Ahad, 2 Ogos 2015

PEPERANGAN MU'TAH



Mu'tah pada suatu ketika pernah menjadi medan pertempuran antara Tentera Muslimin menentang Tentera Rom. Ianya terletak di selatan  Bandaraya Amman, Jordan dalam Muhafazah ( daerah ) Karak.

Mu'tah merupakan tanah jajahan Kerajaan Rom Timur ( Byzantine ) yang diperintah oleh Kaisar Hercules.


Peperangan Mu'tah berlaku pada bulan Jamadil Awwal Tahun 8H bersamaan bulan September Tahun 629M sebagai menuntut bela atas kematian Harith bin Umair Al Azdi iaitu utusan Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra yang mati dibunuh oleh Syurahbil  Al Ghassani  pererintah tanah jajahan Byzantine.

Dalam peperangan ini Rasulullah s.a.w tidak ikut serta. Tentera Mislimin yang diketuai oleh Zaid bin Harithah ( anak angkat nabi ) telah bergerak ke utara Hijaz. Setiba sahaja di Maan, mereka bermalam di sana  selama dua hari.



Hasil dari maklumat perisikan, mereka mendapati Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang bersiap sedia menghadapi kemaraan Tentera Muslimin. Berita ini telah menyebabkan Tentera Muslimin berbeza pendapat samada meneruskan peperangan atau menunggu sehingga bantuan tentera tambahan dari Madinah.

Abdullah bin Rawahah mencadangkan agar Tentera Muslimin meneruskan sahaja peperangan tanpa menunggu ketibaan bantuan tentera tambahan daripada Rasulullah. Beliau dengan lantangnya telah berkata..

.
Kata kata ini telah membakar semangat juang mereka lalu mereka berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata mata kerana Allah.

Medan pertempuran Mu'tah 

Tiga orang sahabat besar Rasulullah telah syahid dalam peperangan ini. Mereka adalah Zaid bin
Harithah ( anak angkat Rasulullah ), Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.



GELARAN ATTOYYAR UNTUK JAAFAR BIN ABI TALIB

Setelah Zaid bin Harithah syahid maka tugas memimpin tentera Islam dan memegang bebdera digalas oleh Saidina Jaafar bin Abi Talib (  sepupu Rasulullah ) sebagaimana yang diwasiatkan oleh Nabi. Untuk memudahkan pergerakannya Jaafar bin Abi Talib bertindak berani turun ke dari kudanya.

Masjid yang menempatkan makam jasad Jaafar Attoyyar

Jaafar bin Abi Talib turut syahid dalam pertempuran ini. Terdapat 70 liang luka pada tubuh Jaafar bin Abi Talib dan kedua dua belah tangannya telah terputus akibat dipenggal oleh Tentera Rom.

Rasulullah telah menggelarkan Jaafar bin Abi Talib sebagai AtToyyar merujuk kepada kedua dua belah tangannya yang terputus itu bebas berterbangan di dalam syurga.



Seterusnya bendera dipegang oleh Abdullah bin Rawahan dan beliaupun turut syahid. Melihatkan keadaan  nii Tsabit bin Arqam telah mengambil bendera tersebut lalu berteriak..

" Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah kamu pada seseorang " 

Lalu kaum Musliminpun berkumpul mengililingi Khalid bin al Walid ( isyarat bai'ah  perlantikan  Khalid bin Al Walid sebagai pangkima perang Tentera Muslimin yang baru ). Dengan ini, maka Tsabit bin Aeqam menyerahkan  bebdera Nabi kepada beliau ( Khalid bin AlWalid ).



STRATEGI KHALID BIN ALWALID

Khalid bin AlWalid menyusun semula strategibaru.Beliau merasakan bahawa Tentera Muslimin yang sangat sedikit agak sukar untuk mengalahkan Tentera Rom. Oleh itu beliau merancang membuat satu tipu helah bagi memperdayakan musuh.
Keesokan harinya selepas subuh beliaumengarahkan barisan hadapan ke belakang dan barisan belakang ke hadapan. Begitu juga barisan sebelah kiri pimpinan Ubaidah bin Malik Al Ansuri agar ke  kanan  dan barisan kanan pimpinan Qutbah bin Qatadah Al Uzri agar ke kiri.



Tujuannya ingin memecahkan benteng pertahanan Tentera Rom yang terdiri daripada tentera elit, berpengalaman lagi terlatih. Bila keadaan ini berlaku maka mudahlah bagi tentera islam yang elit ( yang duduk di barisan belakang ) menggempur dan menyerang hendap baki Tentera Rom yang  tidak terlatih.

Perasaan gerun dan takut pada pasukan Tentera Rom mulai timbul setelah melihat seramai 3,350 tenteranya telah berjaya dibunuh oleh Tentera Muslimin.

Strategi Khalid ini bukan sahaja berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Tentera Rom malah ia berjaya menyelamatkan Tentera Muslimin dari diasak hebat Tentera Rom.




Bagi memperingati para pejuang yang syahid dalam Pertempuran Mu'tah, satu tugu peringatan yang tertulis nama nama syuhada'telah dibina oleh Kerajaan Jordan selain daripada membina sebuah Universiti Tentera yang dikenali sebagai Mu'ta University.




Sabtu, 7 Mac 2015

PEPERANGAN YARMUK



Peperangan Yarmuk atau Batle Of Yarmouk berlaku pada tahun 13H / 634M. Pertempuran yang berlaku selam enam hari  ( 15 - 20hb Ogos ) di Dataran Yarmuk  ini telah menceritakan bagaimana singa singa Allah menerkam musuh musuh mereka.

Pertempuran ini merupakan pertempuran paling penting dalam sejarah dunia kerana ianya menandakan kebangkitan gelombang besar pertama penaklikan Muslim diluar Arab serta penyebaran Islam ke Palestin, Syria dan Mesopatamia yang sebelum ini penduduknya beragama Kristian.


PERLANTIKAN KHALID AL WALID SEBAGAI PANGLIMA PERANG

Peperangan Mu'tah berlaku pada tahun 8H bersamaan 629M adalah peperangan pertama Tentera Islam menentan Tentera Rom. Peperangan ini adalah reaksi Rasulullah atas kematian Harith bin Umair Al Azdi yang dibunuh oleh Syarhbil al Ghassani pemerintah tanah jajahan Byzantin.

Rasulullah telah mengisyratkan  tiga orang sahabat sebagai Panglima Perang bagi menentang Tentera Rom. Dimulai dengan Zaid bin Harithah diikuti  Jaafar bin Abi Talib ( Jaafar At Toyyar ) dan akhir sekali Abdullah bin Rawahah.

Apabila ketiga tiga orang sahabat ini syahid maka Tentera Islam telah bersepakat melantik Khalid bin Al Walid sebagai Panglima Perang  mereka.


Kejayaan Khalid al Walid menewaskan Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang tdalam Peperangan Mu'tah ( 629M )  telah melonjakkan lagi nama beliau sebagai panglima perang yang hebat

Dengan kejayaan ini maka  Saidina Abu Bakar as Siddiq ( 632 - 634M ) , telah menberi sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada beliau untuk memimpin satu lagi peperangan besar yamg melibatkan Tentera Rom.


Kegigihan Khalid bin Al Walid telah membuahkan hasil dimana Tentera Islam seramai 45,000 orang telah berjaya mengalahkan Tentera Rom berlipat kali ganda ramainya.



PAHLAWAN YARMUK

1.ASMA' BINTI YAZID AS SAKAN

Keinginannya untuk terjun ke medan jihad terbit sejak kewafatan Nabi s.a.w.  Dalam Peperangan Yarmuk, Asma binti Yazid berada di barisan belakang . Ketika pertempuran sedang memuncak, dia yang berjuang sepenuh tenaganya tidak menjumpai apa apa senjatapun melainkan sebatang tiang khemah.

Dengan bersenjatakan tiang itulah, beliau telah menyusup masuk ke tengah tengah medan pertempuran lalu menyerang musuh yang berada di kiri dan kanannya serta berjaya membunuh sembilan orang Tentera Rom.



Keberanian dan tekadnya yang kuat membela serta mempertahankan  agama  Allahtelah menjadi contoh kepada umat Islam sehingga ke hari ini. Asma' binti Yazid wafat pada tahun 30H / 651M iaitu selepas tujuh belas tahun berlakunya Peperangan Yarmuk.

2. GREGORIUS THEODORE

Tentera Islam lebih segar, bersemangat dan bersedia untuk berperang. Harapan yang tinggi untuk mengalahkan Tentera Rom pada hari keenam Peperangan Yarmuk telah melenyapkan segala Tragedi Hitam yang menimpa Tentera Islam  pada Hari keempat Peperangan Yarmuk . 


Seiring naiknya mentari di Jabalud Druz, Gregorius Theodore  Komander Perang Terang Tentera Rom, telah menunggang kudanya menuju ke arah Tentera Islam dengan misi untuk membunuh Khalid al Walid.

Ketika menghampiri barisan Tentera Islam, beliau telah berteriak mengajak beradu kekuatan dengannya satu lawan satu.Abu Ubaidah al Jarrah telah bersiap sedia menyahut cabaran itu tetapi dihalang oleh Khalid al Walid kerana Gregorius bukanlah tandingannya.

Khalid al Walid tampil kehadapan menentang Gregorius ,panglima Tentera Rom yang gagah dab hebat. Dalam pertarungan ini, tombak Gregorius patah kibat terkena libasan pedang Khalid al Walid.




Pertarungan terhenti seketika. Gregorius telah bertanya kepada Khalid beberapa soalan tentang Islam dan motivasinya berperang.Mendengarkan jawapan Khalid al Walid itu, dihadapan ratusan ribu Tentera Rom dan Islam, Gregorius telah mengisytiharkan dirinya masuk Islam.

Gregorius sempat belajar Islam dan menunaikan solat dua rakaat sebelum menyertai Khalid al Walid dan Tentera Islam bertempur menentang  Tentera Rom. Gregorius syahid dalam pertempuran ini 

3.   IKRIMAH BIN ABU JAHAL

Ketika Ikrimah sudah bersiap sedia menyerang pasukan musuh, Khalid bin al Walid iaitu saudara sepupu kepada Ikrimah berkata "Jangan lakukan, Kematianmu sangat merugikan kaum Muslimin ".

Ikrimah menjawab "BiarlahHai Khalid kerana engkau pernah ikut berperang bersama Rasulullah s.a.w. sedangkan ayahku sangat hebat memusuhiNya.

Dalam riwayat lain Ikrimah ada berkata "Aku dahulu memerangi Rasulullah di setiap medan pertempuran. Hari ini apakah aku akan lari dari kalian lalu diapun berseru "Siiapa yang mahu berbai'ah untuk syahid"  maka bebai'ahlah al Harith bin Hisyam ( pakciknya ), Dhirar bin Azwar bersama empat ratus perajurit Muslim yang lainnya.

Mereka pun maju menggempur pasukan musuh di hadapan khemah Khalid bin al Walid hingga seorang demi seorang di antara mereka gugur Syahid.



KISAH RELA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA

Setelah peperangan tamat dan ianya dimenangi oleh Tentera Islam, kelihatan tiga orang sahabat Rasulullah dengan badan penuh luka meminta air kehausan. Mereka adalah al Harith bi Hisyam, Ikrimah bin Abu Jahal dab Ayyasy bin Abi Rabi'ah.

Saat ketiganya dalam keadaan letih, lemah dan kehausan serta dalam keadaan kritikal maka datanglah seorang pembawa air kepada salah seorang di antara mereka.

Ketia air diberikan kepada al Harith, dia menoleh ke arah Ikrimah yang sedang kehausan dan sangat memerlukan air maka al Harith pun berkata "Bawakan air ini kepadanya ( Ikrimah )".

Airpun beralih ke Ikrimah. Ketika dia hendak meneguknya dilihat sedang menatap dirinya dengan pandangan ingin minum maka Ikrimahpun berkata "Bawakan air ini kepadanya ( Ayyasy )"

Air beralih Ayyasy. Belum sempat meminumnya, Ayyasy telahpun syahid maka si pembawa air bergegas mendapatkan dua orang sahabat yang pertama dan kedua akan tetapi kedua dua sahabat ini turut syahid.

Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmatNya kepada mereka bertiga dan para Syuhada' sekelian.


PEMECATAN KHALID BIN AL WALID

Beliau telah wafat pada  23 Ogos M setelah dua tahun memerintah Khulafa ar Rasyidin. Tempatnya telah digantikan oleh Saidina Umar al Khattab.

Untuk mengelakkan Tentera Islam terlalu mendewakan Khalid bin al Walid, maka Saidina Umar telah memecat Khalid bin Al Walid dan menggantikannya dengan Abu Ubaidah al Jarrah ( 583 - 639 ).


Khalid menerima keputusan itu sengan tenang dan berkata " Saya berjihad bukan kerana Umar ". Hasil kerjasama Khalid al Walid dan Abu Ubaidah al Jarrah, Tentera Islamterus mara sehingga dapat menawan Aleppo ( Halab ), Damsyiq ( Damascus ) dan Baitul Muqaddis ( Jerusalem ).

Kaisar Heraclius dengan sedihnya terpaksa berundur ke Constantinople meninggalkan semua wilayah Syria yang telah dikuasai Tentera Rom selama lima abad.

Pembukaan kota ketiga suci dalam Islam pada tahun 15H / 636M  merupakan kemuncak kepada Peperangan Yarmuk. Atas permintaan Patriach Sopronius, Ketua Paderi Baitul Muqaddis, Saidina Umar bersetuju memasuki kota ini dalam keadaan aman tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah.



PENUTUP

Sesungguhnya Peperangan Yarmuk yang berlaku pada tahun 13H / 634M merupakan perintis kepada pembukaan wilayah wilayah Islam. Kejatuhan dan penaklukan ke atas Palestin, Syria dan Mesopotamia   telah  menafikan penguasaan Empayar Byzantin ( Rom Timur ) selama lima abad.

Akhir sekali kegigihan para Syuhada' dalam menegakkan kalimah Allah telah berjaya membawa masuk Din Allah ke bumi Syam yang dahulunya berpegang teguh kepada agama Kristian.

Baca Lagi
1.  Peperangan Mu'tah  Sila klik di sini 
2.  Pembukaan Baitul Muqaddis Sila klik di sini 
3.  Masjid al Aqsa Sila klik di sini 
4.  Abu Ubaidah al Jarrah Sila klik di sini 

Sabtu, 21 Februari 2015

PERANG SALIB BHG. 1


Perang Salib meruoakan beberapa siri peperangan yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke 11 hingga ke 13 Masihi.Kempen peperangan ini mendapat restu Gereja Roman Khatolik

Terdapat pelbagai Perang Salib. Perang Salib yang terbesar sebanyak sembilan kali dan ianya berlaku pada abad ke 11hingga ke 13. Perang Salib bukan sahaja berlaku di tanah orang islamtetapi juga berlaku di Iberia dan Eropah Tengah.

Perang SalibPertama 1095 - 1099M )

Pada 1071, Empayar Byzantine ( Rom Timur ) telah jatuh ke tangan tentera Seljuk di Pertempuran Manzikert dan kekalahan ini menyebabkan Empar Byzantine kehilangan kesemua wlayah kecuali kawasan persisiran pantai Asia Minor ( Turki Baru ) iaitu barat Anatolia dan Constantinople,

Walaupun pada ketika itu berlaku pergolakan antara penganut Kristian Roman Khatolik di barat dengan Gereja Yunani Ortodoks di timur , dalam keadaan terdesak Alexius I Comnenus ( 1057 - 1118 ) maharaja Byzantine yang memerintah dari 1081 hingga 1118 masih mengharapkan sedikit bantuan daripada rakan Kristian yang lain.

Kebanyakan maharaja Kristian merasa ragu ragu dan memandang sepi rayuan ini disebabkan pergeseran agama yang telah wujud antara gereja di timur dan di barat namun ada faktor lain yang menyokong permintaan maharaja Byzantine ini.

Kehadiran Islam ke Tanah Suci Kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin pada abad ke 7. Sungguhpun demikian orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat tempat  Suci atau mengganggu keselamatan biara biara dan masyarakat Kristian di Tanah suci.

Orang orang Eropah di barat juga begitu tidak peduli kehilangan Baitul Muqaddis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan orang orang Islam dan puak puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar.


Bagaimanapun kejayaan demi kejayaan tentera Islam memberi tekanan yang hebat kepada kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Byzantine.

Kejayaan Bani Umayyah di Andalusia berjaya menjadikan Sepanyol sebuah nedara yang aman dan maju. Kota Cordova telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu yang pesat dan ulung di rantau Eropah.

Begitu juga dengan Kerajaan Islam Bani Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Semasa pemerintahan Khalifah Harun ar Rasyid ( 145H - 193H ), Baghdad telah bangkit menjadi pusat perdagangan yang terkemuka. Baghdad juga merupakan pusat perkembangan ilmu pengetahuan . Ramai penuntut dari luar bertandang ke kota ini bukan sekadar ingin mempelajari imu tafsir dan Hadith malah ilmu perubatan, Mathematik, Falak dan sebagainya.


Bermula dari tahun 722Masihi lagi, orang orang Kristian telah melancarkan kempen Reconquista iaitu kempen penaklukan semula dari tangan orang islam.Kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav dan Magyar,ramai kesatria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap petani.

Pihak gereja berusaha membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce Of God namun terdapat segelintir Satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka.Untuk ini maka berperang denagan orang Islam merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik.

Selain daripada itu pihak gereja telah memberi mereka pelbagai penghargaan termasuklah menjanjikan mereka dan penghapusan dosa. Pemberian restu papal pada 1063 oleh Paus Alexander II kepada rakyat Kristian diIberia  dan propaganda keagamaan dan  sokongan kepada Perang Yang Adil untuk merampas kkembali Tanah Suci Antioch dan Baitul Muqaddis telah menjadi pendorong untuk mereka "berjihad" menentabg orang Islam.

Perubahan sikap barat terhadap timur berlaku sejak tahun 1009 lagi apabila alHakim bin Amrillah, Khalifah Fatimiyah telah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitul  Muqaddis. Walaupun pengganti al Hakimmembenarkan Empayar Byzantine membina semula gereja dan jemaah kristian dibenarkan membuar kunjungan suci di Baitul Muqaddis , namun insiden ini tetap menyemarakkan lagi api peperangan.


Pada tahun 1095, Paus Urban II  telah memanggil satu bala tentera upahan seramai 40,000 orang menuju ke Kota Constantinople bagi mempertahankan Empayar Bizantin dan seterusnya merampas kembali Baitul Muqaddis daripada tangan umat Islam.

Pada 4 Jun 1097, Tentera Salib berjaya menakluki ibu kota Seljuk  ( Kesultanan Seljuk Rum ) yang berpusat di Nacara ( Iznik ) menyebabkan tentera pimpinan Sultan Qilij Arselan  mengalami kekalahan besar besaran dalam Pertempuran Dorylaeum di Dataran Tinggi Anatolia.

Seterusnya Tentera Salib terus mara ke Antioch dan mengepung kota ini dari Oktober 1097 hingga Jun 1098M. Walaupun Tentera Islam berjaya memutuskan hubungan dunia luarTentera Salib masih mampu merebut Antioch.



Setelah menguasai Antioch sepenuhnya, Tentera Salib menakluk Ma'arat al Nu'man pada 2Disember 1098. Maarat anNu'man adalah sebuah kota kecil merupakan pintu utama Tentera Salib sebelum mara ke Damsyik dan Baitul Muqaddis.

Disinilah beribu ribu Tentera Seljuk  dari Kesultanan Seljuk Syria y( 1075 - 1117 ) ang mempertahankan kota ini dibunuh dengan kejam. Keputusan bekalan makanan dan Musim sejuk yang mencengkam telah menyebabkan Tentera Salib memakan daging Tentera Islam yang dibunuh dengan rakusnya.

