Isnin, 18 Jun 2018

JEJAK WARISAN ANDALUSIA


Andalusia atau al-Andalus adalah sebutan bagi semenanjung Iberia semasa pemerintahan Islam yang berasal dari kata Vandalusia iaitu bangsa Vandal.

Nama Vandalusia diambil kerana bahagian selatan semenanjung Iberia pernah dikuasai oleh bangsa ini sebelum kekuasaan mereka direbut oleh bangsa Gothia Barat / Visigoth pada abad ke-5 M.

Andalusia pernah ditadbir oleh pemerintahan Islam berbangsa Moorish dari tahun 711M hingga 1492M .

Sepanjang tempoh tersebut telah dibangunkan binaan yang bercirikan kepada kebudayaan dan kesenian Islam antaranya .. 

 1. MASJD CORDOBA   




Merupakan salah satu daripada tinggalan binaan-binaan kesenian Islam yang telah dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 784. Masjid Cordoba dibina dengan menjadikan seni bina Arab sebagai rujukan utama.


Tapak asal Masjid Cordoba pada mulanya merupakan kuil milik orang-orang Rom. Apabila Empayar Rom jatuh, kuil tersebut telah dijadikan gereja Kristian. Setelah orang-orang Arab berjaya menawan sebahagian besar Sepanyol pada awal kurun ke-8, mereka telah merobohkan gereja tersebut dan kemudiannya membina Masjid Cordoba.

Masjid ini adalah yang termewah daripada 1,000 masjid lainnya yang berada di bandar tersebut dan pada satu waktu masjid kedua terbesar di dunia Islam. Ia bercantum dengan istana Khalifah.


Pada tahun (1236) apabila Cordoba ditakluk oleh Raja Ferdinand III dari Castile, masjid ini telah ditukarkan menjadi sebuah gereja Kristian. Bermula di pintu masuk sahaja sudah terdapat beberapa binaan berupa patung-patung yang mempunyai lambang salib. 


 2. MADINA ZAHRA 

Bandar Madina Zahra yang terletak 8 km dari Cordoba di kaki Sierra Morena telah dibuka oleh Abdul Rahman III pada tahun 936, satu bandar lain.
Nama Zahra diambil sempena nama isterinya Az Zaharah. Malangnya kegemilangan kota ini tidak bertahan lama apabila hancur diserang tentera Barbar sepanjang 1010 hingga 1013. Sekarang yang tinggal hanya lebih kurang 1 persepuluh bahagian sahaja untuk dijadikan tatapan pelancong.

 3. ISTANA AL HAMBRA
Al-Hambra dalam bahasa Arab bermaksud yang merah Ini adalah kerana dinding – dinding Alhambra diperbuat dari batu2 merah dan dipenuhi dengan ukiran2 senibina Islam..


Al Hambra terletak di atas sebuah bukit yang berbatu dan berdekatan dengan tebing Sungai Darro. Ianya telah dilindungi dengan gunung-ganang.


Lantaran kedudukannya yang strategik maka Al-Hambra telah menjadi sebuah kubu pertahanan yang wujud sejak kurun ke-9 lagi. 



Selain daripada itu di dalamnya terdapat sebuah kompleks kota lama, istana dan masjid yang dibina antara tahun 1248 hingga 1354.





Pembinaan Istana AlHambra telah dimulakan pada pertengahan kurun ke-13 oleh Sultan Muhammad bin Yusuf bin Nasr ( Sultan Muhammad Al-Ahmar) iaitu pengasas Dinasti Nasrid iaitu dinasti Islam yang terakhir di Andalusia. Ketika itu kebanyakan bandar-bandar di wilayah Andalusia seperti Cordoba, Seville dan Toledo telah jatuh ke tangan Kristian..











Selain daripada itu terdapat dua buah masjid yang turut menjadi warisan peninggalan Andalusiai iaitu...


Asal masjid ini adalah sebuah gereja Visigothic. Kemudian ia ditukar menjadi sebuah masjid apabila Islam datang. Apabila Toledo jatuh ke tangan Kristian masjid ini telah ditukar kembali menjadi sebuah gereja. Tidak banyak sejarah yang diketahui mengenai masjid ini. Apa yang pasti masjid ini telah dibina dalam tahun 1,000.

Melihat perincian bangunan masjid disini ianya memang menakjubkan. Namun apa yang menyedihkan, kita tidak dibenarkan untuk bersembahyang disini walaupun untuk satu rakaat.





Masjid yang ini pun tidak banyak sejarah yang diketahui. Untuk mencari masjid ini agak sukar sedikit kerana senibinanya hampir sama dengan bangunan-bangunan lain..

Namun begitu segalanya tinggal kenangan dalam lipatan sejarah.  Kegemilangan warisan kota kota ini berkubur begitu sahaja setelah pemerintahan yang bertapak selama tujuh abad telah tumbang pada tahun 1492

GAMBAR > SILA KLIK DISINI

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com