Jumaat, 31 Oktober 2008

PENGENALAN

abunusaircty.blogspot.com adalah mengambil nama dari sebuah bandar perumahan di Jordan. Terletak berhampiran dengan University Of Jordan, Abu Nusair Housing city merupakan kawasan perumahan utama pilihan penuntut -penuntut Malaysia di Amman selain dari Sweileh dan Jubaiha.

Penulis mula menginap dikawasan ini pada tahun 1992 ketika mula-mula sampai ke bumi Jordan. Lokasinya di Harah ( Seksyen ) Satu sebagai penginapan sementara sebelum berpindah ke Harah Lima. Selepas itu, berpindah pula ke Harah Tujuh iaitu satu kawasan perumahan yang agak strategik. Ini adalah kerana kawasan tersebut berhampiran dengan Pusat membeli belah , Bank serta Balai Polis.


Untuk mengabadikan kawasan ini dalam lipatan memori, maka penulis telah memilih nama ini sebagai salah satu nama blogspot

Pemandangan selepas Solat hari raya di kawasan lapang Suq Tijari (Pusat Beli belah ) di Iskan Abu Nusair

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Abu Nusayr, dulu selalu juga pergi kerana ada yg sahabat yg tinggal kat situ.

Abu Nusayr ni tenang dan aman jer tempatnya. Pulak kedudukan nya kat lereng bukit. Seronok tengok pemandangan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com