Dengan bantuan pasukan tambahan dari Eropah ( Kaum Frank ), Tentera Salib  terus mara dan berjaya menguasai daerah pesisir pantai Syria serta meluaskan pengaruh mereka di Mediteranean Timur.

Akhirnya pada hari Jumaat 5 Julai 1099M,  Baitul Muqaddis atau Jerusalemi  telah jatuh ke tangan Tentera Salib  yang diketuai oleh Kaum Frank.  Tentera Salib telah membunuh hampir keseluruhan penghuni Baitul Muqaddis. Orang orang Islam, Yahudi malahan Kristian Timur ( yang berfahaman Ortodoks ) yang berlindung di rumah ibadat masing masing semuanya dibunuh beramai ramai.



Sebuah kerajaan kristian telah ditubuhkan  di Baitul Muqaddis dengan melantik Godfrey The Bouillon sebagai penguasa Baitul Muqaddis yang pertama.

Pada tahun 1187, Salahuddin Al Ayubi telah berjaya merampas kembali dan membebaskan kota Suci ini setelah 88 tahun berada di dalam genggaman Tentera Salin,

Sudah pastinya segala  pembunuhan dan kekejaman tentera Salib tidak akan terhapus daripada memori umat Islam

Sesungguhnya Perang Salib Pertama ini merupakan titik peralihan bagi perluasan kuasa barat dan pembukaan semula perdagangan antarabangsa sejak kejatuhan Empayar Rom Barat.

BACA LAGI..
1. AL AQSA dalam kenangan .. Sila klik Di sini
2. Riwayat Hidup AlKhawarizmi, Sila klik di sini

BERSAMBUNG.. PERANG SALIB BHG 2.

Selasa, 30 Disember 2014

PERANG SALIB NHG 2



PERANG SALIB KEDUA  ( 1145 - 1149 )

Setelah kejatuhan Baitul Muqaddis ke tangan Kaum Frank, Tentera Salib melakukan serangan ke daerah sekitar untuk meluaskan kekuasaan mereka.Kerana faktor geografi, daerah daerah pantai Syria yang terbentang menghadap ke barat berjaya dikuasai Tentera Salib dengan mudahnya.

Serangan Tentera Salib selanjutnya ke atas Bandar Aleppo dan Damsyik telah menemui kegagalan kerana mendapat tentangan hebat daripada penduduk setempat.Di dua bandar inilah, semangat jihat umat Islam yang hilang telah bangkit kembali.

Para Ulama' telah memainkan peranan yang penting di sebalikkebangkitan semangat jihat umay Islam. Mereka telah membawa kisah kehebatan Zengi, penguasa Turki dari Mosul yang berjaya mengalahkan Tentera Salib dalam Pertempuran Ladang Darahdi Balath pada tahun 1144.

Kemampuan pasukan Zengi merebut Edessa sangat berharga kerana Edessa mrupakan kota Negara Salib pertama yang jatuh kepada umat Islam. Semangat jihad ini telah diteruskan oleh putera Zengi bernma Nuruddin. Nuruddin telah memimpin Edessa dan Aleppo


Pada Julai 1149, Nuruddin berjaya mengalahkan Tentera Salib di Inap. Lima tahun kemudian Nuruddin berjaya menyatukan Syria, Cabaran Nuruddi bermula apabla Amalric memimpin Tentera Salib pada 1163.

Selain memerangiKaum Frank, Nuruddin terpaksa campur tangan menyelesaikan masalah dalaman mereka.. Syawar, Menteri Fatimiyyah yang digulingkan minta bantuan Nuruddin untuk menggulingkan Dirgham, musuh politiknya yang disokong oleh Kaum Frank.

Nuuddin mengirim pasukannya di bawah pimpinan  Syirkuh iaitu pakcik kepada Salahuddin Al Ayubi bagi mengembalikan kekuasaan Syawar di Kaherah.

Pertempuran di Kaherah telah membuahkan hasil dan Syawar diangkat semula menjadi menteri Fatimiyyah. Seterusnya operasi ketenyeraan yang kedua dibiayai sepenuhnya oleh Nuruddin dan hanya memperoleh kemenangan kecil sahaja.

Kaum Frank kembali ingin menguasai Kaherah menyebabkan Syawar terpaksa minta bantuan Nuruddin sekali lagi.. Syirkuh diberi kepercayaan untuk memimpin operasi menentang Kaum Frank.

Dalam pertempuran ketiga ini, Syirkuh telah terbunuh dan tempatnya diganti oleh Salahuddi. Salahuddin berjaya mengalahkan Kaum Frank dan mengusir mereka keluar dari bumi Mesir.


Karier Salahuddin semakin naik. Beliau telah dilantik menjadi menteri Fatimiyyah di bawah Khalifah Al Adid. Setelah Khalifah Al Adid wafat, Salahuddin mengembalikan Dinasti Fatimiyyah di bawah kekuasaan Bani Abbasiah di Baghdad.

Pada 1172, terdapat sedikit pergeseran antara Nuruddin dan Salahuddin tetapi ianya tidak berpanjangan.Dua tahun kemudiannya  Nuruddin telah wafat dan Salahuddin telah mengisytiharkandirinya sebagai pengganti Nuruddin.

Kejatuhan Aleppo telah menyatukan Mesir dan Syria.kemudian Salahuddin mengalihkan perhatiannya kepada Tentera Salib. Salahuddin telah mengadakan perjanjian damai dengan Baldwin iaitu penguasa Jerusalem.

Perjanjian antara dua raja ini mulai retak akibat hasutan Reynald the Chatillon salah seorang pembesar Kaum Frank yang sangat membenci Islam lalu Salahuddin  mengirim satu pasukan tentera ke Kerak  ( salah satu wilayah Raja Baldwin ) untuk menyerang Reynald the Chalitton.

Mendengarkan berita ini, Raja Baldwin IV pun menghantar ternteranya ke sana. Peperangan berjaya dihentikan dengan perjanjian damai dan jaminan Reynald akan dihukum sendiri oleh tangan Kaum Frank. 
Baldwin meninggal dunia dantempatnya diganti oleh Guy the Lusigna.Perjanjian damai ditamatkan akibat hasutanReynald the Chalitton yang merupakan kawa baik Guy. Pada 4 Julai 1187 telah berlaku Perang Hittindi mana kemenangan telah berpihak kepada Tentera Islam.

Guy dan Reynald telah ditangkap dan di bawa kepada Salahuddin. Reynald telah dibunuh adapun Guy telah diseret ke Jerusalem oleh Salahuddin.

