Sabtu, 21 Februari 2015

PERANG SALIB BHG. 1


Perang Salib meruoakan beberapa siri peperangan yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke 11 hingga ke 13 Masihi.Kempen peperangan ini mendapat restu Gereja Roman Khatolik

Terdapat pelbagai Perang Salib. Perang Salib yang terbesar sebanyak sembilan kali dan ianya berlaku pada abad ke 11hingga ke 13. Perang Salib bukan sahaja berlaku di tanah orang islamtetapi juga berlaku di Iberia dan Eropah Tengah.

Perang SalibPertama 1095 - 1099M )

Pada 1071, Empayar Byzantine ( Rom Timur ) telah jatuh ke tangan tentera Seljuk di Pertempuran Manzikert dan kekalahan ini menyebabkan Empar Byzantine kehilangan kesemua wlayah kecuali kawasan persisiran pantai Asia Minor ( Turki Baru ) iaitu barat Anatolia dan Constantinople,

Walaupun pada ketika itu berlaku pergolakan antara penganut Kristian Roman Khatolik di barat dengan Gereja Yunani Ortodoks di timur , dalam keadaan terdesak Alexius I Comnenus ( 1057 - 1118 ) maharaja Byzantine yang memerintah dari 1081 hingga 1118 masih mengharapkan sedikit bantuan daripada rakan Kristian yang lain.

Kebanyakan maharaja Kristian merasa ragu ragu dan memandang sepi rayuan ini disebabkan pergeseran agama yang telah wujud antara gereja di timur dan di barat namun ada faktor lain yang menyokong permintaan maharaja Byzantine ini.

Kehadiran Islam ke Tanah Suci Kristian telah bermula sejak penaklukan Palestin pada abad ke 7. Sungguhpun demikian orang Islam tidak banyak campur tangan dalam urusan perjalanan jemaah Kristian ke tempat tempat  Suci atau mengganggu keselamatan biara biara dan masyarakat Kristian di Tanah suci.

Orang orang Eropah di barat juga begitu tidak peduli kehilangan Baitul Muqaddis yang jauh kerana mereka sendiri berhadapan dengan pencerobohan orang orang Islam dan puak puak bukan Kristian lain seperti Viking dan Magyar.


Bagaimanapun kejayaan demi kejayaan tentera Islam memberi tekanan yang hebat kepada kristian Ortodoks Timur yang berpusat di Byzantine.

Kejayaan Bani Umayyah di Andalusia berjaya menjadikan Sepanyol sebuah nedara yang aman dan maju. Kota Cordova telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu yang pesat dan ulung di rantau Eropah.

Begitu juga dengan Kerajaan Islam Bani Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Semasa pemerintahan Khalifah Harun ar Rasyid ( 145H - 193H ), Baghdad telah bangkit menjadi pusat perdagangan yang terkemuka. Baghdad juga merupakan pusat perkembangan ilmu pengetahuan . Ramai penuntut dari luar bertandang ke kota ini bukan sekadar ingin mempelajari imu tafsir dan Hadith malah ilmu perubatan, Mathematik, Falak dan sebagainya.


Bermula dari tahun 722Masihi lagi, orang orang Kristian telah melancarkan kempen Reconquista iaitu kempen penaklukan semula dari tangan orang islam.Kestabilan Eropah selepas pengkristianan kaum Viking, Slav dan Magyar,ramai kesatria yang tidak mempunyai pekerjaan kecuali bergaduh sesama sendiri dan melancarkan keganasan terhadap petani.

Pihak gereja berusaha membendung keganasan ini melalui beberapa gerakan gencatan senjata yang dipanggil Peace and Truce Of God namun terdapat segelintir Satria terlatih yang masih mahu meluahkan keganasan mereka.Untuk ini maka berperang denagan orang Islam merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik.

Selain daripada itu pihak gereja telah memberi mereka pelbagai penghargaan termasuklah menjanjikan mereka dan penghapusan dosa. Pemberian restu papal pada 1063 oleh Paus Alexander II kepada rakyat Kristian diIberia  dan propaganda keagamaan dan  sokongan kepada Perang Yang Adil untuk merampas kkembali Tanah Suci Antioch dan Baitul Muqaddis telah menjadi pendorong untuk mereka "berjihad" menentabg orang Islam.

Perubahan sikap barat terhadap timur berlaku sejak tahun 1009 lagi apabila alHakim bin Amrillah, Khalifah Fatimiyah telah menceroboh serta merosakkan Gereja Makam yang Suci di Baitul  Muqaddis. Walaupun pengganti al Hakimmembenarkan Empayar Byzantine membina semula gereja dan jemaah kristian dibenarkan membuar kunjungan suci di Baitul Muqaddis , namun insiden ini tetap menyemarakkan lagi api peperangan.


Pada tahun 1095, Paus Urban II  telah memanggil satu bala tentera upahan seramai 40,000 orang menuju ke Kota Constantinople bagi mempertahankan Empayar Bizantin dan seterusnya merampas kembali Baitul Muqaddis daripada tangan umat Islam.

Pada 4 Jun 1097, Tentera Salib berjaya menakluki ibu kota Seljuk  ( Kesultanan Seljuk Rum ) yang berpusat di Nacara ( Iznik ) menyebabkan tentera pimpinan Sultan Qilij Arselan  mengalami kekalahan besar besaran dalam Pertempuran Dorylaeum di Dataran Tinggi Anatolia.

Seterusnya Tentera Salib terus mara ke Antioch dan mengepung kota ini dari Oktober 1097 hingga Jun 1098M. Walaupun Tentera Islam berjaya memutuskan hubungan dunia luarTentera Salib masih mampu merebut Antioch.



Setelah menguasai Antioch sepenuhnya, Tentera Salib menakluk Ma'arat al Nu'man pada 2Disember 1098. Maarat anNu'man adalah sebuah kota kecil merupakan pintu utama Tentera Salib sebelum mara ke Damsyik dan Baitul Muqaddis.

Disinilah beribu ribu Tentera Seljuk  dari Kesultanan Seljuk Syria y( 1075 - 1117 ) ang mempertahankan kota ini dibunuh dengan kejam. Keputusan bekalan makanan dan Musim sejuk yang mencengkam telah menyebabkan Tentera Salib memakan daging Tentera Islam yang dibunuh dengan rakusnya.

Dengan bantuan pasukan tambahan dari Eropah ( Kaum Frank ), Tentera Salib  terus mara dan berjaya menguasai daerah pesisir pantai Syria serta meluaskan pengaruh mereka di Mediteranean Timur.

Akhirnya pada hari Jumaat 5 Julai 1099M,  Baitul Muqaddis atau Jerusalemi  telah jatuh ke tangan Tentera Salib  yang diketuai oleh Kaum Frank.  Tentera Salib telah membunuh hampir keseluruhan penghuni Baitul Muqaddis. Orang orang Islam, Yahudi malahan Kristian Timur ( yang berfahaman Ortodoks ) yang berlindung di rumah ibadat masing masing semuanya dibunuh beramai ramai.



Sebuah kerajaan kristian telah ditubuhkan  di Baitul Muqaddis dengan melantik Godfrey The Bouillon sebagai penguasa Baitul Muqaddis yang pertama.

Pada tahun 1187, Salahuddin Al Ayubi telah berjaya merampas kembali dan membebaskan kota Suci ini setelah 88 tahun berada di dalam genggaman Tentera Salin,

Sudah pastinya segala  pembunuhan dan kekejaman tentera Salib tidak akan terhapus daripada memori umat Islam

Sesungguhnya Perang Salib Pertama ini merupakan titik peralihan bagi perluasan kuasa barat dan pembukaan semula perdagangan antarabangsa sejak kejatuhan Empayar Rom Barat.

BACA LAGI..
1. AL AQSA dalam kenangan .. Sila klik Di sini
2. Riwayat Hidup AlKhawarizmi, Sila klik di sini

BERSAMBUNG.. PERANG SALIB BHG 2.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com