Isnin, 18 Jun 2018

KERAJAAN BANI UMAYYAH ANDALUSIA


Andalusia pada suatu ketika dahulu merupakan satu kawasan pemerintahan orang orang Moorsh di Sepanyol yang meliputi bandar bandar besar seperti Cordoba, Toledo dan Granada.

SEJARAH PENAKLUKAN ANDALUSIA

Pada bulan Rejab 97H bersamaan Julai 711M, Tariq bin Ziyad, Panglima Perang Islam ketika pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik (al-Walid I) dari Kerajaan Bani Umaiyyah telah mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara, Musa bin Nusair untuk melakukan penyerangan ke Semenanjung Andalusia.

Bersama 7.000 orang tentera, Tariq bin Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar (Jabal Tariq) menuju Andalusia.


Sebaik sahaja mendarat Tariq bin Ziyad bersama bala tenteranya terus mara menggempur pasukan tentera Roderick yang berjumlah 100,000 orang.

Tentera Islam telah berjaya menewaskan Tentera Roderick dan Raja Roderick telah telah terbunuh Dalam pertempuran ini.

Setahun kemudian, Musa bin Nusair bertolak membawa 10,000 tentera menyusuli tentera Tariq. Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia telah jatuh ke tangan ditakluki tentera Tariq dan Musa.

Pasukan tentera Musa dan
 Tariq bertemu dan bergabung di Toledo. Hanya dalam masa 2 tahun, seluruh daratan Sepanyol berjaya dikuasai. Mereka juga berjaya menakluki Portugal beberapa tahun kemudian.

Hasrat Musa bin Nusair dan Tariq bin Ziyad mara ke utara menakluki seluruh Eropah tidak kesampaian apabila dipanggil balik ke Damsyiq oleh Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik ( 705M - 715M )

Tariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Sepanyol. Setelah bertemu Khalifah, Tariq bin Ziyad telah jatuh sakit lalu meninggal dunia pada tahun 719M.


PENUBUHAN DAULAH BANI UMAYYAH ANDALUSIA 

Kerajaan Islam Bani Umayyah Andalusia telah diasaskan oleh Abdul Rahman l pasa tahun 756M. Antara penyebab utama yang mendorong kepada penubuhan kerajaan baru ini adalah ..
  • Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah Damsyik pada tahun 750M kepada Kerajaan Bani Abbasiyyah. 
  • Perpindahan pusat pentadbiran Islam dari Damsyik ke Baghdad  
Abdul Rahman I ketika itu menjadi khalifah Bani Umayyah telah lari ke Sepanyol lalu mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah Andalusia yang berpusat di Cordoba.


Kerajaan Bani Umayyah Andalusia telah memerintah Sepanyol selama 736 tahun dengan makmur dan sepanjang tempoh tersebut telah wujud beberapa buah kerajaan antaranya     
  • Kerajaan Cordoba 
  • Kerajaan Toledo
  • Kerajaan Granada

πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ
KERAJAAN CORDOBA
756 - 1031
πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ

Kerajaan Cordoba telah ditubuhkan oleh Abdul Rahman ad Dakhli pada tahun 756 setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah Damsyiq.


Pada tahun 929, sistem khalifah Bani Umaiyyah Andalusia telah diwujudkan semula apabila Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah..

Zaman pemerintahan Abdul Rahman III ( 929 - 961 ) merupakan zaman keemasan Andalusia. Orang Islam dan bukan Islam dari serata dunia telah datang ke Cordoba untuk menimba ilmu ilmu di perpustakaan dan universiti di Cordoba. 

Cordoba juga telah berjaya menandingi Baghdad dalam pelbagai sektor. Rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. 


KEJATUHAN KERAJAAN CORDOBA

Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara tahun 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031M. 


Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telahpun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu.

Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.


πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ
KERAJAAN TOLEDO
712 - 1085
πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ

Toledo adalah sebuah kota yang wujud sebelum zaman Rom lagi. Ianya juga merupakan kota pertembungan agama antara Islam, Kristian dan Yahudi

Pada mulanya, Toledo diperintah oleh orang Barbarian sebelum diambil-alih orang-orang Visigoth.


Selepas Perang Guadalete pada tahun 711, orang-orang Visigoth telah meninggalkan bandar Toledo dan bandar ini telah diambil alih oleh pemerintahan Islam pada tahun 711M tanpa pertumpahan darah dan diletak dibawah seliaan Gabnor Bani Ummayyah berpusat di Damsyik.

Namun setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah pada tahun 756,  Toledo diletak bawah pentadbiran Bani Umayyah 2  yang berpusat di Cordoba.

Seperti Kerajaan Cordoba, Toledo juga banyak memberikan  sumbangan terutama sekali dalam  bidang astronomi dan pemikiran kebudayaan Islam.



KEJATUHAN KERAJAAN TOLEDO

Pada tahun 1085M. Alfonso VI, raja Castile berjaya menakluki Toledo. Usaha untuk merebutnya kembali telah dilakukan 
beberapa kali tetapi semuanya gagal.


πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ
KERAJAAN GRANADA
1238 - 1492
πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ

Pada 1238 Mohamad ibn Yusuf ibn Nasr telah mengasaskan Dinasti Bani Ahmar atau lebih dikenali sebagai Dinasti Nasrid. 