9 Julai 1187, Tentera Islam telah berjaya dalam pertempuran di Arce dan menguasai wilayah wilayah dari Gaza hingga Jubayl pada awal September. 

Pada hari Jumaat 2 Oktober 1187, Salahuddin berjaya menawan dan mebebaskan Baitul Muqddis dari pada kekuasaan Tentera Salib maka dengan ini berakhirlah Perang Salib  Kedua.

PERANG SALIB KETIGA ( 1189 - 1192 )

Ianya merupakan cubaan raja raja kristian Eropah untuk merampas semula Baitul Muqaddis daripada tangan orang Islam. Didorong oleh semangat keagamaan, Henry I dari Englan dan Philip II dari Perancis tealah menamatkan konflik sesama mereka untuk memimpin Perang Salib Ketiga. Namun begitu , Tentera England diletakkan dibawah pimpinan Richard  pada 1189 setelah kematian Henry I.

Maharaja Suci Rom, Federick I Barbarossa yang telah berumur turut menyahut panggilan ini dan memimpin seketumbbkan tentera yang besar menyebrangi Anatolia namun mati akibat lemas sebelum sampai ke Tanah Suci. Ramai tenteranya yang tawar hati dan berpatah balik ke tanahair ( Rom ).

Selepas beberapa kejayaan ketenteraan, kuasa Kristian ini bertengkar  mengenai harta rampasan perang. Kecewa dengan Richard, waris Federick ( Leopold V )  dari Austria dan Philip berundur dari Tanah Suci paa Ogos 1191.

Pada 2 September 1192, Richard dan Salahuddin telah memuktamadkan satu perjanjian yang menyaksikan bahawa Baitul Muqaddis kekal di bawah penguasaan Islam dan Orang orang Kristian yang tidak bersenjata dibenarkan mengunjungi Baitul Muqaddis.

Dengan perjanjian damai ini maka berakhirlah Perang Salib Ketiga dan Baitul Muqaddis masih kekal di bawah penguasaan Umat Islam

PERANG SALIB KEEMPAT ( 1202 - 1204 )

Pada awalnya dirancang utuk menyerang Jerusalem dengan menceroboh Mesir. Disebabkan pergeseran agama antara Gereja Roman Khatilik di barat dan Gereja Ortodoks di timur sudah sampai ke  kemuncaknya maka Perang Salib Keempat ini telah beralih ke Constantinople iaitu ibukota bagi Empayar Byzantine.

Pada April 1204, Tentera Salib yang terdiri daripada tentera Empayar Rom Suci dan tentera Venice telah menceroboh dan menggeladah kota ini. Empayar Byzantine telah kehilangan Constantinople sehingga tahun 1261.

Hasrat raja raja kristian ingin merampas Baitul Muqaddis dari tangan Tentera Islam tidak terhenti di sini sahaja sungguhpun telah diadakan perjanjian damai semasa Perang Salib Ketiga pada tahun 1187 antara Salahuddin Al Ayubi dengan Richard. 

Pelbagai usaha dan percubaan telah dilakukan namun kesemuanya itu menemui kegagalan . Berikut ini secara ringkas kempen peperangan yang dilakukan oleh Tentera Salib untuk menawan kota Naitul Muqaddis daripada tangan orang Islam.


PENUTUP

Perang Salib kesembilan adalah kemuncak kepada peperangan yang dilancarkan oleh Tentera Salib untuk menguasai Baitul Muqaddis ( Jerusalem )

Selain daripada itu terdapat Perang Salib yang kecil iaitu Perang Salib memerangi golongan  atau fahaman yang dianggap sesat oleh pihak berkuasa Kristian dan musuh peribadi Paus atau raja raja yang lain. Perang Salib seperti ini berterusan ke abad 16 hingga Zaman Pembaharuan dan Refomasi apabila iklim politik dan keagamam berubah.

BACA LAGI...

1. AL AQSA DALAM KENANGAN, SILA KLIK DI SINI
2. BAIBARS   SILA KLIK DI SINI

Sabtu, 29 November 2014

PEMBUKAAN KOTA BAITUL MUQADDIS


Peperangan Yarmouk adalah peperangan kedua antara tentera Islam dengan tentera Rom. Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin AlWalid telahberjaya menewaskan tentera Rom. Dengan kejayaan ini telah membawa kepada pembukaan Kota Suci Baitul Muqaddis, bumi barakah Isra'nya Rasulullah. Bagaimanapun Patriach Sopronius ketua Paderi Baitul Muqaddis enggan menyerahkan Baitul Muqaddis kepada umat Islam dengan pertumpahan darah. Sopronius telah memberi syarat supaya khalifah Islam yang kedua iaitu Umar bin AlKhattab datang sendiri menemui penduduk 'Ihya' ( Jerusalem ) dengan Jaminan keselamatan.

Saidina Umar bersetuju memenuhi syarat tersebut. Sebagai seorang pemimpin yang sentiasa merendahkan diri, Saidina Umar datang ke Baitul Muqaddis dengan hanya menaiki seekor unta, ditemani oleh seorang khadam dan berbekalkan air, roti dan buah kurma di sepanjang perjalanannya ke Kota suci ini. Setiba sahaja di Jabiyya, Saidina Umar mekuangkan masanya bertemu dengan tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah AlJarrah.

Melihatkan Kaki Saidina Umar berceloreng dengan debu tanah dan luka, maka Abu Ubaidah memberi cadangan ingin mengiri Saidina Umar hingga ke pintu kita Baitul Muqaddis.Saidina Umar menolak cadangan itu lalu bersegera meninggalkan perkhemahan tentera di Jabiyya. 

SAIDINA UMAR TIBA DI BAITUL MUQADDIS 

Tentera Rom dan penduduk Ihya' berkumpul memenuhi Jerusalem. Saidina Umar berhenti seketika apabila menjejaki Gerbang Damsyiq. Dengan penuh kehambaan kepada Allah Saidina Umar terus berjalan masuk meninggalkan unta dan khadamnya. Seluruh pembesar dan rakyat di Jerusalem tunduk memberi penghormayan kepada Saidina Umar. Dengan nada yang keras Saidina Umar berkata " 


Alangkah malangnya kamu semua, Angkat kepala kalian. Sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala ( sujud ) seperti ini kecuali kepada Allah".

 Sopronius menitiskan air mata melihatkan kesederhanaan Saidina Umar. Sambil memegang kunci Kota Baitul Muqaddis, Sopronius berkata kepada Saidina Umar 



 Kemudian Sopronius meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang terdapat pada baju yang dipakainya. Terdapat 17 tampalan semuanya. 

