Rabu, 30 Julai 2014

JEJAK WARISAN ANDALUSIA 2




Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telah pun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya ialah Kerajaan Toledo (712 – 1085 ) Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk 
menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat

KERAJAAN TOLEDO (712 – 1085 )




Toledo adalah sebuah bandar yang sangat tua. Ia sudah wujud sebelum zaman Rom lagi. Pada mulanya, ia diperintah oleh orang Barbarian sebelum ia diambil-alih orang-orang Visigoth

Selepa
 Perang Guadaluuuuhete pada tahun 711, orang-orang Visigoth telah meninggalkan bandar Toledo dan bandar ini telah diambil alih oleh pemerintahan Islam pada tahun 7

Toledo adalah bandar pertembungan di antara 3 agama yang memiliki kebudayaannya yang tersendiri. Islam, Kristian dan Yahudi dapat duduk sebumbung dalam a
man-damai dan sama-sama menyumbang ke arah kemakmuran dan kepelbagaian budaya di bandar ini. Ianya dapat dilihat pada senibina bangunannya.


Toledo juga merupakan bandar Hebrew pertama di Sepanyol. Dianggarkan terdapat dalam 12,000 orang-orang Yahudi yang tinggal di Toledo pada waktu itu. Namun pada tahun 1492, Raja Katolik telah menyingkirkan orang-orang Yahudi dari Toledo. Tidak lama selepas itu, nasib yang sama turut menimpa orang-orang Islam.

Toledo antara Taifah yang masih terus membangun selepas kejatuhan Cordoba dan merupakan salah sebuah kerajaan yang pernah dikuasai tanpa peperangan oleh Tariq bin Ziad semasa zaman kegemilangan Islam di Andalusia.

Toledo merupakan sebuah kerajaan yang dibina di atas sebuah bukit yang dikelilingi sungai Rio Tajo. Dengan struktur bangunan, jalan, rumah kediaman yang begitu rapi aturannya menjadikan bukit tersebut seakan sebuah kubu kerajaan yang lengkap dengan segala2nya.

Sesungguhnya Toledo telah banyak memberikan sumbangan terhadap gerakan pemikiran dalam kebudayan Islam. Selain itu Toledo sangat hebat dalam bidang astronomi

WARISAN SEJARAH PENINGGALAN KERAJAAN TOLEDO




1) Mezquita Del Cristo De La Luz
Asal masjid ini adalah sebuah gereja Visigothic. Kemudian ia ditukar menjadi sebuah masjid apabila Islam datang. Apabila Toledo jatuh ke tangan Kristian masjid ini telah ditukar kembali menjadi sebuah gereja. Tidak banyak sejarah yang diketahui mengenai masjid ini. Apa yang pasti masjid ini telah dibina dalam tahun 1,000.

Melihat perincian bangunan masjid disini ianya memang menakjubkan. Namun apa yang menyedihkan, kita tidak dibenarkan untuk bersembahyang disini walaupun untuk satu rakaat.



2) Mezquita De Las Tornerias
Masjid yang ini pun tidak banyak sejarah yang diketahui. Untuk mencari masjid ini agak sukar sedikit kerana senibinanya hampir sama dengan bangunan-bangunan lain..

KEJATUHAN KERAJAAN TOLEDO


Pada bulan Safar tahun 487 H. / 1085 M. Alfonso VI, raja Castile berjaya menakluki Toledo. Dengan jatuhnya ke tangan Castile ini bererti Toledo telah jatuh ke tangan Tentera Salib. Usaha untuk merebutnya kembali telah beberapa kali dilakukan tetapi semuanya gagal

Setelah wilayah-wilayah Cordoba dan Sevilla jatuh sepenuhnya ke tangan Kristian, sisa-sisa umat Islam di Andalusia telah berhijrah ke Granada . Mohamad ibn Yusuf ibn Nasr telah mengasaskan sebuah kerajaan baru yang diberi nama Dinasti Bani Ahmar atau lebih dikenali sebagai Dinasti Nasrid Kerajaan baru ini dapat bertahan dan bangun kembali di Granada selama 250 tahun Namun kekuasaannya hanyalah di wilayah kecil sahaja.