Granada pernah menjadi pusat ilmu keislaman terbesar dan salah satu rangkaian kebudayaan Islam yang mencakupi kota-kota lain seperti, Cordoba, Valensia, Megrit, Asbilia, Toledo dan lain-lain.


Kebangkitan ilmiah di Andalusia bersamaan dengan munculnya ahli ilmu falak dan matematik Abul Qasim Al-Magrity (397 H. / 1008 M.) yang mendirikan sekolah matematik terkenal.

Antara Tokoh dan Cendekiawan Granada yang paling terkenal adalah 
Imam As-Syathibi, Lisanudin Al-Khathib, Sarqisthi, Ibnu Zumrak, Muhammad bin Raqqah, Abu Yahya bin Radwan, Abu Abdillah AlFahham, Ibnus Syarrah, Yahya bin Hazil bAt-Tajbibi, As-Syaquri, Ibnu Zuhr

Dan dari kalangan wanita pula adalah Hafsah binti Haj, Hamdunah binti Ziyad dan saudara perempuannya, Zainab.

KEJATUHAN GRANADA 

Kekuasaan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Spanyol ini berakhir kerana perselisihan dan perebutan kuasa antara orang-orang istana.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan ayahnya, Abu Abdullah Muhammad telah memberontak. Dengan bantuan daripada Ferdenand dan Isabella akhirnya Abu Abdullah berjaya
 merampas kuasa dan dilantik menjadi raja.

Disebalik bantuan ini Ferdenand dan Isabella telah bertindak menyerang kembali kerajaan Islam yang dipimpin oleh Abu Abdulla Muhammad. Akhirnya pada tahun 1492 Kerajaan Nasirid Granada telah tumbang setelah dikepung selama sembilan bulan.

Setelah diadakan perundingan dan Perjanjian Granada yang dimeterai pada November 1491, maka pada
 19 Januari 1492 Abu Abdullah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.

Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.
Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.

Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam, mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada. 

Namun pada tahun 1499, perjanjian itu diingkari, Cardinal Francisco JimΓ©nez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada.

Mereka yang enggan akan disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad.


GAMBAR > SILA KLIK DISINI

Ahad, 3 Jun 2018

MASJID CORDOBA


Cordoba adalah satu nama yang pernah menjadi perhatian dunia pada suatu ketika dahulu. 

Kemajuan Kota Cordoba di abad 10 M telah berjaya mengatasi kota-kota lain yang ada pada ketika itu di Eropah. 


Kewibawaan kota ini terserlah kerana kewujudan Masjid Cordoba yang tersergam indah selain daripada menjadi pusat pengembangan ilmu pengetahuan dan peradaban yang terunggul di rantau ketika itu. 

MASJID CORDOBA  


Masjid Cordoba telah dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 784M dengan menjadikan seni bina Arab sebagai rujukan utama.

Tapak asal Masjid ini pada mulanya merupakan sebuah kuil milik orang-orang Rom. Apabila Empayar Rom jatuh, kuil tersebut telah dijadikan gereja Kristian. 

Setelah orang-orang Arab dari Kerajaan Bani Ummayyah berjaya menawan sebahagian besar wilayah wilayah di Andalusia pada awal kurun ke-8, mereka telah merobohkan gereja tersebut lalu dibina sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Cordoba.



Masjid Cordoba telah melalui beberapa perubahan iaitu 

  • Pembinaan menara baru oleh Abdul Rahman III pada tahun 961M
  • Pembesaran bangunan masjid dan mengindahkan mihrab oleh Al-Hakam II juga pada tahun 961M
  • Pembaharuan yang terakhir dijalankan oleh Al-Mansur Ibn Abi Amir pada 987M.
Masjid ini adalah masid yang termewah daripada 1,000 masjid lainnya yang berada di bandar tersebut dan pada satu waktu masjid kedua terbesar di dunia Islam. 





Ia bercantum dengan istana Khalifah dengan keselamatan khas bagi pemerintah mengunjungii masjid.
Hari ini istana Biskop berdiri di tapak istana Khalifah

Dinding kiblatnya dan menara yang terdapat di sini berusia sejak abad ke-10. Setiap anjungnya memiliki sehingga 18 atau 19 gerbang. 


Setiap gerbang yang ada di masjid ini adalah cantuman batu-bata merah dan putih yang menakjubkan.

Konsep jaluran merah-putih ini banyak mempengaruhi senibina bangunan di Sepanyol. Hiasan dinding pula mempunyai unsur flora di samping inskripsi dari Al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozek emas. 



Namun segalanya tinggal kenangan. Pada tahun 1236, masjid ini telah ditukarkan menjadi sebuah gereja Katholik oleh Raja Ferdinand 111 dari Castile.

Bermula di pintu masuk sahaja sudah terdapat beberapa binaan berupa patung-patung yang mempunyai lambang salib.

Menara masjid juga turut ditukarkan menjadi sebuah menara loceng dan yang paling ketara adalah pembinaan sebuah gereja di bahagian tengah bangunan masjid atas perintah Raja Charles V, raja Castile dan Aragon.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com