Ahad, 2 Ogos 2015

PEPERANGAN MU'TAH



Mu'tah pada suatu ketika pernah menjadi medan pertempuran antara Tentera Muslimin menentang Tentera Rom.

Ianya terletak di selatan Bandaraya Amman, Jordan merupakan bekas tanah jajahan Rom Timur ( Byzantine ).


Peperangan Mu'tah berlaku pada Tahun 629M = 8H sebagai menuntut bela atas kematian Harith bin Umair Al Azdi iaitu utusan Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra yang mati dibunuh oleh Syurahbil Al Ghassani pemerintah tanah jajahan Byzantine.

Rasulullah s.a.w tidak ikut serta Dalam peperangan ini . Tentera Mislimin yang diketuai oleh Zaid bin Harithah ( anak angkat nabi ) telah bergerak ke utara Hijaz. Setiba sahaja di Maan, mereka bermalam di sana selama dua hari.



Hasil dari maklumat perisikan, mereka mendapati Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang bersiap sedia menghadapi kemaraan Tentera Muslimin. Berita ini telah menyebabkan Tentera Muslimin berbeza pendapat samada meneruskan peperangan atau menunggu sehingga bantuan tentera tambahan dari Madinah.

Abdullah bin Rawahah mencadangkan agar Tentera Muslimin meneruskan sahaja peperangan tanpa menunggu ketibaan bantuan tentera tambahan daripada Rasulullah. Beliau dengan lantangnya telah berkata..

Wahai Muslimin... 
Sesungguhnya apa yang kamu benci itulah yang kamu cari iaitu SYAHID. 

Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan tetapi kita memerangi mereka kerana Dinul Islam yang Allah telah muliakan kita dengannya.

Oleh itu berangkatlah kamu Sesungguhnya di tengah kita 
ada dua kebaikan samada 
MENANG ataupun 
SYAHID

Kata kata ini telah membakar semangat juang mereka lalu mereka berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata mata kerana Allah.

Medan pertempuran Mu'tah 

Tiga orang sahabat besar Rasulullah telah syahid dalam peperangan ini. Mereka adalah

  1. Zaid binHarithah ( anak angkat Rasulullah ), 
  2. Jaafar bin Abi Talib at Toyyar dan 
  3. Abdullah bin Rawahah.

GELARAN ATTOYYAR UNTUK JAAFAR BIN ABI TALIB

Setelah Zaid bin Harithah syahid maka tugas memimpin tentera Islam dan memegang bendera digalas oleh Saidina Jaafar bin Abi Talib  sebagaimana yang diwasiatkan oleh Rasulullah.











Jaafar bin Abi Talib turut syahid dalam pertempuran ini. Terdapat 70 liang luka pada tubuh Jaafar bin Abi Talib dan kedua dua belah tangannya telah terputus akibat dipenggal oleh Tentera Rom.

Rasulullah telah menggelarkannya sebagai AtToyyar merujuk kepada kedua dua belah tangannya yang terputus itu bebas berterbangan di dalam syurga.


Seterusnya bendera dipegang oleh Abdullah bin Rawahan dan turut syahid. Melihatkan keadaan ini  kaum Muslimin berbaiah melantik Khalid bin Al Walid sebagai Panglima Perang Tentera Muslimin yang baru.



STRATEGI KHALID BIN ALWALID

Khalid bin AlWalid menyusun semula strategi baru. Beliau merasakan bahawa Tentera Muslimin yang sangat sedikit agak sukar untuk mengalahkan Tentera Rom. Oleh itu beliau merancang satu tipu helah bagi memperdayakan musuh.

Keesokan harinya selepas subuh beliau menukarkan kedudukan posisi Tentera Muslimin iaitu ...

  • barisan hadapan ke bahagian belakang
  • barisan belakang ke bahagian hadapan 
  • barisan kiri pimpinan Ubaidah bin Malik Al Ansuri agar ke kanan 
  • barisan kanan pimpinan Qutbah bin Qatadah Al Uzri agar ke kiri.



Tujuannya ingin memecahkan benteng pertahanan Tentera Rom yang terdiri daripada tentera elit, berpengalaman lagi terlatih. Bila keadaan ini berlaku maka mudahlah bagi tentera islam yang elit ( yang duduk di barisan belakang ) menggempur dan menyerang hendap baki Tentera Rom yang tidak terlatih.

Perasaan gerun dan takut pada pasukan Tentera Rom mulai timbul setelah melihat seramai 3,350 tenteranya telah berjaya dibunuh oleh Tentera Muslimin.


Strategi Khalid ini bukan sahaja berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Tentera Rom malah ia berjaya menyelamatkan Tentera Muslimin dari diasak hebat Tentera Rom.



Bagi memperingati para pejuang yang syahid dalam Pertempuran Mu'tah, satu tugu peringatan yang tertulis nama nama syuhada'telah dibina oleh Kerajaan Jordan selain daripada membina sebuah Universiti Tentera yang dikenali sebagai Mu'ta University.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com