Sabtu, 31 Januari 2009

MUSLIHAT DISEBALIK PERJANJIAN DAMAI

Sewaktu belajar di University of Jordan (1992-1997) saya pernah melahirkan kebimbangan dan rasa sangsi terhadap perjanjian damai yang dicanangkan oleh rejim Yahudi Laknatullah.

Apa tidaknya, belum kering air mata rakyat Palestin meratapi peristiwa pembunuhan kejam di kem pelarian Sabra dan Shatila (1982) senang senang je nak berdamai dengan mereka yang dilaknat oleh Allah.

Pada ketika itu rejim Yahudi kononnya bermurah hati untuk menyerahkan wilayah Gaza dan Jericho ( dalam bahasa Arabnya dikenali sebagai Ariha ). Sebagai membalas "jasa baik ini" Palestin diminta untuk mengiktiraf kewujudan sebuah negara Yahudi di atas bumi Palestin. Pakej ini nampak seakan mudah serta enteng sahaja tanpa berlakunya pertumpahan darah atau membayar balik apa-apa kerugian kepada negara Yahudi ini , namun begitu ianya telah menggadaikan kesucian Masjid Al Aqsa serta mengorban jutaan nyawa umat islam di Palestin.
Perjanjian yang berat sebelah ini dilihat mempunyai sesuatu muslihat untuk menafikan hak rakyat Palestin di bumi kelahiran mereka dan juga satu usaha untuk melenyapkan negara Palestin yang bebas merdeka dari peta dunia.

Apa ertinya pakej ini seandainya kita berikan mereka keseluruhan bumi Palestin ( termasuklah Hebron dan Baitul Maqdis/ Masjid Al Aqsa ) sedangkan untuk Palestin dua wilayah yang "cenonit" iaitu Gaza dan Jericho.

Sejarah Jericho dan GazaAsal Jericho (Ariha) adalah kepunyaan Jordan dan Gaza pula milik Mesir yang merupakan kawasan intifada kebangkitan rakyat Palestin. Kedua dua wilayah ini telah dirampas dari Jordan dan Mesir pada Jun 1967 .
Dalam sejarah, Jericho merupakan satu kawasan laknat bagi orang Yahudi. Disinilah mereka pernah disumpah oleh Allah lantaran sikap kurang ajar dan keengganan mereka berperang membebaskan Baitul Maqdis dengan berkata Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasuki nya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, Karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, Sesungguhnya kami Hanya duduk menanti disini saja".
Berkata Nabi Musa: "Ya Tuhanku, Aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu".

Allah berfirman: "(Jika demikian), Maka Sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu . Surah AlMaidah ayat 24-26

Pendek kata kedua- dua wilayah inimerupakan kawasan "sial" yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada orang Yahudi

KESAN DARI PERJANJIAN INI


Pada tahun 1994 iaitu beberapa bulan selepas perjanjian iaitu pada pagi seramai 29 orang Palestin telah ditembak mati oleh Baruch Goldstein di Masjid Ibrahimi yang terletak di Hebron. Kejadian yang berlaku pada pertengahan bulan puasa ini benar- benar telah membangkitkan kemaharan umat Islam seluruh dunia

Dalam perjanjian damai yang dikenali sebagai Perjanjian Oslo ( ditandatangani pada 13hb Disember 1993) telah meletakkan Hebron di dalam wilayah negara Yahudi yang diiktiraf sendiri oleh Palestin (Pertubuhan Pembebasan Palestin @ PLO ). Oleh yang demikian trajedi pembunuhan seperti ini telah disifatkan sebagai masalah dalaman negara Yahudi itu sendiri dan dunia tidak berhak campurtangan. Ini bermakna rejim Yahudi bebas berbuat apa sahaja ( termasuklah membunuh, menutup masjid dan sebagainya ) mana mana kawasan yang duduk di bawah tadbir mereka.

Masa inilah nada yang mengatakan orang Yahudi itu sebagai sahabat tidak lagi kedengaran . Rata rata masyarakat arab menyatakan rasa kekesalan mereka dan mulai sedar dari lamunan bahawa orang Yahudi ini tidak boleh dijadikan sahabat.

Kalau kita kembali kepada AlQur'an, Kita tanya pada diri kita " Tidak cukupkah nabi-nabi Allah yang diturunkan menjadi mangsa pembunuhan mereka". Buktinya kita sendiri lihat iaitu trajedi serangan ke atas Gaza yang meragut ratusan malah lebih nyawa rakyat Palestin

Apakah orang Yahudi akan benar berpegang kepada janji-janjinya ?

Jawapannya sama sekali tidak Lihat sajalah berapa banyak perjanjian mereka dengan Allah- sewenang-wenangnya mereka langgar. Itu perjanjian dengan Allah, bagaimana pula perjanjian mereka dengan kita umat Muhammad yang mereka anggap sebagai "goyim @ anjing.

Penyerahan Jericho dan Gaza dalam Perjanjian Oslo adalah tipu muslihat untuk mendapatkan pengiktirafan sahaja. Perjanjian ini bila-bila masa boleh dirungkai dan kedua- dua wilayah ini bila bila masa boleh diambil
Firman Allah dalam surah Annisa' ayat 53


Kalimah " Naqir" dalam ayat di atas bermaksud selaput nipis yang terdapat pada biji kurma sebagai gambaran bahawa orang Yahudi sebesar itupun tidak akan beri kepada umat Arab .
Cukuplah dengan apa yang diceritakan dalam AlQur'an ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com