Selasa, 12 Mac 2019

PEPERANGAN YARMUK




Peperangan Yarmuk ( 634M = 13H ) merupakan peperangan paling penting dalam sejarah dunia kerana ianya menandakan bermulanya
  • Kebangkitan besar dan pertama penaklukan Muslim di luar Arab. 
  • Penyebaran Islam ke Mesopatamia, Palestin dan Syria yang sebelum ini penduduknya beragama Kristian.

Medan Pertempuran Yarmuk









Peperangan Yarmuk adalah peperangan kedua selepas Peperangan Mu'tah yang berlaku pada tahun 629M = 8H antara Tentera Muslimin dan Tentera Rom.

Dalam peperangan ini, Khalid bin al Walid telah dilantik sebagai panglima perang Tentera Muslim.













Kaisar Heraclius telah menghantar satu ekspedisi besar ke Levant pada Mei 634 bagi menyekat kemaraan Tentera Islam dan mendapatkan kembali wilayah yang terlepas

Dengan ini maka tentera Islam telah berundur dari Syria dan berkumpul semula di dataran Yarmuk.



Peperangan Yarmuk berlangsung selama enam hari. Hari keempat Peperangan Yarmuk merupakan hari paling sedih bagi Tentera Islam di mana mereka telah dihujani anak panah Tentera Rom.


Namun pada hari keenam, dengan harapan yang tinggi untuk menang, Tentera Islam lebih segar, bersemangat dan bersedia untuk berperang.


💖 ASMA' BINTI YAZID AS SAKAN

Keinginannya untuk berjihad terbit sejak kewafatan Nabi s.a.w. Dalam Peperangan Yarmuk, Asma binti Yazid berada di barisan belakang .

Dengan bersenjatakan sebatang tiang khemah, beliau telah menyusup masuk ke dalam medan pertempuran dan berjaya membunuh sembilan orang Tentera Rom.

Asma' binti Yazid wafat pada tahun 30H / 651M iaitu selepas tujuh belas tahun berlakunya Peperangan Yarmuk.

💖 GREGORIUS THEODORE

Gregorius Theodore ( Jarajah ) adalah Komander dan panglima perang Tentera Rom yang gagah dan hebat.

Setelah berlawan pedang dengan Khalid al Walid, beliau telah bertanya sesuatu mengenai Islam.

Mendengarkan jawapan Khalid al Walid, Gregorius mengisytiharkan keislaman dirinya di hadapan ratusan ribu Tentera Rom dan Islam.

Beliau sempat belajar Islam dan solat dua rakaat sebelum menyertai Khalid dan Tentera Muslimin menentang Tentera Rom. Dalam pertempuran ini, Gregorius telah syahid.

💖 IKRIMAH BIN ABU JAHAL

Ikrimah bin Abu Jahal adalah sepupu kepada Khalid al Walid. Beliau dahulunya seorang yang paling kuat memusuhi Rasulullah.

Dalam peperangan Yarmuk, Ikrimah dan empat ratus perajurit Muslim telah menggempur pasukan musuh sehinggalah ia gugur Syahid.



 PEMECATAN KHALID BIN ALWALID 

Apabila Saidina Abu Bakar wafat, Saidina Umar telah memecat Khalid al Walid dan menggantikannya dengan Abu Ubaidah al Jarrah.

Khalid menerima keputusan itu dengan tenang dan berkata

Saya berjihad bukan kerana Umar 

Hasil kerjasama antara Khalid al Walid dan Abu Ubaidah, Tentera Islam telah berjaya menawan Aleppo, Damsyiq dan Baitul Muqaddis ( Jerusalem ).

Kaisar Heraclius terpaksa berundur ke Constantinople meninggalkan semua wilayah Syria yang telah dikuasainya selama lima abad.


Pembukaan Kota Baitul Muqaddis iaitu kota ketiga suci dalam Islam pada tahun 15H = 636M adalah kemuncak kepada Peperangan Yarmuk.


Isnin, 18 Jun 2018

KERAJAAN BANI UMAYYAH ANDALUSIA


Andalusia pada suatu ketika dahulu merupakan satu kawasan pemerintahan orang orang Moorsh di Sepanyol yang meliputi bandar bandar besar seperti Cordoba, Toledo dan Granada.

SEJARAH PENAKLUKAN ANDALUSIA

Pada bulan Rejab 97H bersamaan Julai 711M, Tariq bin Ziyad, Panglima Perang Islam ketika pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik (al-Walid I) dari Kerajaan Bani Umaiyyah telah mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara, Musa bin Nusair untuk melakukan penyerangan ke Semenanjung Andalusia.

Bersama 7.000 orang tentera, Tariq bin Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar (Jabal Tariq) menuju Andalusia.


Sebaik sahaja mendarat Tariq bin Ziyad bersama bala tenteranya terus mara menggempur pasukan tentera Roderick yang berjumlah 100,000 orang.

Tentera Islam telah berjaya menewaskan Tentera Roderick dan Raja Roderick telah telah terbunuh Dalam pertempuran ini.

Setahun kemudian, Musa bin Nusair bertolak membawa 10,000 tentera menyusuli tentera Tariq. Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia telah jatuh ke tangan ditakluki tentera Tariq dan Musa.

Pasukan tentera Musa dan
 Tariq bertemu dan bergabung di Toledo. Hanya dalam masa 2 tahun, seluruh daratan Sepanyol berjaya dikuasai. Mereka juga berjaya menakluki Portugal beberapa tahun kemudian.

Hasrat Musa bin Nusair dan Tariq bin Ziyad mara ke utara menakluki seluruh Eropah tidak kesampaian apabila dipanggil balik ke Damsyiq oleh Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik ( 705M - 715M )

Tariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Sepanyol. Setelah bertemu Khalifah, Tariq bin Ziyad telah jatuh sakit lalu meninggal dunia pada tahun 719M.


PENUBUHAN DAULAH BANI UMAYYAH ANDALUSIA 

Kerajaan Islam Bani Umayyah Andalusia telah diasaskan oleh Abdul Rahman l pasa tahun 756M. Antara penyebab utama yang mendorong kepada penubuhan kerajaan baru ini adalah ..
  • Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah Damsyik pada tahun 750M kepada Kerajaan Bani Abbasiyyah. 
  • Perpindahan pusat pentadbiran Islam dari Damsyik ke Baghdad  
Abdul Rahman I ketika itu menjadi khalifah Bani Umayyah telah lari ke Sepanyol lalu mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah Andalusia yang berpusat di Cordoba.


Kerajaan Bani Umayyah Andalusia telah memerintah Sepanyol selama 736 tahun dengan makmur dan sepanjang tempoh tersebut telah wujud beberapa buah kerajaan antaranya     
  • Kerajaan Cordoba 
  • Kerajaan Toledo
  • Kerajaan Granada

💙💚💖💛💜
KERAJAAN CORDOBA
756 - 1031
💙💚💖💛💜

Kerajaan Cordoba telah ditubuhkan oleh Abdul Rahman ad Dakhli pada tahun 756 setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah Damsyiq.


Pada tahun 929, sistem khalifah Bani Umaiyyah Andalusia telah diwujudkan semula apabila Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah..

Zaman pemerintahan Abdul Rahman III ( 929 - 961 ) merupakan zaman keemasan Andalusia. Orang Islam dan bukan Islam dari serata dunia telah datang ke Cordoba untuk menimba ilmu ilmu di perpustakaan dan universiti di Cordoba. 

Cordoba juga telah berjaya menandingi Baghdad dalam pelbagai sektor. Rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. 


KEJATUHAN KERAJAAN CORDOBA

Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara tahun 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031M. 


Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telahpun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu.

Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.


💙💚💖💛💜
KERAJAAN TOLEDO
712 - 1085
💙💚💖💛💜

Toledo adalah sebuah kota yang wujud sebelum zaman Rom lagi. Ianya juga merupakan kota pertembungan agama antara Islam, Kristian dan Yahudi. 

Pada mulanya, Toledo diperintah oleh orang Barbarian sebelum diambil-alih orang-orang Visigoth.


Selepas Perang Guadalete pada tahun 711, orang-orang Visigoth telah meninggalkan bandar Toledo dan bandar ini telah diambil alih oleh pemerintahan Islam pada tahun 711M tanpa pertumpahan darah dan diletak dibawah seliaan Gabnor Bani Ummayyah berpusat di Damsyik.

Namun setelah kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah pada tahun 756,  Toledo diletak bawah pentadbiran Bani Umayyah 2  yang berpusat di Cordoba.

Seperti Kerajaan Cordoba, Toledo juga banyak memberikan  sumbangan terutama sekali dalam  bidang astronomi dan pemikiran kebudayaan Islam.



