Rabu, 11 November 2020

Khamis, 30 April 2020

PEPERANGAN MU´TAH

Mu’tah pada suatu ketika pernah menjadi medan pertempuran antara Tentera Muslimin menentang Tentera Rom.

Ianya terletak di Jordan iaitu 100 km dari bandaraya Amman dan 1,100 km dari kota Suci Madinah al Munawwarah.

Peperangan Mu’tah berlaku pada bulan Ogos 629M bersamaan bulan Jumadil Awal tahun 8H.

Peperangan ini berlaku kerana menuntut bela atas kematian al Harith bin Umair al Azdi iaitu utusan Rasulullah kepada raja Busra yang mati dibunuh oleh Sarahbil bin Amir al Ghassani Gabnur kota Balqa.

Rasulullah ﷺ, Abu Bakar, Umar dan beberapa orang Sahabat yang lain tidak ikut serta dalam peperangan ini.

Sebelum berangkat, Rasulullah ﷺ telah melantik Zaid bin Harithah mengetuai Tentera Muslimin dan menggalas tugas membawa bendera.

Rasulullah ﷺ juga berpesan
Sekiranya Zaid gugur syahid, maka yang akan mengetuai kumpulan tersebut ialah Jaafar bin Abi Talib.
Sekiranya Jaafar juga terbunuh, maka ketika itu yang akan menjadi ketua kepada seluruh angkatan kaum Muslimin ialah Abdullah bin Rawahah.
 Sekiranya Abdullah juga gugur, maka ketika itu hendaklah kaum Muslimin melantik seorang amir dalam kalangan mereka yang mereka rasakan mampu untuk memimpin mereka."

Tentera Muslimin seramai 3,000 orang telah bergerak menuju ke Syam dengan melewati kawasan padang pasir Tabuk yang panas terik.

Setiba sahaja di Maan, mereka telah berkampung di sana selama dua hari.

Hasil dari maklumat perisikan, mereka mendapati Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang bersiap sedia menghadapi kemaraan Tentera Muslimin.

Berita ini telah menyebabkan Tentera Muslimin berbeza pendapat samada meneruskan peperangan atau menunggu sehingga bantuan tentera tambahan dari Madinah.

Abdullah bin Rawahah mencadangkan agar Tentera Muslimin meneruskan sahaja peperangan tanpa menunggu ketibaan bantuan tentera tambahan dari Madinah.



Beliau dengan lantangnya telah berkata..
Sesungguhnya apa yang kamu benci itulah yang kamu cari iaitu SYAHID. 
Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan tetapi kita keluar memerangi mereka kerana Dinul Islam yang Allah telah muliakan kita dengannya.
Oleh itu berangkatlah kamu Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan samada MENANG ataupun SYAHID 
Kata kata ini telah membakar semangat juang mereka lalu mereka berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata mata kerana Allah.

PEPERANGAN BERMULA

Tentera Rom yang datang dari arah Balqa telah bertemu dengan Tentera Muslimin di Mu’tah maka berlakulah pertempuran sengit kedua dua belah pasukan di sana.

Zaid bin Harithah mula meluru ke arah angkatan musuh dengan gagah berani sambil mengikat erat panji peperangan yang ada pada dirinya.

Sepantas kilat, Zaid bin Harithah telah diserang hendap sehingga beliau gugur syahid di medan pertempuran.

Kini tugas memimpin tentera Islam dan memegang bendera digalas oleh Jaafar bin Abi Talib sebagaimana yang diwasiatkan oleh Rasulullah.

Jaafar bin Abi Talib turut syahid dalam pertempuran ini. Terdapat 70 liang luka pada tubuh Jaafar bin Abi Talib dan kedua dua tangannya telah terputus akibat dipenggal oleh Tentera Rom.

Nabi ﷺ telah menggelarkannya sebagai “at Toyyar” merujuk kepada kedua dua tangannya yang terputus itu bebas berterbangan di dalam syurga.


Seterusnya bendera dipegang oleh Abdullah bin Rawahan dan beliau juga turut syahid.

Melihatkan keadaan ini maka Thabit bin Arqam segera mendapatkan bendera lalu diserahkan kepada Khalid bin al Walid.

Tentera Muslimin telah sepakat melantik Khalid bin Al Walid sebagai Panglima Perang Tentera Muslimin yang baru.

Dengan kepintaran yang ada, Khalid bin al Walid berjaya mengawal peperangan dengan baik malah beliau berjaya menyelamatkan tentera Muslimin daripada terkorban semuanya.

Peperangan berlanjutan hingga ke malam. Bukan mudah untuk menundukkan sejumlah angkatan yang jauh lebih ramai bilanganya.

Oleh itu Khalid bin al Walid tiada pilihan lain melainkan dengan mengundurkan Tentera Muslimin dengan cara yang terhormat.




TERPEDAYA DENGAN STRATEGI KHALID BIN AL WALID

Pada malam itu, kuda kuda kaum Muslimin terus bergerak dan debu debu terus berterbangan hinggakan tentera Rom menyangka ada bantuan tentera tambahan dari Madinah telah tiba.

Keesokan harinya, Khald telah menukarkan posisi tentera dari kiri ke kanan dan belakang ke hadapan.

