripada Rukun Islam dan lanya Berlaku Melalui Nas
8) Sembahvang Duha Adalah Bid'ah
9) Islam Bukanlah Syarat Wajibnya Haji
10) Wajib Menyapu Kedua Dua Kaki Dan Tidak Memadai Basuh Pada Kedua-Keduanya.
11) Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali
12) Menambah Syahadah.
13) Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir
14) Menolak ljmak Ulama
15) Menolak Qias

Rabu, 2 Disember 2009

MADRASAH AL ULUM


Madrasah Al-Ulum Al-Syari'yyah atau sekarang lebih banyak dengan nama SMA Al-Ulum Al-Syar'iyyah adalah salah satu sekolah menengah agama di Perak yang mendapat pengiktirafan dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sekolah agama yang ada di Batu 20, Bagan Datok, Perak telah ditubuhkan pada hari khamis 21hb. Oktober 1937M bersamaan 15 Syaaban 1356H. Haji Muhammad Arshad telah diangkat menjadi Mudir sekolah ini yang pertama

Idea penubuhan madrasah ini adalah datang Haji Ali bin Haji Hussein.
Dan pilihan nama Madrasah Al-Ulum Al-Syari'yyah adalah kerana semua matapelajaran yang diajar menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak.

Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Madrasah Al-Ulum masih belum ada kerana ketiadaan Haji Muhammad Arshad yang berpindah ke Masjid Tinggi, Bagan Serai bersama-sama keluarganya. Anak beliau yang bernama Haji Hassan Adli telah dilantik sebagai Guru Kanan yang merupakan perantara antara ayahnya dengan pengendali madrasah.

Haji Hassan Adli telah dilantik sebagai pengurus Harta hingga tahun 1959 dan juga sebagai Pemangku Mudir setelah Haji Muhammad Arshad, ayahnya meninggal dunia. Kesibukan beliau sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Kuala Terengganu Utara pada tahun 1959, menyebabkan dia menyerahkan tugas sebagai Guru Besar kepada Haji Ali Sabran Haji Asmawi.

Antara tahun 1947 hingga 1960 an, tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama dari Universiti- Universiti Timur Tengah seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Riyad, lulusan masjidil haram dan Madrasah Darul Ulum Al-Mukarramah.

Pada tahun 1980, Haji Hassan Adli telah diangkat oleh kerajaan Malaysia sebagai Duta Besar ke Mesir, lantas dia telah menggunakan peluang yang ada hubungan dengan pihak Al-Azhar di Kaherah. Hasil perbincangan tersebut, akhirnya lepasan 4 Thanawi madrasah ini boleh diterima masuk ke Universiti Al-Azhar. Pihak Universiti Al-Azhar mahukan agar kurikulum di Madrasah Al-Ulum perlulah diselaraskan dengan kurikulum yang ada di Thanawiyah Al-Azhar dari kelas 1 hingga 5.

Perkembangan Kurikulum


Sistem pendidikan secara madrasah telah ditekankan dan dilaksanakan di Madrasah Al-Ulum Al-Syar’iyyah dengan mencontohi sistem yang terdapat di sekolah-sekolah kerajaan. Sistem madrasah lebih sistematik dan lebih formal dari sistem pondok dan mulai meluas di kalangan masyarakat Islam pada awal abad ke-20. Kejayaan yang dicapai oleh madrasah-madrasah di Kota Mekah menjadi sumber inspirasi kepada Haji Muhammad Arshad untuk mencontohi dan mengadaptasi sistem madrasah di atas.

Pada tahun 1974, matapelajaran akademik mula di ajar di madrasah ini. Sehubungan dengan itu, pihak madrasah telah membuka kelas bagi peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam usaha untuk melengkapkan para pelajar dengan ilmu pengetahuan khususnya untuk mengimbangi peredaran zaman, maka pihak pentadbir madrasah telah membuat satu perubahan besar iaitu menjalankan dua aliran secara serentak iaitu agama dan akademik, pada tahun 1982.

Bagi aliran akademik, sukatan pelajarannya adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan dan mendapatkan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sijil I’dadi dan Sijil Thanawi akan diberikan kepada para pelajar aliran agama yang lulus peperiksaan agama sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Perak.

Perkembangan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum Madrasah Al-Ulum Al-Syariyyah sudahpun bermula pada tahun 1950an lagi. Kegiatan kokurikulum yang dijalankan agak terbatas kerana kekurangan kemudahan infrastruktur.

Kegiatan kokurikulum hanya tertumpu kepada latihan syarahan, perbahasan, syair, dan tilawah al-Quran. Kegiatan sukan dan permainan seperti bola sepak, badmiton dan juga sepak raga turut dilaksanakan.

Pada tahun 1982. telah diadakan ’Usbu’ al-Madaris’ yang mengumpulkan sekolah-sekolah agama rakyat di Perak untuk pertandingan sukan, syarahan dan perbahasan. Sekolah Al-Ulum Al-Syari’yyah telah dipilih menjadi tuan rumah yang pertama .

Sesungguhnya Al-Ulum telah mencapai era kegemilangan pada tahun 1980an dapat membuktikan sistem pendidikan Islam yang dijalankan telah mendapat pujian seterusnya memilih contoh untuk diperkembangkan ke seluruh SAR di negeri Perak. Kecemerlangan para pelajar Al-Ulum orang ramai di kalangan mereka belajar di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan di luar negara.

Kejayaan yang pernah dilakukan oleh sekolah ini adalah berpunca daripada keikhlasan dan kepatuhan kepada peraturan yang menjadi asas utama membimbing para pelajar.

Berkaitan dengan asas, sekolah Al-Ulum berdiri teguh dan gagah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sejak penubuhannya yang lalu.
1)  2) GAMBAR KENANGAN AL-ULUM (1986 - 1990)   SILA KLIK DI SINIMAKLUMAT PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR AL- ULUM

Jumaat, 31 Oktober 2008

PENGENALAN

abunusaircty.blogspot.com adalah mengambil nama dari sebuah bandar perumahan di Jordan. Terletak berhampiran dengan University Of Jordan, Abu Nusair Housing city merupakan kawasan perumahan utama pilihan penuntut -penuntut Malaysia di Amman selain dari Sweileh dan Jubaiha.

Penulis mula menginap dikawasan ini pada tahun 1992 ketika mula-mula sampai ke bumi Jordan. Lokasinya di Harah ( Seksyen ) Satu sebagai penginapan sementara sebelum berpindah ke Harah Lima. Selepas itu, berpindah pula ke Harah Tujuh iaitu satu kawasan perumahan yang agak strategik. Ini adalah kerana kawasan tersebut berhampiran dengan Pusat membeli belah , Bank serta Balai Polis.


Untuk mengabadikan kawasan ini dalam lipatan memori, maka penulis telah memilih nama ini sebagai salah satu nama blogspot

Pemandangan selepas Solat hari raya di kawasan lapang Suq Tijari (Pusat Beli belah ) di Iskan Abu Nusair

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com