KEJATUHAN KERAJAAN TOLEDO

Pada tahun 1085M. Alfonso VI, raja Castile berjaya menakluki Toledo. Usaha untuk merebutnya kembali telah dilakukan 
beberapa kali tetapi semuanya gagal.


💙💚💖💛💜
KERAJAAN GRANADA
1238 - 1492
💙💚💖💛💜

Pada 1238 Mohamad ibn Yusuf ibn Nasr telah mengasaskan Dinasti Bani Ahmar atau lebih dikenali sebagai Dinasti Nasrid. 

Granada pernah menjadi pusat ilmu keislaman terbesar dan salah satu rangkaian kebudayaan Islam yang mencakupi kota-kota lain seperti, Cordoba, Valensia, Megrit, Asbilia, Toledo dan lain-lain.


Kebangkitan ilmiah di Andalusia bersamaan dengan munculnya ahli ilmu falak dan matematik Abul Qasim Al-Magrity (397 H. / 1008 M.) yang mendirikan sekolah matematik terkenal.

Antara Tokoh dan Cendekiawan Granada yang paling terkenal adalah 
Imam As-Syathibi, Lisanudin Al-Khathib, Sarqisthi, Ibnu Zumrak, Muhammad bin Raqqah, Abu Yahya bin Radwan, Abu Abdillah AlFahham, Ibnus Syarrah, Yahya bin Hazil bAt-Tajbibi, As-Syaquri, Ibnu Zuhr

Dan dari kalangan wanita pula adalah Hafsah binti Haj, Hamdunah binti Ziyad dan saudara perempuannya, Zainab.

KEJATUHAN GRANADA 

Kekuasaan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Spanyol ini berakhir kerana perselisihan dan perebutan kuasa antara orang-orang istana.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan ayahnya, Abu Abdullah Muhammad telah memberontak. Dengan bantuan daripada Ferdenand dan Isabella akhirnya Abu Abdullah berjaya
 merampas kuasa dan dilantik menjadi raja.

Disebalik bantuan ini Ferdenand dan Isabella telah bertindak menyerang kembali kerajaan Islam yang dipimpin oleh Abu Abdulla Muhammad. Akhirnya pada tahun 1492 Kerajaan Nasirid Granada telah tumbang setelah dikepung selama sembilan bulan.

Setelah diadakan perundingan dan Perjanjian Granada yang dimeterai pada November 1491, maka pada
 19 Januari 1492 Abu Abdullah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.

Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.
Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.

Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam, mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada. 

Namun pada tahun 1499, perjanjian itu diingkari, Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada.

Mereka yang enggan akan disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad.


GAMBAR > SILA KLIK DISINI

Ahad, 3 Jun 2018

MASJID CORDOBA


Cordoba adalah satu nama yang pernah menjadi perhatian dunia pada suatu ketika dahulu. 

Kemajuan Kota Cordoba di abad 10 M telah berjaya mengatasi kota-kota lain yang ada pada ketika itu di Eropah. 


Kewibawaan kota ini terserlah kerana kewujudan Masjid Cordoba yang tersergam indah selain daripada menjadi pusat pengembangan ilmu pengetahuan dan peradaban yang terunggul di rantau ketika itu. 

MASJID CORDOBA  


Masjid Cordoba telah dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 784M dengan menjadikan seni bina Arab sebagai rujukan utama.

Tapak asal Masjid ini pada mulanya merupakan sebuah kuil milik orang-orang Rom. Apabila Empayar Rom jatuh, kuil tersebut telah dijadikan gereja Kristian. 

Setelah orang-orang Arab dari Kerajaan Bani Ummayyah berjaya menawan sebahagian besar wilayah wilayah di Andalusia pada awal kurun ke-8, mereka telah merobohkan gereja tersebut lalu dibina sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Cordoba.



Masjid Cordoba telah melalui beberapa perubahan iaitu 

  • Pembinaan menara baru oleh Abdul Rahman III pada tahun 961M
  • Pembesaran bangunan masjid dan mengindahkan mihrab oleh Al-Hakam II juga pada tahun 961M
  • Pembaharuan yang terakhir dijalankan oleh Al-Mansur Ibn Abi Amir pada 987M.
Masjid ini adalah masid yang termewah daripada 1,000 masjid lainnya yang berada di bandar tersebut dan pada satu waktu masjid kedua terbesar di dunia Islam. 