Wakyu Zohor telah masuk, sebagai tuan rumah Sopronius mempelawa Saidina Umar agar solat Zohor di dalam Gereja AlQiamah ( Holy Sepulchre ) . Saidina Umar menolak pelawaan tersebut kerana bimbang jenerasi islam selepasnya akan menukarkan gereja kepada masjid.

 Saidina berjalan ke arah selatan dan mendirikan solat Zohor di satu kawasan lapang tidak jauh dari Gereja AlQiamah. Diatas kawasan inilah kemudiannya dibina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Umar.



Kemudian Saidina Umar terus menuju ke Haram As Syarif dan beliau mendapati kawasan tersebut telah terbiar dan dipenuhi dengan sampah sarap. Saidina Umar menggunakan jubah yang dipakainya bagi membersihkan kawasan tersebut. Tindakan Saidina Umar ini telah diikuti kaum Muslimin, Mereka telah bergotong royong sehinggalah seluruh kawasan tersebut  menjadi bersih dan terang. Ditengah tengah kawasan tersebut tersergam sebungkah batu tergantung yang ingin mengiringi Rasulullah s.a.w naik ke langit di dalam peristiwa Isra dan Mi;raj.

Setelah sepuluh hari berada di Baitul Muqaddis, Saidina Umar kembali semula ke Madinah bersama khadamnya.

Selasa, 2 September 2014

SEJARAH KOTA MEKAH


Makkah ( Makkah al-Mukarramah ) ataupun Mekah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Di sinilah terletaknya Al Masjid Al Haram dan Kaabah yang merupakan qiblat utama umat islam. 

 Makkah terletak di ketinggian 277 meter (910 kaki.) daripada paras laut. Bandar raya ini terletak di antara gunung-ganang, yang telah ditakrifkan pengembangan kontemporari bandar raya ini. Bandar raya ini berpusat di sekitar Masjid al-Haram (tempat paling suci). Sekitar kawasan masjid mengandungi bandar lama. 

 Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. Selepas Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun beliau kembali ke Palestin Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. 

Siti Hajar yang mula gelisah lalu berlari mencari air di antara Bukit Safa, daripada Jabal Qubais hinggalah ke Bukit Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis, menghentakkan kakinya di atas tanah maka dengan izin Allah s.w.t., terpancarlah air dari tanah tersebut. 



Sejak daripada itu, pedagang-pedagang dan kabilah-kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan membuka penempatan baru. Setelah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail membina Kaabah, Mekah telah membangun menjadi sebuah pusat ibadat yang terkemuka. Kemajuan Makkah sebagai pusat keagamaan Semenanjung Arab telah menimbulkan rasa cemburu dan irihati kepada Raja Abrahah. 

Pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Raja Abrahah telah menghantar bala tentera yang menaiki gajah untuk menyerang Makkah namun usaha ini sia-sia sahaja. Raja Abrahah dan tentera bergajah telah berjaya dibinasakan. Makkah merupakan tempat lahirnya Nabi Muhammad s.a.w.. Disinilah tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. dan menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Mekah.Tidak ramai dikalangan penduduk Mekah yang menyahut seruannya .Saidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali.adalah antara sahabat – sahabat Nabi yang mula-mula beriman dengan Allah. 

 Pada Tahun ke 13 dari Kenabian Rasulullah ( 622 Masehi ) Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya berhijrah ke Madinah. Di sana ajaran Islam telah berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi Muhammad s.a.w. kembali semula ke Makkah pada tahun 628 masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda. Mereka memasuki Makkah tanpa ada sedikitpun pertumpahan darah. Setelah memasuki Mekah, Rasulullah melakukan tawaf, mencium Hajar Aswad dan memusnahkan berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda juga memasuki Kaabah dan mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. 

Selain itu, baginda memaafkan dan membebaskan penduduk Mekah yang pernah menentangnya. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam. Nama-Nama Makkah Para ulama begitu mengambil berta terhadap nama-nama Makkah dan itulah yang sepatutnya berlaku. Hal ini kerana banyaknya nama bagi sesuatu perkara untuk menunjukkan akan kebesaran dan ketinggian kedudukannya. Kata Imam al-Nawawi r.h.m.: “Ketahuilah bahawa banyaknya nama menunjukkan kepada kebesaran yang dinamakan, sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan nama Rasul-Nya SAW. 

Kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain daripada Makkah dan Madinah, kerana keuda-duanya merupakan sebaik-baik bumi, disebabkan kerana banyaknya sifat yang boleh dinamakan kepada kedua-duanya.” Di sini disebutkan beberapa nama Makkah yang ada disebut dalam al-Quran: 


CATATAN

 Lafaz “al-Masjidilharam” telah disebut dalam al-Quran pada 15 tempat (kali). Ia merujuk kepada beberapa tempat, iaitu:
 a. Kaabah.
b. Masjidilharam dan kawasan sekitarnya.
c. Makkah seluruhnya
d. Seluruh tanah Haram.

Wallahu a’lam.

Sabtu, 2 Ogos 2014

JAHANNAM YAHUDI


Setiap kali kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap masyarakat Palestin kita pasti menjadi geram dan marah. Kemuncak dari kemarahan ini akan keluar kata kata yang berbunyi seperti “Mampuslah Israil”, Israil Laknatullah” dan sebagainya

Tahukah anda bahawa kalimah Israil itu adalah nama lain kepada Nabi Allah Yaakob a.s. Kalimah Israil itu sendiri dalam bahasa Hebrew ( bahasa Yahudi ) bermaksud “ Hamba Tuhan” iaitu satu gelaran khas kepada Nabi Yaakob a.s. Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 93 “ .




Maksudnya Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan makanan yang diharamkan oleh Israil (Ya'qub) untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan

Nabi Yaakob a.s adalah anak kepada Nabi Ishak a.s dan cucu kepada Nabi Ibrahim a.s. Baginda telah dikurniakan seramai dua belas orang anak dan salah seorang daripadanya adalah Nabi Yusuf a.s.

Dari dua belas orang anak anak Nabi Yaakob ini maka terbentuklah kabilah-kabilah Bani Israil. Perkataan Bani Israil yang disebut dalam AlQur’an itu sendiri adalah bermaksud anak- anak keturunan Nabi Allah Yaakob. a.s.

Bani Israil pada asalnya merupakan golongan yang mendokong agama Tauhid.  Bani Israil pernah diseksa oleh Firaun hanya kerana mereka  beriman dengan Allah dan enggan mengiktiraf Firaun itu sebagai tuhan.

Namun begitu keimanan mereka semakin hari semakin goyah. Hati kaum ini menjadi keras sehingga tidak dapat mernerima ajaran yang disampaikan oleh nabi nabi mereka malah kebanyakan dari nabi-nabi yang Allah utuskan ini telah menjadi mangsa pembunuhan mereka.

