Sabtu, 21 September 2019

KERAJAAN BANI UMAYYAH ANDALUSIA


Andalusia pada suatu ketika dahulu merupakan satu kawasan pemerintahan orang orang Moorsh di Sepanyol yang meliputi bandar bandar besar seperti Cordoba, Toledo dan Granada.

SEJARAH PENAKLUKAN ANDALUSIA

Pada tahun 711M = 97H, Tariq bin Ziyad, Panglima Perang Kerajaan Bani Umayyah telah mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara (Musa bin Nusair) untuk melakukan penyerangan ke Semenanjung Andalusia.

Bersama 7.000 orang tentera, Tariq bin Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar (Jabal Tariq) menuju Andalusia.


Sebaik sahaja mendarat Tariq bin Ziyad bersama bala tenteranya terus mara menggempur pasukan tentera Roderick yang berjumlah 100,000 orang.

Tentera Islam telah berjaya menewaskan Tentera Roderick dan Raja Roderick telah terbunuh dalam pertempuran ini.

Setahun kemudian (712), Musa bin Nusair bertolak membawa 10,000 tentera menyusuli tentera Tariq. 

Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia telah jatuh ke tangan tentera Tariq dan Musa.

Pasukan tentera Musa dan
 Tariq bertemu dan bergabung di Toledo. Hanya dalam masa 2 tahun, seluruh daratan Sepanyol berjaya dikuasai.

Mereka juga berjaya menakluki Portugal beberapa tahun kemudian

Hasrat Musa bin Nusair dan Tariq bin Ziyad mara ke utara menakluki seluruh Eropah tidak kesampaian apabila dipanggil balik ke Damsyiq oleh Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik (705M - 715M)

Tariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Sepanyol. 

PENUBUHAN DAULAH BANI UMAYYAH ANDALUSIA 

Kerajaan Islam Bani Umayyah Andalusia telah diasaskan oleh Abdul Rahman l pada tahun 756M. 

Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah pada tahun 750M kepada Kerajaan Bani Abbasiyyah dan perpindahan pusat pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad adalah penyebab utama penubuhan kerajaan Bani Umayyah di Andalusia. 

πŸ’šπŸ’œπŸ’™πŸ’›πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’šπŸ’œπŸ’™πŸ’›

Catatan 
 
Abdul Rahman 1 adalah Khalifah terakhir Kerajaan Bani Umayyah Damsyiq. Beliau juga merupakan Pengasas kepada Kerajaan Bani Umayyah Andalusia.


πŸ’šπŸ’œπŸ’™πŸ’–πŸ’–πŸ’šπŸ’œπŸ’™πŸ’›

Kerajaan Bani Umayyah Andalusia telah memerintah Sepanyol selama 736 tahun dengan makmur.  

Sepanjang tempoh tersebut telah wujud beberapa buah kerajaan antaranya     

πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ
KERAJAAN CORDOBA
756M - 1031M
πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ

Kerajaan Cordoba telah ditubuhkan oleh Abdul Rahman ad Dakhli pada tahun 756 setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah Damsyiq.


Pada tahun 929, sistem khalifah Bani Umaiyyah Andalusia telah diwujudkan semula apabila Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah..

Zaman pemerintahan Abdul Rahman III ( 929 - 961 ) merupakan zaman keemasan Andalusia. Orang Islam dan bukan Islam dari serata dunia telah datang ke Cordoba untuk menimba ilmu ilmu di perpustakaan dan universiti di Cordoba. 

Cordoba juga telah berjaya menandingi Baghdad dalam pelbagai sektor. Rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. 



KEJATUHAN KERAJAAN CORDOBA


Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara tahun 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031M. 

Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telahpun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu.

Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.


πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ
KERAJAAN TOLEDO
712M - 1085M
πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ

Toledo adalah sebuah kota yang wujud sebelum zaman Rom lagi. Ianya juga merupakan kota pertembungan agama antara Islam, Kristian dan Yahudi

Pada mulanya, Toledo diperintah oleh orang Barbarian sebelum diambil-alih orang-orang Visigoth.




Selepas Perang Guadalete pada tahun 711M, orang-orang Visigoth telah meninggalkan bandar Toledo dan bandar ini telah diambil alih oleh pemerintahan Islam pada tahun 711M tanpa pertumpahan darah dan diletak dibawah seliaan Gabnor Bani Ummayyah berpusat di Damsyik.

Namun setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah pada tahun 756M,  Toledo diletak bawah pentadbiran Bani Umayyah 2 yang berpusat di Cordoba.

Seperti Kerajaan Cordoba, Toledo juga banyak memberikan  sumbangan terutama sekali dalam bidang astronomi dan pemikiran kebudayaan Islam.



KEJATUHAN KERAJAAN TOLEDO

Pada tahun 1085M. Alfonso VI, raja Castile berjaya menakluki Toledo. Usaha untuk merebutnya kembali telah dilakukan 
beberapa kali tetapi semuanya gagal.


πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ
KERAJAAN GRANADA
1238M - 1492M
πŸ’™πŸ’šπŸ’–πŸ’›πŸ’œ

Pada 1238 Mohamad ibn Yusuf ibn Nasr telah mengasaskan Dinasti Bani Ahmar atau lebih dikenali sebagai Dinasti Nasrid. 


Granada pernah menjadi pusat ilmu keislaman terbesar dan salah satu rangkaian kebudayaan Islam yang mencakupi kota-kota lain seperti, Cordoba, Valensia, Megrit, Asbilia, Toledo dan lain-lain.

Kebangkitan ilmiah di Andalusia bersamaan dengan munculnya ahli ilmu falak dan matematik Abul Qasim Al-Magrity (397H. / 1008M.) yang mendirikan sekolah matematik terkenal.

Antara Tokoh dan Cendikiawan Granada yang paling terkenal adalah 
Imam As-Syathibi, Lisanudin Al-Khathib, Sarqisthi, Ibnu Zumrak, Muhammad bin Raqqah, Abu Yahya bin Radwan, Abu Abdillah AlFahham, Ibnus Syarrah, Yahya bin Hazil bAt-Tajbibi, As-Syaquri, Ibnu Zuhr

Dan dari kalangan wanita pula adalah Hafsah binti Haj, Hamdunah binti Ziyad dan saudara perempuannya, Zainab.

KEJATUHAN GRANADA 

Kekuasaan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Sepanyol ini berakhir kerana perselisihan dan perebutan kuasa antara orang-orang istana.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan ayahnya, Abu Abdullah Muhammad telah memberontak. 


Dengan bantuan daripada Ferdenand dan Isabella akhirnya Abu Abdullah berjaya merampas kuasa dan dilantik menjadi raja.

Disebalik bantuan ini Ferdenand dan Isabella telah bertindak menyerang kembali kerajaan Islam yang dipimpin oleh Abu Abdullah Muhammad. 

Akhirnya pada tahun 1492 Kerajaan Nasirid Granada telah tumbang setelah dikepung selama sembilan bulan.

PERJANJIAN GRANADA

Perjanjian Granada telah dimeterai pada November 1491. 
Perjanjian ini bunyinya sungguh indah.

Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa.

Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.

Malahan jika ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam, mereka akan dihukum.

Namun begitu setelah enam tahun berlalu, perjanjian in telah diingkari.

Cardinal Francisco JimΓ©nez de Cisneros telah memulakan pengkristianan paksa orang Islam di Granada.

Mereka yang enggan akan disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad.


πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com