KERAJAAN GRANADA (1232-1492)



Granada terletak di sebelah selatan kota Madrid, ibu kota Sepanyol sekarang. Iklimnya sangat bagus, karena itulah dinamakan Granada. Dalam bahasa Romawi granada berarti bagus dan indah. Dari sebelah selatan, bersempadan dengan Laut Tengah dan sungai Shaniel. Tingginya lebih kurang 669 m. di atas permukaan laut. Di sinilah letak rahsia keindahannya



Granada pernah menjadi pusat ilmu keislaman terbesar dan salah satu rangkaian kebudayaan Islam yang mencakupi kota-kota lain seperti, Cordoba, Valensia, Megrit, Asbilia, Toledo dan lain-lain.

Kebangkitan ilmiah di Andalusia bersamaan dengan munculnya ahli ilmu falak dan matematik Abul Qasim Al-Magrity (397 H. / 1008 M.) yang mendirikan sekolah matematik terkenal.

Antara Tokoh dan Cendekiawan Granada yang paling terkenal adalah Imam As-Syathibi, Lisanudin Al-Khathib, Sarqisthi, Ibnu Zumrak, Muhammad bin Raqqah, Abu Yahya bin Radwan, Abu Abdillah Al-Fahham, Ibnus Syarrah, Yahya bin Hazil At-Tajbibi, As-Syaquri, Ibnu Zuhr dan dari kalangan wanita; Hafsah bintil Haj, Hamdunah binti Ziad dan saudara perempuannya, Zainab.

WARISAN SEJARAH PENINGGALAN KERAJAAN GRANADA


ISTANA AL HAMRA


AlHamra adalah antara warisan peninggalan Kerajaan Granada yang masih wujud sehinggalah ke hari ini. Al-Hambra dalam bahasa Arab bermaksud yang merah Ini adalah kerana dinding – dinding Alhambra diperbuat dari batu2 merah dan dipenuhi dengan ukiran2 senibina Islam..




Al Hamra terletak di atas sebuah bukit yang berbatu dan berdekatan dengan tebing Sungai Darro. Ianya telah dilindungi dengan gunung-ganang dan hutan. Oleh kerana lokasinya agak strategik, Al-Hambra merupakan sebuah kubu pertahanan yang wujud sejak kurun ke-9 lagi. Selain daripada itu di dalam Al Hambra terdapat sebuah kompleks kota silam, istana dan masjid yang dibina antara tahun 1248 hingga 1354. 



Pembinaan Istana AlHambra telah dimulakan pada pertengahan kurun ke-13 oleh Sultan Muhammad bin Yusuf bin Nasr ( Sultan Muhammad Al-Ahmar) iaitu pengasas Dinasti Nasrid iaitu dinasti Islam yang terakhir di Andalusia. Ketika itu kebanyakan bandar-bandar di wilayah Andalusia seperti Cordoba, Seville dan Toledo telah jatuh ke tangan Kristian..


Sungguhpun Granada telah jatuh ke tangan kristian, namun kota AlHamra tidak dimusnahkan dan ianya wujud sehingga ke hari ini




KEJATUHAN GRANADA 

Kekuasaan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Spanyol ini berakhir kerana perselisihan dan perebutan kuasa antara orang-orang istana.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan ayahnya, Abu Abdullah Muhammad telah memberontak. Dengan bantuan daripada Ferdenand dan Isabella akhirnya Abu Abdullah berjaya
 merampas kuasa dan dilantik menjadi raja.

Disebalik bantuan ini Ferdenand dan Isabella telah bertindak menyerang kerajaan Islam yang dipimpin oleh Abu Abdulla Muhammad. Akhitnya pada tahun 1492 Kerajaan Nasirid Granada telah tumbang setelah dikepung selama sembilan bulan.

400,000 nyawa umat Islam mulai terancam. Setelah diadakan perundingan dan Perjanjian Granada yang dimeterai pada November 1491, maka pada
 19 Januari 1492 Abu 'Abdullah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.

Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah.
Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.

Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam, mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.Cantiknya Perjanjian Granada. Tidak hairan, Abu 'Abdullah Muhammad boleh mengalah.

Namun pada tahun  1499, perjanjian itu diingkari, Cardinal Francisco JimĂ©nez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada.

Sesiapa yang didapati tidak Kristian Katolik akan disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad.


GAMBAR > SILA KLIK DISINI

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com