Tindakan ini benar benar menguatkan sangkaan Tentera Rom  bahawa telah tiba bantuan tambahan.

Perasaan takut serta gerun mulai menghantui Tentera Rom. Dalam kesempatan ini, Tentera Muslimin telah berjaya membunuh seramai 3,350 Tentera Rom.

Seterusnya Tentera Muslimin cuba membawa peperangan menghala ke padang pasir terbuka yang jauh dari medan pertempuran Mu’tah.

Tentera Rom yang khuatir mereka akan terjebak ke peperangan yang lebih dahsyat hanya membiarkan sahaja Tentera Islam berlalu.

Sekiranya mereka mengejar Tentera Islam sudah tentu akan lebih ramai lagi akan menjadi korban Tentera Muslimin.

Oleh yang demikian, maka Tentera Muslimin telah berjaya keluar dari medan pertempuran dan mereka berundur dengan kemuliaan tanpa dikejar oleh pinak musuh.







Hakikatnya memang tiada satu pasukanpun yang memenangi peperangan ini.

Namun jika dilihat dari sudut yang lain kemenangan telah memihak kepada pasukan Islam. Ini adalah berdasarkan kepada
  • Bilangan Tentera Rom yang terkorban adalah seramai 3,350 orang iaitu melebihi bilangan Tentera Muslimin yang menyertai peperangan sedangkan di pihak Islam, mereka yang Syahid adalah seramai 12 orang termasuk 3 orang pemegang bendera.
  • Kegagalan Tentera Rom yang memiliki bala tentera yang ramai menjinakkan pasukan kerdil dari rantau Arab.

IMPLIKASI DARI PEPERANGAN MU’TAH 

  • Perang Mu’tah  adalah amaran dan isyarat awal kejatuhan empayar Rom dan Parsi ke tangan pemerintahan Islam.
  • Kegagalan Tentera Rom menundukkan pasukan Islam memberi tamparan hebat kepada kerajaan Rom dan Parsi.  
  • Kepulangan Tentera Muslimin ke Madinah tidak lagi menjadi bahan ejekan kaum Quraisy.

Berita kewafatan tiga Sahabat pemegang panji telah sampai kepada Rasulullah ﷺ lalu berjuraianlah air mata Baginda.

Kemudian Baginda ﷺ mendongak ke langit sambil tersenyum dan berkata Ketiga-tiga mereka telahpun dibawa ke syurga”.


Rujukan
💜💛💖💖💖💚💙

Sila klik pada pautan di bawah


Selasa, 11 Februari 2020

TANGISAN DI BUMI XINJIANG



Xinjiang adalah satu wilayah di dalam Negara China. Majoriti penduduknya adalah dari etnik Uyghur yang beragama Islam.

Wilayah Xinjiang telah dibuka oleh kerajaan Bani Umayyah sejak dari tahun 96 Hijrah.

Semasa pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah (1299-1924), Xinjiang dikenali sebagai TURKESTAN iaitu tanah orang Turki yang terletak di sebelah timur.

Maka mereka mempunyai banyak persamaan dari segi kebudayaan, bahasa dan agama dengan masyarakat Turki dan negara negara di Asia Tengah berbanding Negara China.

POPULASI MASYARAKAT DI XINJIANG

Majoriti penduduk di Xjnjiang adalah dari Etnik Uyghur yang beragama Islam.

Selain daripa itu terdapat dua etnik berangsa Cina yang turut menetap di Xinjiang iaitu
  • Etnik Han ( 41% )
  • Etnik Hui  (  5% ).

Tidak seperti etnik Uyghur, etnik Hui yang kebanyakan mereka beragama Islam, telah mendapat layanan istimewa dari pemerintah China.






    PENGAGIHAN TANAH JAJAHAN KERAJAAN UTHMANIYAH

    Pada kurun ke-17, Rusia dan China telah melakukan penjajahan di kawasan sekitarnya, maka Turkestan telah dibahagikan kepada dua iaitu
    • Turkestan Barat  
    • Turkestan Timur.

    Turkestan Barat dijajah oleh Rusia sejak 1865 dan telah dibahagikan kepada 5 wilayah republik pada tahun 1922 iaitu
    1. Uzbekistan, 
    2. Kazakhstan, 
    3. Kyrgyzstan, 
    4. Turkmenistan  
    5. Tajikistan.

    Adapun Turkestan Timur pula dijajah oleh China dan diberi nama Xinjiang yang bermakna "tanah jajahan baru".

    GERAKAN PEMBEBASAN TURKISTAN TIMUR

    Pada tahun 1933 dan 1944, berlaku kebangkitan Uyghur sehingga mereka berjaya menawan kawasan Ghulia. Namun ianya berjaya dirampas semula oleh pemerintah China pada 1949.

    Enam tahun kemudian (1955), Parti Komunis China menukar nama Turkistan Timur secara rasmi kepada Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur (Xinjiang Uyghur Autonomous Region – XUAR).



    Sungguhpun diberikan kuasa autonomi, namun mereka tidak benar bebas malahan mereka menghadapi tekanan dan pembersihan etnik, budaya, bahasa dan agama dari pemerintah China.

    Selain daripada itu mereka yang tidak berdosa telah ditangkap dan perempuan perempuan mereka diperkosa dengan sewenang wenangnya.

