Isnin, 24 Jun 2019

MASJID UMAWI


Masjid ini telah dibina pada tahun 86H bersamaan 705M iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Bani Umayyah.

Masjid Umawi pernah dijadikan gereja pada abad ke 4M yang diberi nama “St. John the Baptist Basilica” kerana di masjid inilah terdapatnya Makam John The Baptist (Nabi Yahya a.s).


Ketika Islam sampai ke Damsyiq pada tahun 636M, masjid ini telah dibahagi kepada dua bahagian atas kesepakatan umat Islam dan Kristian iaitu

  • Bahagian Masjid di sebelah timur   
  • Bahagian Gereja di sebelah barat. 

Mereka beribadah secara harmoni dalam satu tempat yang hanya dipisahkan oleh dinding.


Namun begitu pada tahun 705M, Masjid Umawi telah dibesarkan oleh Khalifah Al Walid bin Abdul Malik (705–714M).

Bahagian Gereja yang terletak di sebelah barat masjid telah ditukar menjadi Masjid. 

Sebagai ganti, khalifah telah memberi keizinan membina gereja gereja di daerah Bab Touma dan kawasan sekitarnya.


Masjid Umawi merupakan masjid tertua di Syria. Di timur masjid ini terdapat masjid Saidina Umar dan Masjid Saidina Ali. 

Masjid ini pernah menjadi tumpuan para Sahabat bertemu dan berbincang mengenai hal-hal Islam satu ketika dahulu.


Masjid Umawi telah dihias indah dengan mozek-mozek kecil yang mengambarkan corak tanaman dan ladang, bandar dan istana yang mewujudkan suasana kedamaian campuran klasik dan ketimuran. 


Tiada unsur kemanusian yang wujud pada dinding-dinding masjid seperti mana sering kelihatan di gereja-gereja lama Kristian.


Masjid ini telah kekal selama 1200 tahun dengan melalui pelbagai zaman dan rintangan. Ia pernah diserang tentera Mongol, pernah berlaku gempa bumi dan juga kebakaran pada tahun 1893. 

Sehingga kini, ia masih berdiri teguh meninggalkan pelbagai rentetan sejarah.

MAKAM MAKAM YANG TERDAPAT DI MASJID UMAWI

💛💜 PERTAMA 
💙
MAKAM KEPALA NABI ALLAH YAHYA A.S.




💛💜 KEDUA 
💙
MAKAM KEPALA SAIDINA HUSSAIN 

Saidina Hussain Cucunda Rasulullah telah telah Syahid di Karbala pada tahun 61H. Jasadnya dikebumikan di sana.


Manakala kepalanya telah dibawa ke Damsyiq dan dimakamkan di dalam masjid ini berdekatan dengan pintu Turbah Kamiliyyah.

💛💜 KETIGA 
💙
MAKAM SALAHUDDIN AL AYUBI


Panglima perang Islam Salahuddin al Ayubi yang wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik turut dimakamkan di sini. 


Salahuddin telah dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Umawi. 



Adapun makam batu marmar di dalam Masjid Umawi adalah makam KOSONG.

Makam ini telah disumbang oleh Raja Wilhem II dari Jerman.

NABI ISA TURUN DARI LANGIT DI MENARA PUTIH MASJID UMAWI 

Sabda Rasulullah

ينزلُ عندَ المَنارةِ البيضاءِ، شَرقيَّ دمشقَ

Maksudnya
Nabi Isa akan turun di Menara Putih sebelah Timur Kota Damsyiq

HR : Albani dalam Sahih Ibnu Majah dari An-Nawas bin Sam’an, Hadith Sahih No 3310


Catatan
💛💖💚

Yang dimaksudkan Menara Putih sebelah Timur kota Damsyiq itu adalah Masjid Umawi.

والله أعلم

💚💛💜💙💖💖💖💜💙💚💛

Rujukan Hadith

Hadith turunnya Nabi Isa a.s di Masjid Umawi Sila klik Di sini


💚💛💜💙💖💖💖💜💙💚💛


Khamis, 20 Jun 2019

ASHABUL KAHFI


Ashabul Kahfi adalah kisah tujuh orang pemuda yang beriman kepada Allah telah ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.

Kisah mereka Allah ceritakan dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi ayat 9 hingga 26.

 Tujuh orang pemuda Ashabul Kahfi   adalah pemuda pemuda yang beriman kepada Allah.

 💚 Firman Allah

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾ الکهف

Maksudnya
Sesungguhnya mereka itu pemuda pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan mereka dengan petunjuk
Surah al Kahfi ayat 13

Sungguhpun demikian, mereka hidup di tengah tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim.

💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜


NAMA NAMA TUJUH PEMUDA
ASHABUL KAHFI 
  1. Tamlikha
  2. Maksalmina
  3. Martunus
  4. Bainunus atau Nainunus
  5. Sarbunus
  6. Dzunuanus
  7. Kasyfitatanunus 

💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

Raja Daqyanus (Decius) yang memerintah kerajaan Rom merupakan seorang raja yang zalim dan kufur kepada Allah.

Beliau telah memaksa rakyatnya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan beriman dengan agama yang dianutinya..

Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan raja yang zalim itu.

Namun tujuh pemuda ini enggan tunduk dengan tekanan raja malah mereka tetap berdiri teguh mempertahankan aqidah mereka meskipun menyedari nyawa dan diri mereka terancam.

Raja Daqyanus telah memanggil mereka ke istana dan memberikan mereka tempoh beberapa hari sebelum mereka dimurtadkan secara paksa ataupun dibunuh.

Oleh kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda ini telah melarikan diri bersembunyi dan berlindung di dalam gua.

Semasa dalam perjalanan ke gua, ketujuh-tujuh mereka telah ditemani oleh seekor anjing bernama Qithmir.


Di dalam gua inilah, Allah telah menidurkan pemuda-pemuda ini selama 300 tahun atau 309 tahun mengikut kiraan tahun Hijrah.

 💚 Firman Allah

وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا ﴿٢٥﴾ الکهف

Maksudnya
Dan mereka telah tidur dalam gua mereka Tiga ratus tahun dan tambah sembilan tahun.
Surah al Kahfi ayat 25

💛💜💖💖💖💙💚
LOKASI GUA
💛💜💖💖💖💙💚

Terdapat Tiga buah Gua yang dikaitkan dengan Ashabul Kahfi

💚💛 PERTAMA
💜
Gua di Efesus, Anatolia, Turki  sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.

💚💛 KEDUA
💜
Gua di Jabal Qasiyyun, Damsyik, Syria.

💚💛 KETIGA
💜
Gua di Abu Alanda 7km tenggara bandaraya Amman, Jordan.

Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang dinyatakan dalam Al-Quran.



DIBANGKITKAN SEMULA DARI TIDUR

Sebaik sahaja bangun dari tidur, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk dimakan.

Akhirnya mereka bersetuju memilih Tamlikha ke kota untuk membeli makanan.

Suasana negeri ketika ini telah banyak berubah. Raja dan rakyat negeri itu telah beriman kepada Allah.

Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu yang masih ragu-ragu serta mempertikaikan tentang kebenaran hari kiamat.

DIBAWA KE ISTANA BERTEMU RAJA YANG BERIMAN

Penduduk kota merasa hairan melihat keadaan Tamlikha dan curiga setelah mendapati wang perak yang dibawanya adalah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi.

Tamlikha dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja.

Alangkah terkejutnya raja ketika Tamlikha menceritakan siapa  sebenar dirinya lalu raja memeluknya dengan juraian air mata yang tidak terhingga.


Setelah suasana kembali tenang, Raja dan sekelian yang hadir berangkat ke Gua bersama Tamlikha untuk bertemu dan menjemput semua pemuda tersebut ke istana.

Raja telah mempelawa mereka untuk tinggal di istana namun mereka menolak dengan cara yang baik dan memilih untuk menetap di dalam gua sahaja.

Sekembalinya mereka ke dalam gua, mereka merebahkan badan di pembaringan lalu menghembuskan nafas mereka yang terakhir dengan tenang.

MESEJ DARI KISAH INI

Dalam kisah Ashabul Kahfi ini terdapat satu mesej penting yang Allah ingin sampaikan kepada kita iaitu supaya kita tahu bahawa janji Allah itu benar dan kedatangan hari kiamat itu pasti.

 💚 Firman Allah.

وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَا ﴿٢١﴾ الکهف

Maksudnya
Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar dan bahawa hari kiamat itu tidak ada syak padanya
Surah al Kahfi ayat 21

والله أعلم

Untuk saksikan video Ashabul Kahfi, Sila Klik gambar


💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com