Ia bercantum dengan istana Khalifah dengan keselamatan khas bagi pemerintah mengunjungii masjid.
Hari ini istana Biskop berdiri di tapak istana Khalifah

Dinding kiblatnya dan menara yang terdapat di sini berusia sejak abad ke-10. Setiap anjungnya memiliki sehingga 18 atau 19 gerbang. 


Setiap gerbang yang ada di masjid ini adalah cantuman batu-bata merah dan putih yang menakjubkan.

Konsep jaluran merah-putih ini banyak mempengaruhi senibina bangunan di Sepanyol. Hiasan dinding pula mempunyai unsur flora di samping inskripsi dari Al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozek emas. 



Namun segalanya tinggal kenangan. Pada tahun 1236, masjid ini telah ditukarkan menjadi sebuah gereja Katholik oleh Raja Ferdinand 111 dari Castile.

Bermula di pintu masuk sahaja sudah terdapat beberapa binaan berupa patung-patung yang mempunyai lambang salib.

Menara masjid juga turut ditukarkan menjadi sebuah menara loceng dan yang paling ketara adalah pembinaan sebuah gereja di bahagian tengah bangunan masjid atas perintah Raja Charles V, raja Castile dan Aragon.


Selasa, 29 Mei 2018

UMMU SULAIM - SRI KANDI YANG HEBAT


Rumaisho' binti Milhan atau lebih dikenali sebagai Ummu Sulaim ra adalah seorang sahabat wanita dari kalangan kaum Anshar.

Beliau juga merupakan ibu kandung kepada Anas ibn Malik al-Ansari  ra.

Setelah kematian Malik ( suami pertamanya dan ayah kepada Anas r.a. ), Ummu Sulaim telah dilamar oleh seorang pemuda kata lagi dihormati bernama Ziyad bin Sahl an Najjari atau lebih dikenali sebagai Abu Talhah.

Ummu Sulaim berkata kepada Abu Talhah, “Wahai Abu Talhah, orang sepertimu tidak semestinya lamarannya ditolak. Akan tetapi engkau masih kafir, sedangkan aku wanita muslimah. Aku tidak boleh berkahwin denganmu.”

Ummu Sulaim menjelaskan bahawa bukan emas dan perak yang dia inginkan, akan tetapi dia inginkan adalah keIslaman Abu Talhah.

"Sekiranya engkau masuk Islam, maka itulah maharku dan Aku tidak  meminta kepadamu selain itu.”

Abu Talhah bersetuju dengan syarat  Ummu Sulaim lalu dia pun mengucap dua kalimah syahadah.

Selepas itu, Abu Talhah segera mendapatkan Rasulullah. Tatkala melihat kedatangan Abu Talhah, Nabi bersabda, “Cahaya Islam terlihat di antara kedua mata Abu Talhah.”

Abu Talhah dan Ummu Sulaim diijab kabulkan oleh Rasulullah dan mereka telah dikurniakan seorang putera yang dberi nama Abu Umair. Abu Talhah amat menyayanginya. .

gambar hiasan

Pada suatu hari Abu Umair sakit kuat dan meninggal dunia. Di hari kematian Abu Umair, Abu Talhah keluar bermusafir. Ummu Sulaim yang menguruskan sendiri jenazah anaknya  lalu berpesan kepada keluarganya..

“Jangan ada seorangpun yang memberitahu kematian anak ini kepada Abu Talhah sehinggalah aku sendiri yang memberitahunya.”

Abu Talhah pulang lalu bertanya hal keadaan puteranya. Ummu Sulaim memberitahu bahawa anaknya sedang istirehat dengan tenang sekali.

Ummu Sulaim mempersiapkan makan malam dan menghidangkannya. Malam itu Abu Talhah mendatangi isterinya.

Menjelang subuh, Ummu Sulaim bertanya kepada Abu Talhah...

“ Apakah pendapatmu jika ada suatu kaum meminjamkan barang kepada kaum yang lain, lalu mereka meminta kembali barang pinjaman tersebut. Apakah kaum yang dipinjami berhak untuk tidak mengembalikan barang itu?”

“Tidak,” jawab Abu Talhah maka Ummuu Sulaim pun berkata

“Sesungguhnya Allah telah  meminjamkanmu anak, kemudian Dia mengambilnya kembali. Oleh itu, bersabarlah dan harapkanlah pahala dari Allah,”

Abu Talhah agak marah dan mendapatkan Rasulullah pada keesokan harinya.

