Peperangan Yarmuk adalah peperangan kedua antara tentera Islam dengan tentera Rom. Tentera Islam dipimpin oleh Abu Ubaidah al Jarrah telah berjaya menewaskan tentera Rom.
Dengan kejayaan ini telah membawa kepada pembukaan Kota Suci Baitul Muqaddis,
Bagaimanapun Patriach Sopronius ketua Paderi Baitul Muqaddis enggan menyerahkan kota ini kepada umat Islam dengan pertumpahan darah.
Sopronius telah memberi syarat supaya khalifah Islam yang kedua iaitu Umar bin AlKhattab datang sendiri menemui penduduk 'Ihya' ( Jerusalem ) dengan Jaminan keselamatan.
Saidina Umar bersetuju memenuhi syarat tersebut. Sebagai seorang pemimpin yang zuhud dan sentiasa merendahkan diri, Saidina Umar datang ke Baitul Muqaddis dengan
- Menaiki seekor unta,
- Ditemani oleh seorang khadam dan
- Berbekalkan air, roti dan buah kurma di sepanjang perjalanannya ke Kota suci ini.
Setiba sahaja di Jabiyya, Saidina Umar meluangkan masanya bertemu dengan tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah AlJarrah.
Melihatkan Kaki Saidina Umar berceloreng dengan debu tanah dan luka, maka Abu Ubaidah memberi cadangan ingin mengiringi Saidina Umar hingga ke pintu kota Baitul Muqaddis.
Saidina Umar menolak cadangan itu lalu bersegera meninggalkan perkhemahan tentera di Jabiyya.
TIBA DI KOTA BAITUL MUQADDIS
Tentera Rom dan penduduk Ihya' berkumpul memenuhi Jerusalem. Saidina Umar berhenti seketika apabila menjejaki Gerbang Damsyiq.
Dengan penuh kehambaan kepada Allah Saidina Umar berjalan masuk meninggalkan khadam dan untanya.
Seluruh pembesar dan rakyat di Jerusalem tunduk memberi penghormatan kepada Saidina Umar. Dengan nada yang keras Saidina Umar berkata
Alangkah malangnya kamu semua, Angkat kepala kalian. Sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala ( sujud ) seperti ini kecuali kepada Allah".
Sopronius menitiskan air mata melihatkan kesederhanaan Saidina Umar. Sambil memegang kunci Kota Baitul Muqaddis, Sopronius berkata kepada Saidina Umar..
Sesunggunya orang yang akan aku serahkan kunci AlQuds ini dan seterusnya menguasai kota Baitul Muqaddis ini memiliki tiga tanda. Tanda tanda tersebut jelas isebut dalam kitab Injil kami.
- Orang itu berjalan kaki manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya
- Orang itu datang dengan kedua dua belah kakinya diselaputi debu debu tanah
- Orang itu datang dengan keadaan bajunya penuh dengan tampalan.
Kemudian Sopronius meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang terdapat pada baju yang dipakainya. Terdapat 17 tampalan semuanya.
MENOLAK PELAWAAN SOLAT DI GEREJA
Waktu Zohor telah masuk, sebagai tuan rumah Sopronius mempelawa Saidina Umar agar solat Zohor di dalam Gereja AlQiamah ( Holy Sepulcddhre ).
Saidina Umar menolak pelawaan tersebut kerana bimbang jenerasi Islam selepasnya akan menukarkan gereja kepada masjid.
Saidina berjalan ke arah selatan dan mendirikan solat Zohor di satu kawasan lapang tidak jauh dari Gereja AlQiamah.
Diatas kawasan inilah kemudiannya dibina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Umar.
MENJEJAKI BUNGKAH BATU TERGANTUNG
Kemudian Saidina Umar terus menuju ke Haram As Syarif dan beliau mendapati kawasan tersebut telah terbiar dan dipenuhi dengan sampah sarap.
Saidina Umar menggunakan jubah yang dipakainya bagi membersihkan kawasan tersebut.
Tindakan Saidina Umar ini telah diikuti kaum Muslimin, Mereka telah bergotong royong sehinggalah seluruh kawasan tersebut menjadi bersih dan terang.
Ditengah tengah kawasan tersebut tersergam sebungkah batu tergantung yang ingin mengiringi Rasulullah s.a.w naik ke langit dalam peristiwa إسراء معراج
Setelah sepuluh hari berada di Baitul Muqaddis, Saidina Umar kembali semula ke Madinah bersama khadamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan