Sabtu, 7 Mac 2015

PEPERANGAN YARMUK


Peperangan ini merupakan peperangan paling penting dalam sejarah dunia kerana ianya menandakan bermulanya kebangkitan besar dan pertama penaklukan Muslim di luar Arab serta penyebaran Islam ke Palestin, Syria dan Mesopatamia yang sebelum ini penduduknya beragama Kristian.


PERLANTIKAN KHALID AL WALID SEBAGAI PANGLIMA PERANG

Peperangan Mu'tah berlaku pada tahun 8H bersamaan 629M adalah peperangan pertama Tentera Islam menentang Tentera Rom. Peperangan ini adalah reaksi Rasulullah atas kematian Harith bin Umair Al Azdi yang dibunuh oleh Syarhabil al Ghassani pemerintah tanah jajahan Byzantin.

Rasulullah telah mengisyratkan  tiga orang sahabat sebagai Panglima Perang bagi menentang Tentera  iaitu
  1. Zaid bin Harithah 
  2. Jaafar bin Abi Talib ( Jaafar At Toyyar 
  3. Abdullah bin Rawahah.
Apabila ketiga tiga orang sahabat ini syahid Tentera Islam telah bersepakat melantik Khalid bin Al Walid sebagai Panglima Perang  mereka.


Kejayaan Khalid al Walid menewaskan Tentera Rom yang berjumlah 200,000 orang dalam Peperangan Mu'tah telah melonjakkan nama beliau sebagai panglima perang yang hebat.

Dengan kejayaan ini maka Saidina Abu Bakar as Siddiq ( 632 - 634M ) , telah menberi sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab kepada beliau untuk memimpin satu lagi peperangan besar yamg melibatkan Tentera Rom.


Kegigihan Khalid bin Al Walid telah membuahkan hasil dimana Tentera Islam seramai 45,000 orang telah berjaya mengalahkan Tentera Rom berlipat kali ganda ramainya.



PAHLAWAN YARMUK

1.ASMA' BINTI YAZID AS SAKAN

Keinginannya untuk terjun ke medan jihad terbit sejak kewafatan Nabi s.a.w.  Dalam Peperangan Yarmuk, Asma binti Yazid berada di barisan belakang . Ketika pertempuran sedang memuncak, dia yang berjuang sepenuh tenaganya tidak menjumpai apa apa senjatapun melainkan sebatang tiang khemah.

Dengan bersenjatakan tiang itulah, beliau telah menyusup masuk ke tengah tengah medan pertempuran lalu menyerang musuh yang berada di kiri dan kanannya serta berjaya membunuh sembilan orang Tentera Rom.



Keberanian dan tekadnya yang kuat membela serta mempertahankan  agama  Allah telah menjadi contoh kepada umat Islam sehingga ke hari ini. Asma' binti Yazid wafat pada tahun 30H / 651M iaitu selepas tujuh belas tahun berlakunya Peperangan Yarmuk.

2. GREGORIUS THEODORE

Tentera Islam lebih segar, bersemangat dan bersedia untuk berperang. Harapan yang tinggi untuk mengalahkan Tentera Rom pada hari keenam Peperangan Yarmuk telah melenyapkan segala Tragedi Hitam yang menimpa Tentera Islam pada Hari keempat Peperangan Yarmuk . 



Ketika matahari naik di Jabalud Druz, Gregorius Theodore  Komander Perang  Tentera Rom telah menunggang kudanya menuju ke arah Tentera Islam dengan misi untuk membunuh Khalid al Walid.

Ketika menghampiri barisan Tentera Islam, beliau telah berteriak mengajak beradu kekuatan dengannya satu lawan satu. Abu Ubaidah al Jarrah telah bersiap sedia menyahut cabaran itu tetapi dihalang oleh Khalid al Walid kerana Gregorius bukanlah tandingannya.

Khalid al Walid tampil kehadapan menentang Gregorius ,panglima Tentera Rom yang gagah dan hebat. Dalam pertarungan ini, tombak Gregorius patah akibat terkena libasan pedang Khalid al Walid.




Pertarungan terhenti seketika. Gregorius telah bertanya kepada Khalid beberapa soalan tentang Islam dan motivasinya berperang. Mendengarkan jawapan Khalid al Walid, Gregorius mengisytiharkan keislamannya di hadapan ratusan ribu Tentera Rom dan Islam, .

