SEJARAH PENAKLUKAN ANDALUSIA
Pada bulan Rejab 97H bersamaan Julai 711M, Tariq bin Ziyad, Panglima Perang Islam ketika pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik (al-Walid I) dari Kerajaan Bani Umaiyyah telah mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara, Musa bin Nusair untuk melakukan penyerangan ke Semenanjung Andalusia.
Bersama 7.000 orang tentera, Tariq bin Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar (Jabal Tariq) menuju Andalusia.
Sebaik sahaja mendarat Tariq bin Ziyad bersama bala tenteranya terus mara menggempur pasukan tentera Roderick yang berjumlah 100,000 orang.
Tentera Islam telah berjaya menewaskan Tentera Roderick dan Raja Roderick telah telah terbunuh Dalam pertempuran ini.
Tentera Islam telah berjaya menewaskan Tentera Roderick dan Raja Roderick telah telah terbunuh Dalam pertempuran ini.
Pasukan tentera Musa dan Tariq bertemu dan bergabung di Toledo. Hanya dalam masa 2 tahun, seluruh daratan Sepanyol berjaya dikuasai. Mereka juga berjaya menakluki Portugal beberapa tahun kemudian.
Tariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Sepanyol. Setelah bertemu Khalifah, Tariq bin Ziyad telah jatuh sakit lalu meninggal dunia pada tahun 719M.
PENUBUHAN DAULAH BANI UMAYYAH ANDALUSIA
Kerajaan Islam Bani Umayyah Andalusia telah diasaskan oleh Abdul Rahman l pasa tahun 756M. Antara penyebab utama yang mendorong kepada penubuhan kerajaan baru ini adalah ..
- Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah Damsyik pada tahun 750M kepada Kerajaan Bani Abbasiyyah.
- Perpindahan pusat pentadbiran Islam dari Damsyik ke Baghdad
Kerajaan Bani Umayyah Andalusia telah memerintah Sepanyol selama 736 tahun dengan makmur dan sepanjang tempoh tersebut telah wujud beberapa buah kerajaan antaranya
- Kerajaan Cordoba
- Kerajaan Toledo
- Kerajaan Granada
๐๐๐๐๐
KERAJAAN CORDOBA
756 - 1031
๐๐๐๐๐
Kerajaan Cordoba telah ditubuhkan oleh Abdul Rahman ad Dakhli pada tahun 756 setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah Damsyiq.
Pada tahun 929, sistem khalifah Bani Umaiyyah Andalusia telah diwujudkan semula apabila Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah..
Zaman pemerintahan Abdul Rahman III ( 929 - 961 ) merupakan zaman keemasan Andalusia. Orang Islam dan bukan Islam dari serata dunia telah datang ke Cordoba untuk menimba ilmu ilmu di perpustakaan dan universiti di Cordoba.
Cordoba juga telah berjaya menandingi Baghdad dalam pelbagai sektor. Rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai.
KEJATUHAN KERAJAAN CORDOBA
Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara tahun 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031M.
Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telahpun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu.
๐๐๐๐๐
KERAJAAN TOLEDO
712 - 1085
๐๐๐๐๐
Toledo adalah sebuah kota yang wujud sebelum zaman Rom lagi. Ianya juga merupakan kota pertembungan agama antara Islam, Kristian dan Yahudi.
Pada mulanya, Toledo diperintah oleh orang Barbarian sebelum diambil-alih orang-orang Visigoth.
Namun setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah pada tahun 756, Toledo diletak bawah pentadbiran Bani Umayyah 2 yang berpusat di Cordoba.
Seperti Kerajaan Cordoba, Toledo juga banyak memberikan sumbangan terutama sekali dalam bidang astronomi dan pemikiran kebudayaan Islam.
KEJATUHAN KERAJAAN TOLEDO
Pada tahun 1085M. Alfonso VI, raja Castile berjaya menakluki Toledo. Usaha untuk merebutnya kembali telah dilakukan beberapa kali tetapi semuanya gagal.
๐๐๐๐๐
KERAJAAN GRANADA
1238 - 1492
๐๐๐๐๐
Pada 1238 Mohamad ibn Yusuf ibn Nasr telah mengasaskan Dinasti Bani Ahmar atau lebih dikenali sebagai Dinasti Nasrid.
Kebangkitan ilmiah di Andalusia bersamaan dengan munculnya ahli ilmu falak dan matematik Abul Qasim Al-Magrity (397 H. / 1008 M.) yang mendirikan sekolah matematik terkenal.
Antara Tokoh dan Cendekiawan Granada yang paling terkenal adalah Imam As-Syathibi, Lisanudin Al-Khathib, Sarqisthi, Ibnu Zumrak, Muhammad bin Raqqah, Abu Yahya bin Radwan, Abu Abdillah AlFahham, Ibnus Syarrah, Yahya bin Hazil bAt-Tajbibi, As-Syaquri, Ibnu Zuhr
Dan dari kalangan wanita pula adalah Hafsah binti Haj, Hamdunah binti Ziyad dan saudara perempuannya, Zainab.
KEJATUHAN GRANADA
Kekuasaan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Spanyol ini berakhir kerana perselisihan dan perebutan kuasa antara orang-orang istana.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan ayahnya, Abu Abdullah Muhammad telah memberontak. Dengan bantuan daripada Ferdenand dan Isabella akhirnya Abu Abdullah berjaya merampas kuasa dan dilantik menjadi raja.
Disebalik bantuan ini Ferdenand dan Isabella telah bertindak menyerang kembali kerajaan Islam yang dipimpin oleh Abu Abdulla Muhammad. Akhirnya pada tahun 1492 Kerajaan Nasirid Granada telah tumbang setelah dikepung selama sembilan bulan.
Setelah diadakan perundingan dan Perjanjian Granada yang dimeterai pada November 1491, maka pada 19 Januari 1492 Abu Abdullah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.
Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.
Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.
Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam, mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.
Namun pada tahun 1499, perjanjian itu diingkari, Cardinal Francisco Jimรฉnez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada.
Mereka yang enggan akan disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad.
GAMBAR > SILA KLIK DISINI