Khamis, 18 April 2019

PERANG SALIB BHG. 2



PERANG SALIB KEDUA 
(1145 - 1149)

Setelah kejatuhan Baitul Muqaddis ke tangan Kaum Frank, Tentera Salib melakukan serangan ke daerah sekitar untuk meluaskan kekuasaan mereka.

Kerana faktor geografi, daerah daerah pantai Syria yang terbentang menghadap ke barat berjaya dikuasai Tentera Salib dengan mudahnya.

Namun begitu serangan Tentera Salib ke atas Bandar Aleppo dan Damsyik telah menemui kegagalan kerana mendapat tentangan hebat daripada penduduk setempat.

Para Ulama' telah memainkan peranan yang penting di sebalik kebangkitan semangat jihad umat Islam di dua kota ini. 

Mereka telah membawa kisah kehebatan Zengi, penguasa Turki dari Mosul yang berjaya menewaskan Tentera Salib dalam Pertempuran Ladang Darah di Balath pada tahun 1144.

Kemampuan pasukan Zengi merebut Edessa sangat berharga kerana kota ini mrupakan kota Negara Salib yang pertama jatuh kepada umat Islam.

Semangat jihad ini telah diteruskan oleh puteranya yang bernama  Nuruddin. Nuruddin telah memimpin Edessa dan Aleppo setelah ayahnya mati dibunuh pada tahun 1146.

Cabaran Nuruddi bermula apabla Amalric memimpin Tentera Salib pada 1163.

Selain memerangi Kaum Frank, Nuruddin terpaksa campur tangan menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Syawar, Menteri Fatimiyyah yang digulingkan minta bantuan Nuruddin untuk menggulingkan Dirgham, musuh politiknya yang disokong oleh Kaum Frank.

Nuruddin mengirim pasukannya di bawah pimpinan Syirkuh iaitu bapa saudara kepada Salahuddin Al Ayubi bagi mengembalikan kekuasaan Syawar di Kaherah.

Pertempuran di Kaherah telah membuahkan hasil dan Syawar diangkat semula menjadi menteri Fatimiyyah.

Kaum Frank kembali menguasai Kaherah menyebabkan Syawar terpaksa minta bantuan Nuruddin sekali lagi.

Dalam operasi kali ini, Syirkuh telah terkorban dan tempatnya digantikan oleh Salahuddin.

Salahuddin berjaya mengalahkan Kaum Frank dan mengusir mereka keluar dari bumi Mesir.


Karier Salahuddin semakin naik. Beliau telah dilantik menjadi menteri Fatimiyyah di bawah Khalifah Al Adid.

Setelah Khalifah Al Adid wafat, Salahuddin mengembalikan Dinasti Fatimiyyah di bawah kekuasaan Bani Abbasiah di Baghdad.

Pada 1174, Nuruddin telah wafat. Salahuddin telah mengisytiharkan dirinya sebagai pengganti Nuruddin.

PERJANJIAN DAMAI DENGAN TENTERA SALIB

Perjanjian damai ini diadakan antara Salahudin dan Raja Baldwin IV penguasa Jerusalem.

Namun ianya mulai retak akibat hasutan Reynald the Chatillon salah seorang pembesar Kaum Frank yang sangat membenci Islam.

Salahuddin mengirim satu bala tentera ke Kerak untuk menyerang Reynald the Chalitton.














Atas campur tangan Raja Baldwin, peperangan berjaya dihentikan dengan perjanjian damai dengan jaminan Reynald akan dihukum sendiri oleh tangan Kaum Frank.

PERJANJIAN DAMAI DITAMATKAN

Setelah Raja Baldwin meninggal dunia maka tempatnya sebagai penguasa Jerusalem telah diambil alih oleh Guy the Lusigna.

Akibat termakan hasutan Reynald the Chalitton, Guy the Lusigna telah menamatkan Perjanjian damai yang telah dimeterai antara Salahuddin dengan Raja Baldwin.

