Masjid Umawi pernah dijadikan gereja pada abad ke 4M yang diberi nama βSt. John the Baptist Basilicaβ kerana di masjid inilah terdapatnya Makam John The Baptist (Nabi Yahya a.s).
Ketika Islam sampai ke Damsyiq pada tahun 636M, masjid ini telah dibahagi kepada dua bahagian atas kesepakatan umat Islam dan Kristian iaitu
- Bahagian Masjid di sebelah timur
- Bahagian Gereja di sebelah barat.
Mereka beribadah secara harmoni dalam satu tempat yang hanya dipisahkan oleh dinding.
Namun begitu pada tahun 705M, Masjid Umawi telah dibesarkan oleh Khalifah Al Walid bin Abdul Malik (705β714M).
Bahagian Gereja yang terletak di sebelah barat masjid telah ditukar menjadi Masjid.
Sebagai ganti, khalifah telah memberi keizinan membina gereja gereja di daerah Bab Touma dan kawasan sekitarnya.
Masjid Umawi merupakan masjid tertua di Syria. Di timur masjid ini terdapat masjid Saidina Umar dan Masjid Saidina Ali.
Masjid ini pernah menjadi tumpuan para Sahabat bertemu dan berbincang mengenai hal-hal Islam satu ketika dahulu.
Masjid Umawi telah dihias indah dengan mozek-mozek kecil yang mengambarkan corak tanaman dan ladang, bandar dan istana yang mewujudkan suasana kedamaian campuran klasik dan ketimuran.
Tiada unsur kemanusian yang wujud pada dinding-dinding masjid seperti mana sering kelihatan di gereja-gereja lama Kristian.
Sehingga kini, ia masih berdiri teguh meninggalkan pelbagai rentetan sejarah.
MAKAM MAKAM YANG TERDAPAT DI MASJID UMAWI
ππ PERTAMA
π
MAKAM KEPALA NABI ALLAH YAHYA A.S.
ππ KEDUA
π
π
MAKAM KEPALA SAIDINA HUSSAIN
Saidina Hussain Cucunda Rasulullah telah telah Syahid di Karbala pada tahun 61H. Jasadnya dikebumikan di sana.
Saidina Hussain Cucunda Rasulullah telah telah Syahid di Karbala pada tahun 61H. Jasadnya dikebumikan di sana.
Manakala kepalanya telah dibawa ke Damsyiq dan dimakamkan di dalam masjid ini berdekatan dengan pintu Turbah Kamiliyyah.
ππ KETIGA
π
MAKAM SALAHUDDIN AL AYUBI
Panglima perang Islam Salahuddin al Ayubi yang wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik turut dimakamkan di sini.
Salahuddin telah dikebumikan di sebuah makam yang terletak di taman sebelah luar Masjid Umawi.
Adapun makam batu marmar di dalam Masjid Umawi adalah makam KOSONG.
Makam ini telah disumbang oleh Raja Wilhem II dari Jerman.
NABI ISA TURUN DARI LANGIT DI MENARA PUTIH MASJID UMAWI
Sabda Rasulullah
Maksudnya
Nabi Isa akan turun di Menara Putih sebelah Timur Kota Damsyiq
HR : Albani dalam Sahih Ibnu Majah dari An-Nawas bin Samβan, Hadith Sahih No 3310
Hadith turunnya Nabi Isa a.s di Masjid Umawi Sila klik Di sini

ΩΩΨ²ΩΩ ΨΉΩΨ―Ω Ψ§ΩΩ
ΩΩΨ§Ψ±Ψ©Ω Ψ§ΩΨ¨ΩΨΆΨ§Ψ‘ΩΨ Ψ΄ΩΨ±ΩΩΩΩ Ψ―Ω
Ψ΄ΩΩ
Maksudnya
Nabi Isa akan turun di Menara Putih sebelah Timur Kota Damsyiq
HR : Albani dalam Sahih Ibnu Majah dari An-Nawas bin Samβan, Hadith Sahih No 3310
Catatan
πππ
Yang dimaksudkan Menara Putih sebelah Timur kota Damsyiq itu adalah Masjid Umawi.
ΩΨ§ΩΩΩ Ψ£ΨΉΩΩ
ΩΨ§ΩΩΩ Ψ£ΨΉΩΩ
πππππππππππ
Rujukan Hadith
Hadith turunnya Nabi Isa a.s di Masjid Umawi Sila klik Di sini
πππππππππππ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan