Selasa, 16 April 2019

PERANG SALIB - BHG 1


Perang Salib meruoakan beberapa siri peperangan yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke 11 hingga ke 13 Masihi.

Kempen peperangan ini mendapat restu Gereja Roman Khatolik

Terdapat pelbagai Perang Salib. Perang Salib yang terbesar sebanyak sembilan kali yang berlaku pada abad ke 11 hingga ke 13.

Perang Salib bukan sahaja berlaku di tanah orang islam tetapi juga berlaku di Iberia dan Eropah Tengah.

PERANG SALIB PERTAMA 1095 - 1099M 

Pada 1071, Empayar Byzantine telah jatuh ke tangan tentera Seljuk di dalam Pertempuran Manzikert

Kekalahan ini menyebabkan Empayar Byzantine kehilangan kesemua wlayah kecuali kawasan persisiran pantai Asia Minor (barat Anatolia dan Constantinople).



Walaupun pada ketika itu berlaku pergolakan antara penganut Kristian Roman Khatolik di barat dengan Gereja Yunani Ortodoks di timur, dalam keadaan terdesak Alexius I Comnenus ( 1057 - 1118 ) Pembesar Byzantine masih mengharapkan sedikit bantuan daripada rakan Kristian yang lain.

Kebanyakan pembesar pembesar Kristian meragui dan memandang sepi rayuan ini, namun ada faktor lain yang menyokong permintaan ini, antaranya....

💖💖 PERTAMA
💖
TERCABAR DENGAN KEMAJUAN YANG DIBAWA OLEH KERAJAAN KERAJAAN ISLAM

Kehadiran Islam ke Tanah Suci Kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin pada abad ke 7.

Sungguhpun demikian orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat tempat Suci atau mengganggu keselamatan biara biara dan masyarakat Kristian di Tanah suci.

Orang orang Eropah di barat juga begitu tidak peduli kehilangan Baitul Muqaddis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan orang orang Islam dan puak puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar.

Bagai manapun kejayaan demi kejayaan ini telah memberi tekanan hebat kepada kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Byzantine.

Ini ditambah lagi dengan kejayaan Bani Umayyah di Andalusia menjadikan Sepanyol sebuah negara yang aman dan maju.

Kota Cordova telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu yang pesat dan ulung di rantau Eropah.

Begitu juga dengan Kerajaan Islam Bani Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Semasa pemerintahan Khalifah Harun ar Rasyid ( 145H - 193H ), Baghdad telah bangkit menjadi pusat perdagangan yang terkemuka.

Baghdad juga merupakan pusat perkembangan ilmu pengetahuan .
Ramai penuntut dari luar bertandang ke kota ini bukan sekadar mempelajari imu tafsir dan Hadith malahan ilmu perubatan, Falak, Mathematik dan sebagainya.



💖💖 KEDUA 
💖
KEMPEN RECONQUISTA PIHAK GEREJA

Bermula dari tahun 722Masihi lagi, orang orang Kristian telah melancarkan kempen Reconquista iaitu kempen penaklukan semula dari tangan orang islam.

Kestabilan Eropah berlaku selepas pengkristianan kaum Viking, Slav dan Magyar.

Kebanyakan kesatria ini tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap petani.

Pihak gereja berusaha membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce Of God  namun terdapat segelintir Satria terlatih yang mahu meluahkan keganasan mereka.

Untuk ini maka berperang dengan orang Islam merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik.

Selain daripada itu pihak gereja telah memberi mereka pelbagai penghargaan termasuklah menjanjikan mereka dan penghapusan dosa.

Pemberian restu papal pada tahun 1063 oleh Paus Alexander II kepada rakyat Kristian di Iberia, Propaganda keagamaan serta Sokongan kepada Perang Yang Adil untuk merampas kembali Tanah Suci Antioch dan Baitul Muqaddis menjadi pendorong untuk mereka berperang menentang orang Islam.

💖💖 KETIGA 
💖PENCEROBOHAN KE ATAS TANAH SUCI KRISTIAN BAITUL MUQADDIS

Perubahan sikap barat terhadap timur berlaku sejak tahun 1009 lagi apabila alHakim bin Amrillah, Khalifah Fatimiyah telah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitul Muqaddis.

Walaupun pengganti al Hakim membenarkan Empayar Byzantine membina semula gereja dan jemaah kristian dibenarkan membuar kunjungan suci di Baitul Muqaddis , namun insiden ini tetap menyemarakkan lagi api peperangan.

Pada tahun 1095, Paus Urban II telah mengirim seramai 40,000 tentera upahan ke kota Constantinople bagi  mempertahankan empayar Byzantine dan merampas kembali Baitul Muqaddis daripada tangan umat Islam.

Pada 4 Jun 1097, Tentera Salib telah berjaya menakluki ibu kota Seljuk yang berpusat di Nacara ( Iznik ) dalam Pertempuran Dorylaeum di Dataran Tinggi Anatolia.

Seterusnya Tentera Salib telah mara ke Antioch dan Ma'arat al Nu'man dan betjaya merampas kembali dua kota ini dari tangan Tentera Seljuk pada tahun 1098.


Maarat an Nu'man 
adalah sebuah kota kecil merupakan pintu utama Tentera Salib sebelum mara ke Damsyik dan Baitul Muqaddis.

Disinilah beribu ribu Tentera Seljuk yang mempertahankan kota ini dibunuh dengan kejam.



Dengan bantuan pasukan tambahan dari Eropah ( Kaum Frank ), Tentera Salib terus mara dan berjaya menguasai daerah pesisir pantai Syria serta meluaskan pengaruh mereka di Mediteranean Timur.

Akhirnya pada hari Jumaat 5 Julai 1099M, Baitul Muqaddis telah jatuh ke tangan Tentera Salib. Tentera Salib telah membunuh hampir keseluruhan penghuni Baitul Muqaddis.

Selain daripada Orang orang Islam dan Yahudi, Orang Kristian yang berfahaman Ortodoks turut tidak terkecuali.



Dengan ini, sebuah kerajaan kristian telah ditubuhkan di Baitul Muqaddis dengan melantik Godfrey The Bouillon sebagai penguasa Baitul Muqaddis yang pertama.

BERSAMBUNG..
PERANG SALIB BAHAGIAN KEDUA 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com