Maka pada Julai 1187 telah berlaku Perang Hittin di mana kemenangan telah berpihak kepada Tentera Islam.

Guy dan Reynald telah ditangkap.
Reynald telah dibunuh adapun Guy telah diseret hingga ke Jerusalem oleh Salahuddin.

Setelah berjaya menguasai wilayah wilayah dari Gaza hingga ke Jubayl dalam pertempuran di Arce akhirnya pada hari Jumaat 2 Oktober 1187, Salahuddin telah berjaya membebaskan Baitul Muqaddis dari Tentera Salib. 

Dengan ini maka berakhirlah penguasaan Tentera Salib ke atas kota Baitul Muqaddis.

PERANG SALIB KETIGA 
( 1189 - 1192 )

Ianya merupakan cubaan raja raja kristian Eropah untuk merampas semula Baitul Muqaddis daripada tangan orang Islam. 

Didorong oleh semangat keagamaan, Henry I dari England dan Philip II dari Perancis telah menamatkan konflik sesama mereka untuk memimpin Perang Salib Ketiga. 

Namun begitu, Tentera England diletakkan dibawah pimpinan Richard pada 1189 setelah kematian Henry I.

Raja empayar Rom Suci, Federick I Barbarossa turut serta memimpin satu pasukan tentera yang besar menyeberangi Anatolia namun beliau telah terkorban akibat lemas sebelum sempat sampai ke Baitul Muqaddis.

Selepas beberapa kejayaan dicapai, raja raja Kristian telah bertengkar sesama sendiri mengenai harta rampasan perang. 

Kecewa dengan Richard, waris Federick ( Leopold V ) dari Austria dan Philip berundur dari Tanah Suci pada Ogos 1191.

Richard dan Salahuddin telah memuktamadkan satu perjanjian pada 2 September 1192 yang menyaksikan bahawa 
  • Baitul Muqaddis kekal di bawah penguasaan Islam dan 
  • Orang orang Kristian yang tidak bersenjata dibenarkan mengunjungi Baitul Muqaddis.

Dengan perjanjian damai ini maka berakhirlah Perang Salib Ketiga dan Baitul Muqaddis masih kekal di bawah penguasaan Umat Islam

PERANG SALIB KEEMPAT 
( 1202 - 1204 )

Pada awalnya dirancang untuk menyerang Jerusalem dengan menceroboh Mesir. 

Disebabkan pergeseran agama antara Gereja Roman Khatolik di barat dan Gereja Ortodoks di timur sudah sampai ke kemuncak, maka Perang Salib Keempat ini telah beralih ke Constantinople ibukota Empayar Byzantine.

Pada April 1204, Tentera Salib yang terdiri daripada tentera Empayar Rom Suci dan tentera Venice telah menceroboh dan menggeladah kota ini. 

Empayar Byzantine telah kehilangan Constantinople sehingga tahun 1261.

Hasrat raja raja kristian ingin merampas Baitul Muqaddis dari tangan Tentera Islam tidak terhenti di sini sahaja.

Pelbagai usaha dan percubaan telah dilakukan namun kesemuanya itu menemui kegagalan.

Berikut ini adalah kempen yang pernah dilakukan oleh Tentera Salib  untuk mendapatkan semula Baitul Muqaddis 
  • Perang Salib ke 5 - 1217 - 1221
  • Perang Salib ke 6 - 1228 - 1229
  • Perang Salib ke 7 - 1248 - 1254
  • Perang Salib ke 8 - 1270
  • Perang Salib ke 9 - 1271 - 1272

Selain daripada itu terdapat Perang Salib yang kecil iaitu Perang Salib memerangi 
  • golongan yang dianggap sesat oleh pihak berkuasa Kristian 
  • musuh peribadi Paus atau raja raja yang lain. 

💚💚💚💚 💚

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com