Kedatangan Nabi Isa a.s dengan membawa kitab Injil telah menjadikan Bani Israil terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang menyokong / membantu Nabi Isa a.s dipanggil sebagai Nasoro atau AlHawariyin. Adapun golongan yang menentang Nabi Isa a.s dikenali sebagai Yahudi .

Oleh kerana mereka telah kufur dengan Allah maka gelaran Bani Israil ini tidak layak lagi bagi mereka. Semasa Rasulullah s.a.w berada di Madinah, Baginda sendiri tidak pernah memanggil mereka dengan panggilan Bani Israil apatah lagi memanggil mereka dengan nama Israil.

Seandainya Rasulullah s.a.w tidak pernah memanggil mereka Bani Israil ( apatah lagi Israil ) kenapakah kita pula bersungguh-sungguh mendahului apa yang Rasulullah s.a.w lakukan.

Penggunaan kalimah “Israil “ adalah semata-mata ingin mengelirukan umat Islam. Dalam AlQur’an, kalimah Yahudi ‘ seringkali digambarkan sebagai satu puak yang kejam,pembunuh ,bangsa yang biadap dan amat memusuhi umat Muhammad. Dalam erti kata lain kalimah Yahudi ini menggambarkan satu identiti serta imej yang buruk lagi hina kepada mereka.

Untuk menunjukkan yang mereka ini baik dan menjadi umat yang dikasihi Allah maka mereka menukarkan dari perkataan Yahudi kepada “ Israil”. yang membawa maksud " Hamba Tuhan " dalam bahasa Hebrew

Oleh yang demikian marilah sama-sama kita letakkan penggunaan nama Israil ini pada hamba Allah yang berhak menerimanya iaitu Nabi Allah Yaakob a.s.  Perkataan “ Israil “ tidak sepatutnya keluar dari mulut orang- orang islam dalam apa jua keadaanpun  yang mengaitkan kebaikan  dan keburukan orang-orang Yahudi. Sebaiknya sebutlah “  Yahudi Laknatullah” , “ Mampuslah Yahudi " dan sebagainya sekiranya kita ingin mengutuk akan kedurjanaan mereka.

Muslihat Yahudi disebalik perjanjian damai sila klik di sini
Nasyid dan kisah penderitaan rakyat Palestin Sila klik disini

Khamis, 31 Julai 2014

ASHABUL KAHFI


Kisah ashabul kahfi (yang bermaksud penghuni-penghuni gua) diceritakan oleh Allah dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi, bermula dari ayat 9 hingga ayat 26 (iaitu kira-kira 15 ayat). Sebab turun ayat-ayat yang menceritakan kisah dalam surah al-Kahfi ini ialah; “Paderi-paderi yahudi berhasrat untuk menguji Nabi Muhammad s.a.w. sama ada ia benar-benar seorang Nabi atau tidak.

 Lalu mereka menyuruh orang-orang musyrikin supaya menguji baginda dengan bertanyakan tiga kisah yang ajaib yang berlaku pada zaman dahulu iaitu; 
1. Kisah ashabul Kahfi. yang bersembunyi dalam gua. 
2. Kisah Iskandar Zulkarnain- seorang raja adil yang mengelilingi dunia (timur dan barat)
3. Kisah tentang hakikat ruh. 

 Setelah 15 hari Rasulullah s.a.w. menunggu, maka turunlah wahyu menceritakan ketiga-tiga kisah tersebut”. Allah memulakan penceritaan dengan membentangkan rasa takjub manusia tentang kisah ini walaupun sebenarnya mereka tidak perlu rasa takjub kerana ia datang dari kudrat Allah, bahkan di sana terdapat banyak lagi tanda-tanda kekuasaan Allah yang lebih hebat dari peristiwa ini.


Firman Allah; 
“Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9) 



Ashabul kahfi (penghuni-penguni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas terdiri dari tujuh orang pemuda iaitu; 
1. Maksalmina 
2. Tamlikha 
3. Martunus 
4. Bainunus atau Nainunus 
5. Sarbunus 
6. Dzunuanus 
7. Kasyfitatanunus 
 Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka.

 Pemuda-pemuda ini beriman kepada Allah di tengah kekufuran kaum dan bangsa mereka. Identiti mereka sebagai pemuda yang beriman diakui oleh Allah dengan firmanNya;


 “Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13) 

Kisah Ashabul Kahfi bermula apabila  Raja Daqyanus atau Decius yang kufur kepada Allah telah memerintah kerajaan Rome. Beliau telah membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman).

Raja Daqyanus telah memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s.dan beriman dengan agama yang dianutinya.. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu.

Namun tujuh pemuda beriman tadi tidak mahu tunduk dengan tekanan raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian.

Mereka dipanggil mengadap raja itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Walaupun tidak mampu menjawab hujjah-hujjah yang mantap dari pemuda-pemuda beriman ini, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras mahu mereka murtad dari agama mereka. Ia memberikan tempoh beberapa hari kepada mereka. Jika selepas tempoh itu pemuda-pemuda ini tetap berkeras, maka mereka akan dimurtadkan secara paksa atau akan dibunuh.

Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda- pemuda ini telah memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua. Mereka lari ke pedalaman di kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua dan di situlah mereka bersembunyi dan berlindung.

Dalam perjalanan mereka ,mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Allah telah menidurkan  pemuda-pemuda ini  selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

Sebaik bangun dari tidur , mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk dimakan. Akhirnya mereka memilih Tamlikha untuk ke kota untuk membeli makanan.

 Semasa pemuda-pemuda ashabul kahfi ini dibangkitkan Allah suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.



Sesungguhnya Allah telah membangkitkan ashabul kahfi pada zaman tersebut adalah untuk menzahirkan kekuasaanNya. Pada ketika itu terdapat segelintir rakyat dalam negeri itersebut  yang masih ragu-ragu tentang kebenaran kiamat; mereka masih ragu-ragu; bagaimana Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati? Apatah lagi yang telah beribu bahkan berjuta tahun lamanya dimakan tanah.

Ketika Tamlika  berada di kota kerana hendak membeli makanan, penduduk kota  merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.

Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan baki pemuda-pemuda menunggu di dalam gua dan mendengar kisah mereka.

 Allah telah mematikan pemuda pemuda tersebut sesudah mereka memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya. Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua it


Rabu, 30 Julai 2014

JEJAK WARISAN ANDALUSIA 1



Andalusia merupakan kawasan pemerintahan orang Islam atau dikenali sebagai Moorish di Sepanyol.. Kawasan Andalusia meliputi Cordoba, Granada, Seville, Toledo, Valencia, Portugal, Selatan Perancis dan lain-lain.Muslim memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.

