Selasa, 29 Mei 2018

UMMU SULAIM - SRI KANDI YANG HEBAT


Rumaisho' binti Milhan atau lebih dikenali sebagai Ummu Sulaim ra adalah seorang sahabat wanita dari kalangan kaum Anshar.

Beliau juga merupakan ibu kandung kepada Anas ibn Malik al-Ansari  ra.

Setelah kematian Malik ( suami pertamanya dan ayah kepada Anas r.a. ), Ummu Sulaim telah dilamar oleh seorang pemuda kata lagi dihormati bernama Ziyad bin Sahl an Najjari atau lebih dikenali sebagai Abu Talhah.

Ummu Sulaim berkata kepada Abu Talhah, “Wahai Abu Talhah, orang sepertimu tidak semestinya lamarannya ditolak. Akan tetapi engkau masih kafir, sedangkan aku wanita muslimah. Aku tidak boleh berkahwin denganmu.”

Ummu Sulaim menjelaskan bahawa bukan emas dan perak yang dia inginkan, akan tetapi dia inginkan adalah keIslaman Abu Talhah.

"Sekiranya engkau masuk Islam, maka itulah maharku dan Aku tidak  meminta kepadamu selain itu.”

Abu Talhah bersetuju dengan syarat  Ummu Sulaim lalu dia pun mengucap dua kalimah syahadah.

Selepas itu, Abu Talhah segera mendapatkan Rasulullah. Tatkala melihat kedatangan Abu Talhah, Nabi bersabda, “Cahaya Islam terlihat di antara kedua mata Abu Talhah.”

Abu Talhah dan Ummu Sulaim diijab kabulkan oleh Rasulullah dan mereka telah dikurniakan seorang putera yang dberi nama Abu Umair. Abu Talhah amat menyayanginya. .

gambar hiasan

Pada suatu hari Abu Umair sakit kuat dan meninggal dunia. Di hari kematian Abu Umair, Abu Talhah keluar bermusafir. Ummu Sulaim yang menguruskan sendiri jenazah anaknya  lalu berpesan kepada keluarganya..

“Jangan ada seorangpun yang memberitahu kematian anak ini kepada Abu Talhah sehinggalah aku sendiri yang memberitahunya.”

Abu Talhah pulang lalu bertanya hal keadaan puteranya. Ummu Sulaim memberitahu bahawa anaknya sedang istirehat dengan tenang sekali.

Ummu Sulaim mempersiapkan makan malam dan menghidangkannya. Malam itu Abu Talhah mendatangi isterinya.

Menjelang subuh, Ummu Sulaim bertanya kepada Abu Talhah...

“ Apakah pendapatmu jika ada suatu kaum meminjamkan barang kepada kaum yang lain, lalu mereka meminta kembali barang pinjaman tersebut. Apakah kaum yang dipinjami berhak untuk tidak mengembalikan barang itu?”

“Tidak,” jawab Abu Talhah maka Ummuu Sulaim pun berkata

“Sesungguhnya Allah telah  meminjamkanmu anak, kemudian Dia mengambilnya kembali. Oleh itu, bersabarlah dan harapkanlah pahala dari Allah,”

Abu Talhah agak marah dan mendapatkan Rasulullah pada keesokan harinya.

Rasulullahpun berdoa, “Semoga Allah memberkahi kalian berdua pada malam  kalian .” Berkat doa ini, Ummu Sulaim hamil lagi dan selamat melahirkan seorang putera yang Rasulullah berikannya nama Abdullah.

Disebalik kembutan seorang wanita, Ummu Sulaim turut garang dalam medan peperangan.

Dalam perang Hunain, dengan bersenjatakan sebilah pisau, Ummu Sulaim memberitahu Rasulullah bahawa pisau ini akan merobek perut perut orang musyrik yang menghampirinya.

Demikianlah, Ummu Sulaim yang telah  berjasa terhadap Islam dan kaum muslimin dalam menegakkan agama Allah di muka bumi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com