Khamis, 30 April 2020

PEPERANGAN MU´TAH

Mu’tah pada suatu ketika pernah menjadi medan pertempuran antara Tentera Muslimin menentang Tentera Rom.

Ianya terletak di Jordan iaitu 100 km dari bandaraya Amman dan 1,100 km dari kota Suci Madinah al Munawwarah.

Peperangan Mu’tah berlaku pada bulan Ogos 629M bersamaan bulan Jumadil Awal tahun 8H.

Peperangan ini berlaku kerana menuntut bela atas kematian al Harith bin Umair al Azdi iaitu utusan Rasulullah kepada raja Busra yang mati dibunuh oleh Sarahbil bin Amir al Ghassani Gabnur kota Balqa.

Rasulullah ﷺ, Abu Bakar, Umar dan beberapa orang Sahabat yang lain tidak ikut serta dalam peperangan ini.

Sebelum berangkat, Rasulullah ﷺ telah melantik Zaid bin Harithah mengetuai Tentera Muslimin dan menggalas tugas membawa bendera.

Rasulullah ﷺ juga berpesan
Sekiranya Zaid gugur syahid, maka yang akan mengetuai kumpulan tersebut ialah Jaafar bin Abi Talib.
Sekiranya Jaafar juga terbunuh, maka ketika itu yang akan menjadi ketua kepada seluruh angkatan kaum Muslimin ialah Abdullah bin Rawahah.
 Sekiranya Abdullah juga gugur, maka ketika itu hendaklah kaum Muslimin melantik seorang amir dalam kalangan mereka yang mereka rasakan mampu untuk memimpin mereka."

Tentera Muslimin seramai 3,000 orang telah bergerak menuju ke Syam dengan melewati kawasan padang pasir Tabuk yang panas terik.

Setiba sahaja di Maan, mereka telah berkampung di sana selama dua hari.

Hasil dari maklumat perisikan, mereka mendapati Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang bersiap sedia menghadapi kemaraan Tentera Muslimin.

Berita ini telah menyebabkan Tentera Muslimin berbeza pendapat samada meneruskan peperangan atau menunggu sehingga bantuan tentera tambahan dari Madinah.

Abdullah bin Rawahah mencadangkan agar Tentera Muslimin meneruskan sahaja peperangan tanpa menunggu ketibaan bantuan tentera tambahan dari Madinah.



Beliau dengan lantangnya telah berkata..
Sesungguhnya apa yang kamu benci itulah yang kamu cari iaitu SYAHID. 
Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan tetapi kita keluar memerangi mereka kerana Dinul Islam yang Allah telah muliakan kita dengannya.
Oleh itu berangkatlah kamu Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan samada MENANG ataupun SYAHID 
Kata kata ini telah membakar semangat juang mereka lalu mereka berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata mata kerana Allah.

PEPERANGAN BERMULA

Tentera Rom yang datang dari arah Balqa telah bertemu dengan Tentera Muslimin di Mu’tah maka berlakulah pertempuran sengit kedua dua belah pasukan di sana.

Zaid bin Harithah mula meluru ke arah angkatan musuh dengan gagah berani sambil mengikat erat panji peperangan yang ada pada dirinya.

Sepantas kilat, Zaid bin Harithah telah diserang hendap sehingga beliau gugur syahid di medan pertempuran.

Kini tugas memimpin tentera Islam dan memegang bendera digalas oleh Jaafar bin Abi Talib sebagaimana yang diwasiatkan oleh Rasulullah.

Jaafar bin Abi Talib turut syahid dalam pertempuran ini. Terdapat 70 liang luka pada tubuh Jaafar bin Abi Talib dan kedua dua tangannya telah terputus akibat dipenggal oleh Tentera Rom.

Nabi ﷺ telah menggelarkannya sebagai “at Toyyar” merujuk kepada kedua dua tangannya yang terputus itu bebas berterbangan di dalam syurga.


Seterusnya bendera dipegang oleh Abdullah bin Rawahan dan beliau juga turut syahid.

Melihatkan keadaan ini maka Thabit bin Arqam segera mendapatkan bendera lalu diserahkan kepada Khalid bin al Walid.

Tentera Muslimin telah sepakat melantik Khalid bin Al Walid sebagai Panglima Perang Tentera Muslimin yang baru.

Dengan kepintaran yang ada, Khalid bin al Walid berjaya mengawal peperangan dengan baik malah beliau berjaya menyelamatkan tentera Muslimin daripada terkorban semuanya.

Peperangan berlanjutan hingga ke malam. Bukan mudah untuk menundukkan sejumlah angkatan yang jauh lebih ramai bilanganya.

Oleh itu Khalid bin al Walid tiada pilihan lain melainkan dengan mengundurkan Tentera Muslimin dengan cara yang terhormat.




TERPEDAYA DENGAN STRATEGI KHALID BIN AL WALID

Pada malam itu, kuda kuda kaum Muslimin terus bergerak dan debu debu terus berterbangan hinggakan tentera Rom menyangka ada bantuan tentera tambahan dari Madinah telah tiba.

Keesokan harinya, Khald telah menukarkan posisi tentera dari kiri ke kanan dan belakang ke hadapan.

Tindakan ini benar benar menguatkan sangkaan Tentera Rom  bahawa telah tiba bantuan tambahan.

Perasaan takut serta gerun mulai menghantui Tentera Rom. Dalam kesempatan ini, Tentera Muslimin telah berjaya membunuh seramai 3,350 Tentera Rom.

Seterusnya Tentera Muslimin cuba membawa peperangan menghala ke padang pasir terbuka yang jauh dari medan pertempuran Mu’tah.

Tentera Rom yang khuatir mereka akan terjebak ke peperangan yang lebih dahsyat hanya membiarkan sahaja Tentera Islam berlalu.

Sekiranya mereka mengejar Tentera Islam sudah tentu akan lebih ramai lagi akan menjadi korban Tentera Muslimin.

Oleh yang demikian, maka Tentera Muslimin telah berjaya keluar dari medan pertempuran dan mereka berundur dengan kemuliaan tanpa dikejar oleh pinak musuh.







Hakikatnya memang tiada satu pasukanpun yang memenangi peperangan ini.

Namun jika dilihat dari sudut yang lain kemenangan telah memihak kepada pasukan Islam. Ini adalah berdasarkan kepada
  • Bilangan Tentera Rom yang terkorban adalah seramai 3,350 orang iaitu melebihi bilangan Tentera Muslimin yang menyertai peperangan sedangkan di pihak Islam, mereka yang Syahid adalah seramai 12 orang termasuk 3 orang pemegang bendera.
  • Kegagalan Tentera Rom yang memiliki bala tentera yang ramai menjinakkan pasukan kerdil dari rantau Arab.

IMPLIKASI DARI PEPERANGAN MU’TAH 

  • Perang Mu’tah  adalah amaran dan isyarat awal kejatuhan empayar Rom dan Parsi ke tangan pemerintahan Islam.
  • Kegagalan Tentera Rom menundukkan pasukan Islam memberi tamparan hebat kepada kerajaan Rom dan Parsi.  
  • Kepulangan Tentera Muslimin ke Madinah tidak lagi menjadi bahan ejekan kaum Quraisy.

Berita kewafatan tiga Sahabat pemegang panji telah sampai kepada Rasulullah ﷺ lalu berjuraianlah air mata Baginda.

Kemudian Baginda ﷺ mendongak ke langit sambil tersenyum dan berkata Ketiga-tiga mereka telahpun dibawa ke syurga”.


Rujukan
💜💛💖💖💖💚💙

Sila klik pada pautan di bawah


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com