Sejarah Perjalanan Penaklukan Andalusia




Pada bulan Rajab 97 H atau Julai 711 M, Thariq bin Ziyad Panglima Perang Islam pada masa pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik atau al-Walid I (705-715 M) dari bani Umayah telah mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara, Musa bin Nusair untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia Bersama 7.000 tentera yang dipimpinnya, Thariq bin Ziyad menyeberangi selat Gibraltar (Jabal Thariq) menuju Andalusia.

Setelah mendarat, beliau memerintahkan anak buahnya untuk membakar kapal-kapal yang membawa seluruh ahli pasukannya, kecuali kapal-kapal kecil yang diminta pulang untuk meminta bantuan kepada khalifah.




 Tentera Islam segera menyusun kekuatan untuk menggempur pasukan kerajaan Visigoth, Spanyol, di bawah pimpinan Raja Roderick. Atas pertolongan Allah swt, 100.000 pasukan Raja Roderick tumbang di tangan pasukan muslim. Raja Roderick pun menemui ajal di medan pertempuran ini.

Setahun kemudian, Musa bin Nusair bertolak membawa 10.000 tentera menyusul Thariq. Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia berjaya ditakluki tentera Thariq dan Musa;

Pasukan Musa dan pasukan Thariq bertemu di Toledo. Keduanya bergabung untuk menaklukkan Ecija. Setelah itu mereka bergerak menuju wilayah Pyrenies, Perancis. Hanya dalam waktu 2 tahun, seluruh daratan Sepanyol berhasil dikuasai. Mereka juga berjaya menakluki Portugis (Al-Gharb / Barat) beberapa tahun kemudian.




Hasrat Musa bin Nusair dan Thariq bin Ziyad ingin mara ke utara untuk menakluki seluruh Eropah tidak kesampaian karena Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik telah memanggil mereka berdua pulang ke Damsyik . 


Thariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Spanyol.Setelah bertemu Khalifah, Thariq bin Ziyad ditakdirkan Allah swt. tidak kembali ke Eropa kerana sakit dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kerajaan Cordoba (756-1031)




Apabila Kerajaan Bani Umayyah jatuh kepada Kerajaan Bani Abbasiah. pada tahun 750, pusat pentadbiran Islam telah dipindahkan dari Damaskus, Syria ke Baghdad. Keadaan ini telah memaksa khalifah Bani Umaiyyah ketika itu, Abdul Rahman I (Abdul Rahman Al-Dakhil) mengasaskan kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua di Sepanyol dengan menjadikan Cordoba sebagai ibu kotanya. Ketika itu Islam sudah bertapak kukuh di sana. 


Kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua ini menjadi sangat makmur dan telah bertahan selama hampir 800 tahun (756-1492). Pada tahun 929, sistem khalifah Bani Umaiyyah telah diwujudkan semula apabila Sultan Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol.



Zaman pemerintahan Abdurrahman III merupakan zaman keemasan Andalus. Orang muslim dan bukan muslim dari serata dunia datang ke Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba. 

Cordoba juga mampu menandingin Baghdad dalam pelbagai sektor. Rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. Kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pemerintahan Islam.

WARISAN SEJARAH PENINGGALAN KERAJAAN CORDOBA

1) Madina Zahra


Pada tahun 936, Abdur Rahman III mengambil keputusan untuk membuka satu bandar lain. Bandar Madina Zahra dibina 8 km dari Cordoba di kaki Sierra Morena . Nama itu diambil sempena nama isterinya Azaharah. Malangnya kegemilangan nya hanya singkat apabila hancur diserang askar Berber sepanjang 1010 hingga 1013. Sekarang yang tinggal hanya lebih kurang 1 persepuluh bahagian sahaja untuk dijadikan tatapan pelancong, itu pun sudah hancur




2) Masjid Cordoba

merupakan salah satu daripada tinggalan binaan-binaan kesenian Islam telah dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 784. Masjid Cordoba dibina dengan menjadikan seni bina Arab sebagai rujukan utama.


Tapak asal Masjid Cordoba pada mulanya merupakan kuil milik orang-orang Roman. Apabila Empayar Rom jatuh, pemerintah ketika itu telah menggantikannya dengan sebuah gereja Kristian. Setelah orang-orang Arab berjaya menawan sebahagian besar Sepanyol pada awal kurun ke-8, mereka telah merobohkan gereja tersebut dan kemudiannya membina Masjid Cordoba.

Masjid ini melalui beberapa pertukaran: Abd ar-Rahman III memerintahkan pembinaan menara baru, sementara Al-Hakam II, pada 961, membesarkan rancangan bangunan dan mengindahkan mihrab. Pembaharuan yang terakhir dijalankan oleh Al-Mansur Ibn Abi Aamir pada 987.

Masjid ini adalah yang termewah daripada 1,000 masjid lainnya yang berada di bandar tersebut, dan pada satu waktu masjid kedua terbesar di dunia Islam. Ia bercantum dengan istana Khalifah dengan tempat laluan yang dinaikkan, membenarkan pemerintah Cordoba untuk mengunjungi masjid tanpa risiko pembunuhan. Hari ini istana Biskop berdiri di tapak istana Khalifah

Dinding kiblatnya dan menara yang terdapat di sini berusia sejak abad ke-10. Setiap anjungnya memiliki sehingga 18 atau 19 gerbang. Gabungan tiang-tiang Roman telah digunakan, namun disebabkan ketinggiannya tidak mencukupi, tiang tambahan yang berbentuk segiempat telah diletakkan di atas tiang-tiang Roman tersebut. Tiang tambahan inilah yang menyokong gerbang-gerbang unik yang ada di sini. Gerbang-gerbang itu pula menyokong bahagian siling masjid ini.

Setiap gerbang yang ada di masjid ini adalah cantuman batu-bata merah dan batu putih. Gabungan unsur batu-batu tersebut berjaya mewujudkan konsep jaluran yang menakjubkan. Konsep jaluran merah-putih ini banyak mempengaruhi senibina bangunan di Sepanyol. Hiasan dinding pula mempunyai unsur flora di samping inskripsi dari Al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozek emas.


Pada tahun (1236) apabila Cordoba ditakluk oleh Raja Ferdinand III dari Castile, masjid ini telah ditukarkan menjadi sebuah gereja Kristian. Bermula di pintu masuk sahaja sudah terdapat beberapa binaan berupa patung-patung yang mempunyai lambang salib. Ini adalah perkara yang biasa pada ketika itu. Sebagai contoh Hagia Sophia di Constantinople telah ditukar menjadi sebuah masjid pada hari tentera Uthmanniyah memasuki bandar itu.

KEJATUHAN CORDOBA

Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031 M. Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telah pon terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya Toledo dan Granada.




Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com