    Abdul Salam Alim seorang imam etnik Uyghur yang kini menetap di Australia ada berkat
    Kami dilarang mengucakan  Assalamualaikum, meskipun di dalam Solat. 
    💖💖💖
    Setiap kali solat, kami dipaksa menuturkan ucapan ....
    Semoga  Presiden  China,  Xi Jinping panjang umur
     bagi menggantikan ucapan salam  
    💖💖💖
    Di bulan Ramadhan kami tidak dibenarkan berpuasa malah kami dipaksa minum arak di khalayak ramai.


    KEBANGKITAN MASYARAKAT UYGHUR

    Kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1990 dan kemunculan negara - negara Muslim di Asia Tengah telah memberikan inspirasi kepada masyarakat Uyghur untuk bangkit menentang pendudukan China atas bumi mereka.

    Namun cubaan mereka berjaya dipatahkan. Sejumlah besar tentera telah ditempatkan bagi menguatkan lagi penguasaan dan cengkaman China ke atas Turkestan Timur.

    VIDEO TERKINI DI XJIANJIANG





    💙💚💖💖💖💛💜
    Rujukan

    Sila klik pada pautan di bawah ini



    💙💚💖💖💖💛💜

    Jumaat, 7 Februari 2020

    Selasa, 12 November 2019

    JEJAK WARISAN ANDALUSIA

    Andalusia atau al-Andalus adalah sebutan bagi semenanjung Iberia semasa pemerintahan Islam yang berasal dari kata Vandalusia iaitu bangsa Vandal.

    Nama Vandalusia diambil kerana bahagian selatan semenanjung Iberia pernah dikuasai oleh bangsa ini sebelum kekuasaan mereka direbut oleh bangsa Gothia Barat / Visigoth pada abad ke-5 M.

    Andalusia pernah ditadbir oleh pemerintahan Islam berbangsa Moorish dari tahun 711M hingga 1492M .

    Sepanjang tempoh tersebut telah dibangunkan binaan yang bercirikan kepada kebudayaan dan kesenian Islam antaranya .. 

    ❶ MASJID CORDOBA






    Merupakan salah satu daripada tinggalan binaan-binaan kesenian Islam yang telah dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 784. Masjid Cordoba dibina dengan menjadikan seni bina Arab sebagai rujukan utama.


    Masjid ini adalah antara masjid yang termewah daripada 1,000 masjid yang berada di Cordoba dan pernah pada satu waktu dahulu menjadi masjid kedua terbesar di dunia Islam. 


    Pada tahun (1236) apabila Cordoba ditakluk oleh Raja Ferdinand III dari Castile, masjid ini telah ditukarkan menjadi sebuah gereja Kristian. 


    Bermula di pintu masuk sahaja sudah terdapat beberapa binaan berupa patung-patung yang mempunyai lambang salib.

    ❷ KOTA MADINA ZAHRA

    Bandar Madina Zahra yang terletak 8 km dari Cordoba di kaki Sierra Morena telah dibuka oleh Abdul Rahman III pada tahun 936, satu bandar lain.

    Nama Zahra diambil sempena nama isterinya Az Zaharah. Malangnya kegemilangan kota ini tidak bertahan lama apabila hancur diserang tentera Barbar sepanjang 1010 hingga 1013.

    Sekarang yang tinggal hanya lebih kurang sepersepuluh bahagian sahaja untuk dijadikan tatapan pelancong.

    ❸ MEZQUITA DEL CRISTO LUZ


    Asal masjid ini adalah sebuah gereja Visigothic. Kemudian ia ditukar menjadi sebuah masjid apabila Islam datang.

    Apabila Toledo jatuh ke tangan Kristian masjid ini telah ditukar kembali menjadi sebuah gereja.

    Tidak banyak sejarah yang diketahui mengenai masjid ini. Apa yang pasti masjid ini telah dibina dalam tahun 1,000.

    Melihat perincian bangunan masjid disini ianya memang menakjubkan. Namun apa yang menyedihkan, kita tidak dibenarkan untuk bersembahyang disini walaupun untuk satu rakaat.


    ❹ MEZQUITA DE LAS TORNERIAS



    Masjid yang ini pun tidak banyak sejarah yang diketahui. Untuk mencari masjid ini agak sukar sedikit kerana senibinanya hampir sama dengan bangunan-bangunan lain..

    ❺ ISTANA AL HAMBRA

    Al-Hambra dalam bahasa Arab bermaksud yang merah Ini adalah kerana dinding – dinding Alhambra diperbuat dari batu2 merah dan dipenuhi dengan ukiran2 senibina Islam..


    Al Hambra terletak di atas sebuah bukit yang berbatu dan berdekatan dengan tebing Sungai Darro. Ianya telah dilindungi dengan gunung-ganang.


    Lantaran kedudukannya yang strategik maka Al-Hambra telah menjadi sebuah kubu pertahanan yang wujud sejak kurun ke-9 lagi.



    Selain daripada itu di dalamnya terdapat sebuah kompleks kota lama, istana dan masjid yang dibina antara tahun 1248 hingga 1354.


    Pembinaan Istana AlHambra telah dimulakan pada pertengahan kurun ke-13 oleh Sultan Muhammad bin Yusuf bin Nasr ( Sultan Muhammad Al-Ahmar) iaitu pengasas Dinasti Nasrid iaitu dinasti Islam yang terakhir memerintah Andalusia

    Ketika itu kebanyakan bandar-bandar di wilayah Andalusia seperti Cordoba, Seville dan Toledo telah jatuh ke tangan Kristian..












    Namun begitu segalanya tinggal kenangan dalam lipatan sejarah.  Kegemilangan warisan kota kota ini berkubur begitu sahaja setelah pemerintahan yang bertapak selama tujuh abad telah tumbang pada tahun 1492.

    💙💚💖💖💖💛💜

    Sabtu, 21 September 2019

    KERAJAAN BANI UMAYYAH ANDALUSIA


    Andalusia pada suatu ketika dahulu merupakan satu kawasan pemerintahan orang orang Moorsh di Sepanyol yang meliputi bandar bandar besar seperti Cordoba, Toledo dan Granada.

    SEJARAH PENAKLUKAN ANDALUSIA

    Pada tahun 711M = 97H, Tariq bin Ziyad, Panglima Perang Kerajaan Bani Umayyah telah mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara (Musa bin Nusair) untuk melakukan penyerangan ke Semenanjung Andalusia.

    Bersama 7.000 orang tentera, Tariq bin Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar (Jabal Tariq) menuju Andalusia.


    Sebaik sahaja mendarat Tariq bin Ziyad bersama bala tenteranya terus mara menggempur pasukan tentera Roderick yang berjumlah 100,000 orang.

    Tentera Islam telah berjaya menewaskan Tentera Roderick dan Raja Roderick telah terbunuh dalam pertempuran ini.

    Setahun kemudian (712), Musa bin Nusair bertolak membawa 10,000 tentera menyusuli tentera Tariq. 

    Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia telah jatuh ke tangan tentera Tariq dan Musa.

    Pasukan tentera Musa dan
     Tariq bertemu dan bergabung di Toledo. Hanya dalam masa 2 tahun, seluruh daratan Sepanyol berjaya dikuasai.

    Mereka juga berjaya menakluki Portugal beberapa tahun kemudian

    Hasrat Musa bin Nusair dan Tariq bin Ziyad mara ke utara menakluki seluruh Eropah tidak kesampaian apabila dipanggil balik ke Damsyiq oleh Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik (705M - 715M)

    Tariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Sepanyol. 

    PENUBUHAN DAULAH BANI UMAYYAH ANDALUSIA 

    Kerajaan Islam Bani Umayyah Andalusia telah diasaskan oleh Abdul Rahman l pada tahun 756M. 

    Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah pada tahun 750M kepada Kerajaan Bani Abbasiyyah dan perpindahan pusat pentadbiran dari Damsyik ke Baghdad adalah penyebab utama penubuhan kerajaan Bani Umayyah di Andalusia. 

    💚💜💙💛💖💖💖💚💜💙💛

    Catatan 
     
    Abdul Rahman 1 adalah Khalifah terakhir Kerajaan Bani Umayyah Damsyiq. Beliau juga merupakan Pengasas kepada Kerajaan Bani Umayyah Andalusia.


    💚💜💙💖💖💚💜💙💛

    Kerajaan Bani Umayyah Andalusia telah memerintah Sepanyol selama 736 tahun dengan makmur.  

    Sepanjang tempoh tersebut telah wujud beberapa buah kerajaan antaranya     

    💙💚💖💛💜
    KERAJAAN CORDOBA
    756M - 1031M
    💙💚💖💛💜

    Kerajaan Cordoba telah ditubuhkan oleh Abdul Rahman ad Dakhli pada tahun 756 setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah Damsyiq.


    Pada tahun 929, sistem khalifah Bani Umaiyyah Andalusia telah diwujudkan semula apabila Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah..

    Zaman pemerintahan Abdul Rahman III ( 929 - 961 ) merupakan zaman keemasan Andalusia. Orang Islam dan bukan Islam dari serata dunia telah datang ke Cordoba untuk menimba ilmu ilmu di perpustakaan dan universiti di Cordoba. 

    Cordoba juga telah berjaya menandingi Baghdad dalam pelbagai sektor. Rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. 



    KEJATUHAN KERAJAAN CORDOBA


    Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara tahun 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031M. 

    Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telahpun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu.

    Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.


    💙💚💖💛💜
    KERAJAAN TOLEDO
    712M - 1085M
    💙💚💖💛💜

    Toledo adalah sebuah kota yang wujud sebelum zaman Rom lagi. Ianya juga merupakan kota pertembungan agama antara Islam, Kristian dan Yahudi

    Pada mulanya, Toledo diperintah oleh orang Barbarian sebelum diambil-alih orang-orang Visigoth.




    Selepas Perang Guadalete pada tahun 711M, orang-orang Visigoth telah meninggalkan bandar Toledo dan bandar ini telah diambil alih oleh pemerintahan Islam pada tahun 711M tanpa pertumpahan darah dan diletak dibawah seliaan Gabnor Bani Ummayyah berpusat di Damsyik.

    Namun setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah pada tahun 756M,  Toledo diletak bawah pentadbiran Bani Umayyah 2 yang berpusat di Cordoba.