Rasulullahpun berdoa, “Semoga Allah memberkahi kalian berdua pada malam  kalian .” Berkat doa ini, Ummu Sulaim hamil lagi dan selamat melahirkan seorang putera yang Rasulullah berikannya nama Abdullah.

Disebalik kembutan seorang wanita, Ummu Sulaim turut garang dalam medan peperangan.

Dalam perang Hunain, dengan bersenjatakan sebilah pisau, Ummu Sulaim memberitahu Rasulullah bahawa pisau ini akan merobek perut perut orang musyrik yang menghampirinya.

Demikianlah, Ummu Sulaim yang telah  berjasa terhadap Islam dan kaum muslimin dalam menegakkan agama Allah di muka bumi.

Selasa, 15 Ogos 2017

PEMBUKAAN KOTA ISTANBUL


Istanbul atau Costantinople yang diasaskan oleh Costantine I pada tahun 330M merupakan salah sebuah bandar utama dunia dan pernah menjadi ibu negara bagi Empayar Byzantine.

Kota ini dikelilingi dengan lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) .

Dari kedudukan yang strategik ini, telah menjadikan kota ini amat istimewa kepada umat islam.


Usaha untuk menawan kota ini telah dimulakan sejak tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA., dan diteruskan oleh
  • Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik ( 98H
  • Khalifah Harun Ar-Rasyid (190H ).

Sahabat nabi, Abu Ayyub Al-Ansari pernah menyertai misi ini namun beliau telah syahid dan dikebumikan di pinggir kota berkenaan.

Selepas kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiah pada 656H, usaha menawan kota ini diteruskan oleh Kerajaan Seljuk.


Di awal kurun ke-8H Daulah Othmaniyyah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum untuk menawan kota ini. Hasilnya, Sultan Yildrim Beyazid telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M.

Namun, kedatangan bantuan dari Eropah dan serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank ke atas Daulah Othmaniyyah telah memaksa Sultan Beyazid menarik balik tenteranya. Usaha seterusnya disambung oleh Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M).


Sultan Muhammad Al-Fatih adalah putera kepada Sultan Murad II merupakan sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah. Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople. Beliau telah menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M.

PEMBUKAAN COSTANTINOPLE  

Tentera Islam ditempatkan pada tiga iaitu
 : : Darat       : :  Bukit      : : Laut  

Pada 18 April 1453M, tentera darat Othmaniyyah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos.


Kegagalan beberapa buah kapal lauut melepasi rantai besi di Tanjung Emas telah memaksa kapal kapal dibawa masuk ke Tanjung Emas melalui jalan darat.

Pada malam itu juga Tentera Uthmaniyyah telah menarik sebanyak 70 buah kapal dari pantai Besiktas menuju ke pantai Galata yang merentasi bukit bukit tinggi sejauh 3 batu.

Pagi 22 April, kehadiran Tentera Uthmaniyyah di Tanjung Emas telah mengejutkankan penduduk Costantinople. Tembakan meriam dari arah bukit telah berjaya memusnahkan kapal dagang di Tanjung Emas.


Pada 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan besar besaran telah dilancarkan setelah usaha memasuki kota ini secara aman ditolak. Tentera Islam berjaya menembusi kota ini melalui Pintu Edirne.

Aya Sofya adalah sebuah gereja Kristian Ortodoks Yunani telah diubah menjadi masjid oleh Sultan Muhammad al Fatih.


Ia telah dibina pada tahun 537M atas arahan Kaisar Rom Timur.

Costantinople telah ditukar nama kepada Islam Bol (Istanbul) yang bererti Bandar Islam dan ianya dijadikan sebagai ibu negara ketiga selepas Bursa dan Edirne


Dengan ini maka Istanbul berkembang maju dan muncul sebagai pusat tamadun ilmu dan keagungan Islam.

Ahad, 23 Julai 2017

KESUDAHAN MEREKA YANG MENDUSTAKAN AYAT AYAT ALLAH


 Firman Allah 

فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ  ﴿٣٦﴾ النحل

Maksudnya
Berjalanlah kamu di muka bumi maka lihatlah bagaimana kesudahan umat-umat yang mendustakan ayat ayat-Allah.
Surah an Nahlu ayat  36


 1 ➫ KAUM MADYAN 

Madyan adalah sebuah kota yang terletak di daerah Ma'an, Jordan.