Gregorius sempat belajar Islam dan solat dua rakaat sebelum menyertai Khalid al Walid dan Tentera Islam bertempur menentang Tentera Rom. Dalam pertempuran ini  Gregorius telah gugur syahid.

3.   IKRIMAH BIN ABU JAHAL

Ketika Ikrimah sudah bersiap sedia menyerang pasukan musuh, Khalid al Walid ( saudara sepupu kepada Ikrimah ) berkata "Jangan lakukan, Kematianmu sangat merugikan kaum Muslimin ".

Ikrimah menjawab "Biarlah Hai Khalid kerana engkau pernah ikut berperang bersama Rasulullah s.a.w. sedangkan ayahku sangat hebat memusuhiNya.

Dalam riwayat lain Ikrimah ada berkata
"Aku dahulu memerangi Rasulullah di setiap medan pertempuran. Hari ini apakah aku akan lari dari kalian lalu diapun berseru "Siiapa yang mahu berbai'ah untuk syahid"

Maka bebai'ahlah al Harith bin Hisyam ( pakciknya ), Dhirar bin Azwar bersama empat ratus perajurit Muslim yang lainnya.

Mereka pun maju menggempur pasukan musuh di hadapan khemah Khalid al Walid hingga seorang demi seorang di antara mereka gugur Syahid.



KISAH RELA BERKORBAN UNTUK SAUDARA SEAGAMA

Setelah peperangan tamat dan ianya dimenangi oleh Tentera Islam, kelihatan tiga orang sahabat Rasulullah dengan badan penuh luka meminta air kehausan. Mereka adalah

  1. al Harith bi Hisyam
  2. Ikrimah bin Abu Jahal 
  3. Ayyasy bin Abi Rabi'ah.


Saat ketiganya dalam keadaan kritikal maka datanglah seorang pembawa air kepada salah seorang di antara mereka.

Ketika air diberikan kepada al Harith, dia menoleh ke arah Ikrimah yang sedang kehausan dan sangat memerlukan air maka al Harith pun berkata "Bawakan air ini kepadanya ( Ikrimah )".

Airpun beralih ke Ikrimah. Ketika dia hendak meneguknya dilihat Ayyasy sedang menatap dirinya dengan pandangan ingin minum maka Ikrimahpun berkata "Bawakan air ini kepadanya ( Ayyasy )"

Air beralih kepada Ayyasy. Belum sempat meminumnya, Ayyasy telahpun syahid maka si pembawa air bergegas mendapatkan dua orang sahabat yang pertama dan kedua akan tetapi kedua dua sahabat ini turut syahid.

Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmatNya kepada mereka bertiga dan para Syuhada' sekelian.


PEMECATAN KHALID BIN AL WALID

Saidina Umar al Khattab telah mengambil alih pemerintahan Islam setelah kewafatan Saidina Abu Bakar as Siddiq.

Untuk mengelakkan Tentera Islam terlalu mendewakan Khalid bin al Walid, maka Saidina Umar telah memecat Khalid bin Al Walid dan menggantikannya dengan Abu Ubaidah al Jarrah ( 583 - 639 ).


Khalid menerima keputusan itu dengan tenang dan berkata " Saya berjihad bukan kerana Umar ". 

Hasil kerjasama Khalid al Walid dan Abu Ubaidah al Jarrah, Tentera Islam terus mara sehingga dapat menawan Aleppo ( Halab ), Damsyiq dan Baitul Muqaddis ( Jerusalem ).

Kaisar Heraclius dengan sedihnya terpaksa berundur ke Constantinople meninggalkan semua wilayah Syria yang telah dikuasai Tentera Rom selama lima abad.

Pembukaan kota ketiga suci dalam Islam pada tahun 15H / 636M  merupakan kemuncak kepada Peperangan Yarmuk. Atas permintaan Patriach Sopronius, Ketua Paderi Baitul Muqaddis, Saidina Umar bersetuju memasuki kota ini dalam keadaan aman tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah.



PENUTUP

Sesungguhnya Peperangan Yarmuk pada tahun 634M merupakan perintis kepada pembukaan wilayah wilayah Islam. Kejatuhan dan penaklukan ke atas Palestin, Syria dan Mesopotamia telah menafikan penguasaan Empayar Byzantin ( Rom Timur ) selama lima abad.

Akhir sekali kegigihan para Syuhada' dalam menegakkan kalimah Allah telah berjaya membawa masuk Din Allah ke bumi Syam yang dahulunya berpegang teguh kepada agama Kristian.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com