    Seperti Kerajaan Cordoba, Toledo juga banyak memberikan  sumbangan terutama sekali dalam bidang astronomi dan pemikiran kebudayaan Islam.



    KEJATUHAN KERAJAAN TOLEDO

    Pada tahun 1085M. Alfonso VI, raja Castile berjaya menakluki Toledo. Usaha untuk merebutnya kembali telah dilakukan 
    beberapa kali tetapi semuanya gagal.


    💙💚💖💛💜
    KERAJAAN GRANADA
    1238M - 1492M
    💙💚💖💛💜

    Pada 1238 Mohamad ibn Yusuf ibn Nasr telah mengasaskan Dinasti Bani Ahmar atau lebih dikenali sebagai Dinasti Nasrid. 


    Granada pernah menjadi pusat ilmu keislaman terbesar dan salah satu rangkaian kebudayaan Islam yang mencakupi kota-kota lain seperti, Cordoba, Valensia, Megrit, Asbilia, Toledo dan lain-lain.

    Kebangkitan ilmiah di Andalusia bersamaan dengan munculnya ahli ilmu falak dan matematik Abul Qasim Al-Magrity (397H. / 1008M.) yang mendirikan sekolah matematik terkenal.

    Antara Tokoh dan Cendikiawan Granada yang paling terkenal adalah 
    Imam As-Syathibi, Lisanudin Al-Khathib, Sarqisthi, Ibnu Zumrak, Muhammad bin Raqqah, Abu Yahya bin Radwan, Abu Abdillah AlFahham, Ibnus Syarrah, Yahya bin Hazil bAt-Tajbibi, As-Syaquri, Ibnu Zuhr

    Dan dari kalangan wanita pula adalah Hafsah binti Haj, Hamdunah binti Ziyad dan saudara perempuannya, Zainab.

    KEJATUHAN GRANADA 

    Kekuasaan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Sepanyol ini berakhir kerana perselisihan dan perebutan kuasa antara orang-orang istana.

    Oleh kerana tidak berpuas hati dengan ayahnya, Abu Abdullah Muhammad telah memberontak. 


    Dengan bantuan daripada Ferdenand dan Isabella akhirnya Abu Abdullah berjaya merampas kuasa dan dilantik menjadi raja.

    Disebalik bantuan ini Ferdenand dan Isabella telah bertindak menyerang kembali kerajaan Islam yang dipimpin oleh Abu Abdullah Muhammad. 

    Akhirnya pada tahun 1492 Kerajaan Nasirid Granada telah tumbang setelah dikepung selama sembilan bulan.

    PERJANJIAN GRANADA

    Perjanjian Granada telah dimeterai pada November 1491. 
    Perjanjian ini bunyinya sungguh indah.

    Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa.

    Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.

    Malahan jika ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam, mereka akan dihukum.

    Namun begitu setelah enam tahun berlalu, perjanjian in telah diingkari.

    Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengkristianan paksa orang Islam di Granada.

    Mereka yang enggan akan disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad.


    💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

    Jumaat, 12 Julai 2019

    PETRA KOTA WARISAN KAUM TSAMUD


    Kaum Tsamud atau Nabatean dalam bahasa Inggeris merupakan kaum kepada Nabi Saleh a.s.

     💚 Firman Allah 

    وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ﴿٧٣﴾ الأعراف

    Maksudnya
    Dan kepada kaum Tsamud saudara mereka Nabi Soleh.
    Surah al A'raf  ayat 73

    KAUM TSAMUD MENDUSTAKAN NABI SALEH

    Maka berkatalah Nabi Saleh kepada kaumnya

     💚 Firman Allah 

    قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّـهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـٰهٍ غَيْرُهٌُ ﴿٧٣﴾ الأعراف

    Maksudnya
    Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, Tiada Tuhan bagi kamu selainNya.
    Surah al A'raf  ayat 73

    Dan Nabi Saleh berkata lagi

     💚 Firman Allah 

    هَـٰذِهِ نَاقَةُ اللَّـهِ لَكُمْ آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّـهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ ﴿٧٣﴾ الأعراف

    Maksudnya
    Unta betina ini sebagai keterangan bagi kamu. Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitkannya
    Surah al A'raf ayat 73



    Mereka diminta membiarkan Unta tersebut mencari makan di bumi Allah dan dilarang menyentuhnya dengan sesuatu yang sakit.

    Namun begitu mereka enggan menerima seruan Nabi Soleh malah mereka telah menyembelih Unta tersebut.

     💚 Firman Allah 

    فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا ﴿١٤﴾ الشمس

    Maksudnya
    Lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu.
    Surah As Syams ayat 14

    Di atas dosa dosa mereka maka Allah telah membinasakan mereka dengan suara petir yang sangat kuat.

     💚 Firman Allah 

    فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا بِالطَّاغِيَةِ ﴿٥﴾ الحاقة 

    Maksudnya
    Adapun Tsamud, maka mereka telah dibinasakan dengan suara petir yang melampau dahsyatnya.
    Surah al Haqqah ayat 5

    KEMAJUAN TEKNOLOGI KAUM TSAMUD

    Sekiranya kaum Aad mempunyai bangunan - bangunan yang tinggi maka kaum Tsamud pula, mereka memiliki kepakaran memahat gunung gunang untuk dijadikan rumah rumah kediaman mereka.