Bagi penduduk Madyan, Allah telah utuskan kepada mereka Nabi Allah Syuaib ( Jethro ).


Di atas kekufuran mereka, Allah telah membinasakan mereka dengan mendatangkan gempa bumi yang sangat kuat.

 Firman Allah 

فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ  ﴿٣٧﴾ العنكبوت  

Maksudnya
Maka mereka mendustakannya lalu mereka dibinasakan oleh gempa bumi serta jadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur.
Surah al 'Ankabut ayat 37

 2➫ KAUM SODOM 

Kota Sodom merupakan salah satu kota yang terletak di negara Jordan. Penduduk kota ini memiliki akhlak yang sangat buruk.

Mereka suka melakukan maksiat, merompak dan menindas orang-orang yang lemah.

 Firman Allah 

إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنتُمْ  قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ﴿ ٨١ا ﴾ الأعراف

Maksudnya
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
Surah al A´raf 1yat 81


Di atas dosa dosa mereka maka Allah telah menterbalikkan bumi

 Firman Allah 

 فَجَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ ﴿٧٤﴾ الحجر 

Maksudnya
Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu terbalik dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
Surah al Hijr ayat 74


Dead Sea ( بحر االییت ) Laut Mati
Disinilah bumi Kaum Nabi Lut diterbalikkan .


  3 ➫ KAUM SABA'  

Saba´  adalah sebuah kerajaan di abad klasik yang berdiri sejak 1300 SM, terletak di wilayah Yaman saat ini.

 Firman Allah 

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ ءَايَةٌ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ   وَرَبٌّ غَفُورٌ

Maksudnya
“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Allah) di tempat kediaman mereka, yaitu dua buah kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri.” (QS. Saba’: 15)

Di atas kekufuran mereka maka Allah telah mendatangkan banjir besar yang memusnahkan kebun kebun mereka.

Dilanda banjir
 Firman Allah 

فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ ﴿١٦﴾ سبإ

Maksudnya
Maka mereka berpaling, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan
Surah Saba' ayat 16

Kami gantikan dengan ..
 Firman Allah 


وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ   وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ﴿١٦﴾ سبإ

Maksudnya
Dan Kami gantikan dua kebun mereka itu dengan dua kebun berisi pohon - pohon yang pahit buahnya dan pohon-pohon yang jarang berbuah dan sedikit pohon - pohon bidara.
Surah Saba' ayat 16

Mereka bukan calang calang umat ....
 Firman Allah 

كَانُوا هُمْ أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَآثَارًا فِي الْأَرْضِ فَأَخَذَهُمُ اللَّـهُ بِذُنُوبِهِمْ وَمَا كَانَ لَهُم مِّنَ اللَّـهِ مِن وَاقٍ ﴿٢١﴾ غافر

Maksudnya
Mereka adalah orang-orang yang lebih sangat kuat dari mereka dan kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi Maka Allah binasakan mereka disebabkan dosa - dosa mereka dan tiadalah bagi mereka yang dapat menyelamatkan mereka.
Surah Ghafir ayat  21

 Firman Allah 

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾ الإسراء

Maksudnya
Dan apabila Kami hendak hancurkan sesebuah negeri, Kami perintahkan orang-orang yang diberi nikmat lalu mereka menderhaka padanya maka benarlah atasnya perkataan itu maka Kami hancurkannya sehancur-hancurnya.
Surah al Isra' ayat 16

Ahad, 2 Ogos 2015

PEPERANGAN MU'TAH



Mu'tah pada suatu ketika pernah menjadi medan pertempuran antara Tentera Muslimin menentang Tentera Rom.

Ianya terletak di selatan Bandaraya Amman, Jordan merupakan bekas tanah jajahan Rom Timur ( Byzantine ).


Peperangan Mu'tah berlaku pada Tahun 629M = 8H sebagai menuntut bela atas kematian Harith bin Umair Al Azdi iaitu utusan Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra yang mati dibunuh oleh Syurahbil Al Ghassani pemerintah tanah jajahan Byzantine.

Rasulullah s.a.w tidak ikut serta Dalam peperangan ini . Tentera Mislimin yang diketuai oleh Zaid bin Harithah ( anak angkat nabi ) telah bergerak ke utara Hijaz. Setiba sahaja di Maan, mereka bermalam di sana selama dua hari.



Hasil dari maklumat perisikan, mereka mendapati Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang bersiap sedia menghadapi kemaraan Tentera Muslimin. Berita ini telah menyebabkan Tentera Muslimin berbeza pendapat samada meneruskan peperangan atau menunggu sehingga bantuan tentera tambahan dari Madinah.

Abdullah bin Rawahah mencadangkan agar Tentera Muslimin meneruskan sahaja peperangan tanpa menunggu ketibaan bantuan tentera tambahan daripada Rasulullah. Beliau dengan lantangnya telah berkata..

Wahai Muslimin... 
Sesungguhnya apa yang kamu benci itulah yang kamu cari iaitu SYAHID. 

Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan tetapi kita memerangi mereka kerana Dinul Islam yang Allah telah muliakan kita dengannya.

Oleh itu berangkatlah kamu Sesungguhnya di tengah kita 
ada dua kebaikan samada 
MENANG ataupun 
SYAHID

Kata kata ini telah membakar semangat juang mereka lalu mereka berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata mata kerana Allah.

Medan pertempuran Mu'tah 

Tiga orang sahabat besar Rasulullah telah syahid dalam peperangan ini. Mereka adalah

  1. Zaid binHarithah ( anak angkat Rasulullah ), 
  2. Jaafar bin Abi Talib at Toyyar dan 
  3. Abdullah bin Rawahah.

GELARAN ATTOYYAR UNTUK JAAFAR BIN ABI TALIB

Setelah Zaid bin Harithah syahid maka tugas memimpin tentera Islam dan memegang bendera digalas oleh Saidina Jaafar bin Abi Talib  sebagaimana yang diwasiatkan oleh Rasulullah.











Jaafar bin Abi Talib turut syahid dalam pertempuran ini. Terdapat 70 liang luka pada tubuh Jaafar bin Abi Talib dan kedua dua belah tangannya telah terputus akibat dipenggal oleh Tentera Rom.

Rasulullah telah menggelarkannya sebagai AtToyyar merujuk kepada kedua dua belah tangannya yang terputus itu bebas berterbangan di dalam syurga.


Seterusnya bendera dipegang oleh Abdullah bin Rawahan dan turut syahid. Melihatkan keadaan ini  kaum Muslimin berbaiah melantik Khalid bin Al Walid sebagai Panglima Perang Tentera Muslimin yang baru.



STRATEGI KHALID BIN ALWALID

Khalid bin AlWalid menyusun semula strategi baru. Beliau merasakan bahawa Tentera Muslimin yang sangat sedikit agak sukar untuk mengalahkan Tentera Rom. Oleh itu beliau merancang satu tipu helah bagi memperdayakan musuh.

Keesokan harinya selepas subuh beliau menukarkan kedudukan posisi Tentera Muslimin iaitu ...

  • barisan hadapan ke bahagian belakang
  • barisan belakang ke bahagian hadapan 
  • barisan kiri pimpinan Ubaidah bin Malik Al Ansuri agar ke kanan 
  • barisan kanan pimpinan Qutbah bin Qatadah Al Uzri agar ke kiri.



Tujuannya ingin memecahkan benteng pertahanan Tentera Rom yang terdiri daripada tentera elit, berpengalaman lagi terlatih. Bila keadaan ini berlaku maka mudahlah bagi tentera islam yang elit ( yang duduk di barisan belakang ) menggempur dan menyerang hendap baki Tentera Rom yang tidak terlatih.

Perasaan gerun dan takut pada pasukan Tentera Rom mulai timbul setelah melihat seramai 3,350 tenteranya telah berjaya dibunuh oleh Tentera Muslimin.


Strategi Khalid ini bukan sahaja berjaya mengkucar kacirkan pertahanan Tentera Rom malah ia berjaya menyelamatkan Tentera Muslimin dari diasak hebat Tentera Rom.



Bagi memperingati para pejuang yang syahid dalam Pertempuran Mu'tah, satu tugu peringatan yang tertulis nama nama syuhada'telah dibina oleh Kerajaan Jordan selain daripada membina sebuah Universiti Tentera yang dikenali sebagai Mu'ta University.




Sabtu, 29 November 2014

PEMBUKAAN KOTA BAITUL MUQADDIS


Peperangan Yarmuk adalah peperangan kedua antara tentera Islam dengan tentera Rom. Tentera Islam dipimpin oleh Abu Ubaidah al Jarrah telah berjaya menewaskan tentera Rom. 

