Ahad, 3 Jun 2018

MASJID CORDOBA


Cordoba adalah satu nama yang pernah menjadi perhatian dunia pada suatu ketika dahulu. 

Kemajuan Kota Cordoba di abad 10 M telah berjaya mengatasi kota-kota lain yang ada pada ketika itu di Eropah. 


Kewibawaan kota ini terserlah kerana kewujudan Masjid Cordoba yang tersergam indah selain daripada menjadi pusat pengembangan ilmu pengetahuan dan peradaban yang terunggul di rantau ketika itu. 

MASJID CORDOBA  


Masjid Cordoba telah dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 784M dengan menjadikan seni bina Arab sebagai rujukan utama.

Tapak asal Masjid ini pada mulanya merupakan sebuah kuil milik orang-orang Rom. Apabila Empayar Rom jatuh, kuil tersebut telah dijadikan gereja Kristian. 

Setelah orang-orang Arab dari Kerajaan Bani Ummayyah berjaya menawan sebahagian besar wilayah wilayah di Andalusia pada awal kurun ke-8, mereka telah merobohkan gereja tersebut lalu dibina sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Cordoba.



Masjid Cordoba telah melalui beberapa perubahan iaitu 

  • Pembinaan menara baru oleh Abdul Rahman III pada tahun 961M
  • Pembesaran bangunan masjid dan mengindahkan mihrab oleh Al-Hakam II juga pada tahun 961M
  • Pembaharuan yang terakhir dijalankan oleh Al-Mansur Ibn Abi Amir pada 987M.
Masjid ini adalah masid yang termewah daripada 1,000 masjid lainnya yang berada di bandar tersebut dan pada satu waktu masjid kedua terbesar di dunia Islam. 





Ia bercantum dengan istana Khalifah dengan keselamatan khas bagi pemerintah mengunjungii masjid.
Hari ini istana Biskop berdiri di tapak istana Khalifah

Dinding kiblatnya dan menara yang terdapat di sini berusia sejak abad ke-10. Setiap anjungnya memiliki sehingga 18 atau 19 gerbang. 


Setiap gerbang yang ada di masjid ini adalah cantuman batu-bata merah dan putih yang menakjubkan.

Konsep jaluran merah-putih ini banyak mempengaruhi senibina bangunan di Sepanyol. Hiasan dinding pula mempunyai unsur flora di samping inskripsi dari Al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozek emas. 



Namun segalanya tinggal kenangan. Pada tahun 1236, masjid ini telah ditukarkan menjadi sebuah gereja Katholik oleh Raja Ferdinand 111 dari Castile.

Bermula di pintu masuk sahaja sudah terdapat beberapa binaan berupa patung-patung yang mempunyai lambang salib.

Menara masjid juga turut ditukarkan menjadi sebuah menara loceng dan yang paling ketara adalah pembinaan sebuah gereja di bahagian tengah bangunan masjid atas perintah Raja Charles V, raja Castile dan Aragon.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com