     💚 Firman Allah 

    وَتَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا فَارِهِينَ ﴿١٤٩﴾ الشعراء

    Maksudnya
    Dan kamu memahat gunung - ganang sebagai tempat tinggal dengan bijak dan bersungguh-sungguh
    Surah as Syu'ara'  ayat 149.

    PETRA KOTA WARISAN KAUM TSAMUD DI JORDAN

    Nama Petra adalah berasal dari perkataan Rom yang bermaksud Batu.

    Petra adalah antara pusat pusat pelancongan dan warisan sejarah  yang terkemuka di Jordan.

    Kota ini terletak di Ma'an, sebuah daerah terpencil di Selatan Jordan merupakan kota peninggalan kaum Tsamud yang masih utuh sehingga hari ini.

    Selain dari Petra, terdapat satu lagi kota yang dikaitkan dengan kota warisan kaum Tsamud.

    Tempat yang dimaksudkan adalah Madain Saleh yang terletak di utara Arab Saudi.





    Sebenarnya kawasan penempatan kaum Tsamud meliputi satu kawasan yang sangat luas. Ianya bermula dari Madain Saleh di Madinah menganjur hingga ke Petra yang terletak di selatan Jordan.

    Madain Saleh pernah menjadi tempat persinggahan Rasulullah dan para Sahabat semasa dalam perjalanan menuju ke Tabuk.

    Apapun, samada Madain Saleh atau Petra, yang pasti kedua dua kota ini merupakan warisan peninggalan kaum Tsamud.

    والله أعلم

    💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙


    💙💚💛💜💖💖💖💜💛💚💙

    Isnin, 24 Jun 2019

    MASJID UMAWI


    Masjid ini telah dibina pada tahun 86H bersamaan 705M iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Bani Umayyah.

    Masjid Umawi pernah dijadikan gereja pada abad ke 4M yang diberi nama “St. John the Baptist Basilica” kerana di masjid inilah terdapatnya Makam John The Baptist (Nabi Yahya a.s).


    Ketika Islam sampai ke Damsyiq pada tahun 636M, masjid ini telah dibahagi kepada dua bahagian atas kesepakatan umat Islam dan Kristian iaitu

    • Bahagian Masjid di sebelah timur   
    • Bahagian Gereja di sebelah barat. 

    Mereka beribadah secara harmoni dalam satu tempat yang hanya dipisahkan oleh dinding.


    Namun begitu pada tahun 705M, Masjid Umawi telah dibesarkan oleh Khalifah Al Walid bin Abdul Malik (705–714M).

    Bahagian Gereja yang terletak di sebelah barat masjid telah ditukar menjadi Masjid. 

    Sebagai ganti, khalifah telah memberi keizinan membina gereja gereja di daerah Bab Touma dan kawasan sekitarnya.


    Masjid Umawi merupakan masjid tertua di Syria. Di timur masjid ini terdapat masjid Saidina Umar dan Masjid Saidina Ali. 

    Masjid ini pernah menjadi tumpuan para Sahabat bertemu dan berbincang mengenai hal-hal Islam satu ketika dahulu.


    Masjid Umawi telah dihias indah dengan mozek-mozek kecil yang mengambarkan corak tanaman dan ladang, bandar dan istana yang mewujudkan suasana kedamaian campuran klasik dan ketimuran. 


    Tiada unsur kemanusian yang wujud pada dinding-dinding masjid seperti mana sering kelihatan di gereja-gereja lama Kristian.


    Masjid ini telah kekal selama 1200 tahun dengan melalui pelbagai zaman dan rintangan. Ia pernah diserang tentera Mongol, pernah berlaku gempa bumi dan juga kebakaran pada tahun 1893. 

    Sehingga kini, ia masih berdiri teguh meninggalkan pelbagai rentetan sejarah.

    MAKAM MAKAM YANG TERDAPAT DI MASJID UMAWI

    💛💜 PERTAMA 
    💙
    MAKAM KEPALA NABI ALLAH YAHYA A.S.




    💛💜 KEDUA 
    💙
    MAKAM KEPALA SAIDINA HUSSAIN 

    Saidina Hussain Cucunda Rasulullah telah telah Syahid di Karbala pada tahun 61H. Jasadnya dikebumikan di sana.


    Manakala kepalanya telah dibawa ke Damsyiq dan dimakamkan di dalam masjid ini berdekatan dengan pintu Turbah Kamiliyyah.

    💛💜 KETIGA 
    💙
    MAKAM SALAHUDDIN AL AYUBI


    Panglima perang Islam Salahuddin al Ayubi yang wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik turut dimakamkan di sini. 


    Salahuddin telah dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Umawi. 



    Adapun makam batu marmar di dalam Masjid Umawi adalah makam KOSONG.

    Makam ini telah disumbang oleh Raja Wilhem II dari Jerman.