Dengan kejayaan ini telah membawa kepada pembukaan Kota Suci Baitul Muqaddis, 

Bagaimanapun Patriach Sopronius ketua Paderi Baitul Muqaddis enggan menyerahkan kota ini kepada umat Islam dengan pertumpahan darah.

Sopronius telah memberi syarat supaya khalifah Islam yang kedua iaitu Umar bin AlKhattab datang sendiri menemui penduduk 'Ihya' ( Jerusalem ) dengan Jaminan keselamatan.

Saidina Umar bersetuju memenuhi syarat tersebut. Sebagai seorang pemimpin yang zuhud dan sentiasa merendahkan diri, Saidina Umar datang ke Baitul Muqaddis dengan 

  • Menaiki seekor unta, 
  • Ditemani oleh seorang khadam dan 
  • Berbekalkan air, roti dan buah kurma di sepanjang perjalanannya ke Kota suci ini.

Setiba sahaja di Jabiyya, Saidina Umar meluangkan masanya bertemu dengan tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah AlJarrah.

Melihatkan Kaki Saidina Umar berceloreng dengan debu tanah dan luka, maka Abu Ubaidah memberi cadangan ingin mengiringi Saidina Umar hingga ke pintu kota Baitul Muqaddis.

Saidina Umar menolak cadangan itu lalu bersegera meninggalkan perkhemahan tentera di Jabiyya. 








TIBA DI KOTA BAITUL MUQADDIS 

Tentera Rom dan penduduk Ihya' berkumpul memenuhi Jerusalem. Saidina Umar berhenti seketika apabila menjejaki Gerbang Damsyiq. 

Dengan penuh kehambaan kepada Allah Saidina Umar berjalan masuk meninggalkan khadam dan untanya.

Seluruh pembesar dan rakyat di Jerusalem tunduk memberi penghormatan kepada Saidina Umar. Dengan nada yang keras Saidina Umar berkata  


Alangkah malangnya kamu semua, Angkat kepala kalian. Sesungguhnya kamu tidak perlu menundukkan kepala ( sujud ) seperti ini kecuali kepada Allah".

Sopronius menitiskan air mata melihatkan kesederhanaan Saidina Umar. Sambil memegang kunci Kota Baitul Muqaddis, Sopronius berkata kepada Saidina Umar..

Sesunggunya orang yang akan aku serahkan kunci AlQuds ini dan seterusnya menguasai kota Baitul Muqaddis ini memiliki tiga tanda. Tanda tanda tersebut jelas isebut dalam kitab Injil kami.
  • Orang itu berjalan kaki manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya
  • Orang itu datang dengan kedua dua belah kakinya diselaputi debu debu tanah
  • Orang itu datang dengan keadaan bajunya penuh dengan tampalan.

Kemudian Sopronius meminta izin kepada Umar untuk mengira berapakah tampalan yang terdapat pada baju yang dipakainya. Terdapat 17 tampalan semuanya. 

MENOLAK PELAWAAN SOLAT DI GEREJA

Waktu Zohor telah masuk, sebagai tuan rumah Sopronius mempelawa Saidina Umar agar solat Zohor di dalam Gereja AlQiamah ( Holy Sepulcddhre ). 

Saidina Umar menolak pelawaan tersebut kerana bimbang jenerasi Islam selepasnya akan menukarkan gereja kepada masjid.

Saidina berjalan ke arah selatan dan mendirikan solat Zohor di satu kawasan lapang tidak jauh dari Gereja AlQiamah. 

Diatas kawasan inilah kemudiannya dibina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Umar.

MENJEJAKI BUNGKAH BATU TERGANTUNG








Kemudian Saidina Umar terus menuju ke Haram As Syarif dan beliau mendapati kawasan tersebut telah terbiar dan dipenuhi dengan sampah sarap. 

Saidina Umar menggunakan jubah yang dipakainya bagi membersihkan kawasan tersebut. 


Tindakan Saidina Umar ini telah diikuti kaum Muslimin, Mereka telah bergotong royong sehinggalah seluruh kawasan tersebut  menjadi bersih dan terang. 

Ditengah tengah kawasan tersebut tersergam sebungkah batu tergantung yang ingin mengiringi Rasulullah s.a.w naik ke langit dalam peristiwa  إسراء معراج

Setelah sepuluh hari berada di Baitul Muqaddis, Saidina Umar kembali semula ke Madinah bersama khadamnya.




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com