    NABI ISA TURUN DARI LANGIT DI MENARA PUTIH MASJID UMAWI 

    Sabda Rasulullah

    ينزلُ عندَ المَنارةِ البيضاءِ، شَرقيَّ دمشقَ

    Maksudnya
    Nabi Isa akan turun di Menara Putih sebelah Timur Kota Damsyiq

    HR : Albani dalam Sahih Ibnu Majah dari An-Nawas bin Sam’an, Hadith Sahih No 3310


    Catatan
    💛💖💚

    Yang dimaksudkan Menara Putih sebelah Timur kota Damsyiq itu adalah Masjid Umawi.

    والله أعلم

    💚💛💜💙💖💖💖💜💙💚💛

    Rujukan Hadith

    Hadith turunnya Nabi Isa a.s di Masjid Umawi Sila klik Di sini


    💚💛💜💙💖💖💖💜💙💚💛


    Khamis, 20 Jun 2019

    ASHABUL KAHFI


    Ashabul Kahfi adalah kisah tujuh orang pemuda yang beriman kepada Allah telah ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.

    Kisah mereka Allah ceritakan dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi ayat 9 hingga 26.

     Tujuh orang pemuda Ashabul Kahfi   adalah pemuda pemuda yang beriman kepada Allah.

     💚 Firman Allah

    إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾ الکهف

    Maksudnya
    Sesungguhnya mereka itu pemuda pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan mereka dengan petunjuk
    Surah al Kahfi ayat 13

    Sungguhpun demikian, mereka hidup di tengah tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim.

    💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜


    NAMA NAMA TUJUH PEMUDA
    ASHABUL KAHFI 
    1. Tamlikha
    2. Maksalmina
    3. Martunus
    4. Bainunus atau Nainunus
    5. Sarbunus
    6. Dzunuanus
    7. Kasyfitatanunus 

    💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

    Raja Daqyanus (Decius) yang memerintah kerajaan Rom merupakan seorang raja yang zalim dan kufur kepada Allah.

    Beliau telah memaksa rakyatnya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan beriman dengan agama yang dianutinya..

    Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan raja yang zalim itu.

    Namun tujuh pemuda ini enggan tunduk dengan tekanan raja malah mereka tetap berdiri teguh mempertahankan aqidah mereka meskipun menyedari nyawa dan diri mereka terancam.

    Raja Daqyanus telah memanggil mereka ke istana dan memberikan mereka tempoh beberapa hari sebelum mereka dimurtadkan secara paksa ataupun dibunuh.

    Oleh kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini telah melarikan diri bersembunyi dan berlindung di dalam gua.

    Semasa dalam perjalanan ke gua, ketujuh-tujuh mereka telah ditemani oleh seekor anjing bernama Qithmir.


    Di dalam gua inilah, Allah telah menidurkan pemuda-pemuda ini selama 300 tahun atau 309 tahun mengikut kiraan tahun Hijrah.

     💚 Firman Allah

    وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا ﴿٢٥﴾ الکهف

    Maksudnya
    Dan mereka telah tidur dalam gua mereka Tiga ratus tahun dan tambah sembilan tahun.
    Surah al Kahfi ayat 25

    💛💜💖💖💖💙💚
    LOKASI GUA
    💛💜💖💖💖💙💚

    Terdapat Tiga buah Gua yang dikaitkan dengan Ashabul Kahfi

    💚💛 PERTAMA
    💜
    Gua di Efesus, Anatolia, Turki  sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.

    💚💛 KEDUA
    💜
    Gua di Jabal Qasiyyun, Damsyik, Syria.

    💚💛 KETIGA
    💜
    Gua di Abu Alanda 7km tenggara bandaraya Amman, Jordan.

    Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang dinyatakan dalam Al-Quran.



    DIBANGKITKAN SEMULA DARI TIDUR

    Sebaik sahaja bangun dari tidur, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk dimakan.

    Akhirnya mereka bersetuju memilih Tamlikha ke kota untuk membeli makanan.

    Suasana negeri ketika ini telah banyak berubah. Raja dan rakyat negeri itu telah beriman kepada Allah.

    Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu serta mempertikaikan tentang kebenaran hari kiamat.

    DIBAWA KE ISTANA BERTEMU RAJA YANG BERIMAN

    Penduduk kota merasa hairan melihat keadaan Tamlikha dan curiga setelah mendapati wang perak yang dibawanya adalah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi.

    Tamlikha dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja.

    Alangkah terkejutnya raja ketika Tamlikha menceritakan siapa  sebenar dirinya lalu raja memeluknya dengan juraian air mata yang tidak terhingga.


    Setelah suasana kembali tenang, Raja dan sekelian yang hadir berangkat ke Gua bersama Tamlikha untuk bertemu dan menjemput semua pemuda tersebut ke istana.

    Raja telah mempelawa mereka untuk tinggal di istana namun mereka menolak dengan cara yang baik dan memilih untuk menetap di dalam gua sahaja.

    Sekembalinya mereka ke dalam gua, mereka merebahkan badan di pembaringan lalu menghembuskan nafas mereka yang terakhir dengan tenang.

    MESEJ DARI KISAH INI

    Dalam kisah Ashabul Kahfi ini terdapat satu mesej penting yang Allah ingin sampaikan kepada kita iaitu supaya kita tahu bahawa janji Allah itu benar dan kedatangan hari kiamat itu pasti.

     💚 Firman Allah.

    وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَا ﴿٢١﴾ الکهف

    Maksudnya
    Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar dan bahawa hari kiamat itu tidak ada syak padanya
    Surah al Kahfi ayat 21

    والله أعلم

    Untuk saksikan video Ashabul Kahfi, Sila Klik gambar


    💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

    Isnin, 20 Mei 2019

    TRAJEDI BERDARAH MASJID IBRAHIMI



    Subuh Jumaat 15 Ramadhan 1414H bersamaan 25hb Febuari 1994, dunia telah dikejutkan dengan trajedi pembunuhan beramai-ramai di Masjid Ibrahimi, Hebron, Palestin.

    Tindakan bacul ini dilakukan ketika umat islam sedang melakukan sujud yang terakhir Solat Subuh.

    Seramai 29 orang telah gugur syahid dan 300 yang lain mengalami kecederaan.

    Baaruch Kappel Goldstein, seorang ekstremis Yahudi warga Amerika dari gerakan radikal Kach, adalah orang yang bertanggung jawab melakukan jenayah terancang ini. 

    Goldstein bertugas sebagai seorang doktor sangat anti kepada Islam dan bangsa Arab. 

    Beliau yang tinggal di Kiryat Arba berhampiran bandar Hebron pernah mengikuti latihan ketenteraan di beberapa buah kem latihan Zionis.

    Subuh 15 Ramadhan 1414H, Goldstein telah menceroboh dan melepaskan tembakan rambang ke arah jamaah yang sedang solat di dalam masjid.


    Goldstein telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan namun beliau telah dibebaskan dan diisytiharkan gila oleh Mahkamah Yahudi. 

    Walau bagaimanapun beliau telah mati dibunuh pada 26hb Oktober 2008.

    Kesan dari trajedi ini, pihak Yahudi telah menutup Masjid Ibrahimi dan memagar makam Nabi Yaakub dan isterinya serta menjadikan kawasan ini khusus untuk orang Yahudi sahaja.

    Ianya hanya akan dibuka kepada orang Islam sepuluh hari sahaja dalam setahun iaitu pada
    • Awal Muharam
    • Hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha 
    • Tiga hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) 
    • 4 kali jumaat pada bulan Ramadhan. 

    Selain daripada itu pejabat-pejabat hal ehwal orang Islam telah dikunci oleh pihak tentera termasuklah bangunan Mahkamah Syariah, Pejabat Agama Islam, Pejabat Pembangunan dan lain-lain.


    Perjanjian damai yang dimeterai pada 13 September 1993 adalah semata-mata ingin mendapatkan pengiktirafan dari dunia Arab akan kewujudan sebuah negara Yahudi yang merdeka di bumi Palestin.

    Dalam perjanjian ini, Rejim Yahudi kononnya bermurah hati untuk menyerahkan Ghaza dan Jericho kepada Palestin sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pengiktirafan kewujudan sebuah negara Yahudi.

    💛💜💖💖💖💙💚

    Ghaza dan Jericho 
    adalah dua wilayah milik 
    Mesir dan Jordan 
    yang dirampas dalam 
    Perang Arab Israel 
    pada tahun 1967.

    💛💜💖💖💖💙💚

    Perjanjian yang penuh tipu muslihat ini menyaksikan bagaimana tempat - tempat suci umat islam seperti Hebron dan Baitul Muqaddis kini tidak lagi ditadbir oleh warga Palestin.

    Trajedi Berdarah Masjid Ibrahimi, Hebron telah menjadi bukti yang nyata kepada kita.

    Tidak sampai 6 bulan dimeterai perjanjian damai, telah berlaku satu pembunuhan kejam yang sememangnya telah dirancang terlebih dahulu sebelum perjanjian damai.

    💚💛💜💙💚💛💜💖💖💚💛💙💜







     💚  Firman Allah 


    وَإِذْ أَخَذَ اللَّـهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ ﴿١٨٧﴾ ال عمران
    Maksudnya
    Dan ingatlah ketika Allah mengambil perjanjian dari orang-orang yang diberikan Kitab "Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab kepada manusia dan jangan kamu sembunyikannya maka mereka melemparkannya kebelakang belakang mereka.
    Surah Ali Imran ayat 187

    Seandainya perjanjian dengan Allah sewenang-wenangnya mereka langgar, apatah lagi perjanjian mereka dengan manusia khususnya umat Nabi Muhamad yang mereka anggap sebagai musuh utama mereka.

    Cukuplah kisah kisah mereka di dalam AlQur'an menjadi iktibar dan pengajaran buat kita selama-lamanya. 

     والله أعلم

    💚💛💜💙💚💛💜💖💖💚💛💙💜


    Catatan
    Masjid Ibrahimi terbahagi kepada dua iaitu bahagian untuk Muslmin (hadapan) dan bahagian untuk Yahudi (belakang).

    Makam Nabi Yusuf a.s dan ayahnya Nabi Yaakob a.s terletak di bahagian Yahudi.

    Kedua dua makam ini hanya akan dibuka kepada orang Islam sepuluh hari sahaja dalam setahun.



    LinkWithin

    Blog Widget by LinkWithin

    NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


    VideoPlaylist
    I made this video playlist at myflashfetish.com