Rabu, 30 Julai 2014

JEJAK WARISAN ANDALUSIA 1



Andalusia merupakan kawasan pemerintahan orang Islam atau dikenali sebagai Moorish di Sepanyol.. Kawasan Andalusia meliputi Cordoba, Granada, Seville, Toledo, Valencia, Portugal, Selatan Perancis dan lain-lain. Muslim memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492 ( 781 tahun ).

Sejarah Perjalanan Penaklukan Andalusia




Pada bulan Rejab 97 H atau Julai 711 M, Thariq bin Ziyad Panglima Perang Islam ketika pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik atau al-Walid I dari Kerajaan Bani Umaiyyah telah mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara, Musa bin Nusair untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia Bersama 7.000 orang tentera yang dipimpinnya, Thariq bin Ziyad menyeberangi selat Gibraltar (Jabal Thariq) menuju Andalusia.

Setelah mendarat, beliau memerintahkan anak buahnya untuk membakar kapal-kapal yang membawa seluruh ahli pasukannya, kecuali kapal-kapal kecil yang diminta pulang untuk meminta bantuan kepada khalifah.




 Tentera Islam segera menyusun kekuatan untuk menggempur kerajaan Visigoth, Sepanyol di bawah pimpinan Raja Roderick. Atas pertolongan Allah swt, 100.000 pasukan Raja Roderick tumbang di tangan pasukan muslim. Raja Roderick telah terbunuh dalam pertempuran ini.

Setahun kemudian, Musa bin Nusair bertolak membawa 10.000 tentera menyusuli tentera Thariq. Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia berjaya ditakluki tentera Thariq dan Musa;

Pasukan tentera Musa dan
 Thariq bertemu di Toledo dan bergabung untuk menakluk Ecija. Kemudian mereka bergerak menuju wilayah Pyrenies, Perancis. Hanya dalam waktu 2 tahun, seluruh daratan Sepanyol berjaya dikuasai. Mereka juga berjaya menakluki Portugal beberapa tahun kemudian.



Hasrat Musa bin Nusair dan Thariq bin Ziyad ingin mara ke utara menakluki seluruh Eropah tidak kesampaian karena Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik  ( 705M - 715M ) telah memanggil mereka berdua pulang ke Damsyik . 

Thariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Sepanyol. Setelah bertemu Khalifah, Thariq bin Ziyad telah jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Kerajaan Cordoba (756-1031)




Apabila Kerajaan Bani Umaiyyah jatuh kepada Kerajaan Bani Abbasiah. pada tahun 750M, pusat pentadbiran Islam telah dipindahkan dari Damsyik ( Syria ) ke Baghdad ( Iraq ). Keadaan ini telah memaksa khalifah Bani Umaiyyah ketika itu, Abdul Rahman I (Abdul Rahman Al-Dakhil) mengasaskan kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua di Sepanyol dengan menjadikan Cordoba sebagai ibu kotanya. Ketika itu Islam sudah bertapak kukuh di sana. 


Kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua ini menjadi sangat makmur dan telah bertahan selama 736 tahun (756-1492). Pada tahun 929, sistem khalifah Bani Umaiyyah telah diwujudkan semula apabila Sultan Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol.



Zaman pemerintahan Abdul Rahman III merupakan zaman keemasan Andalus. Orang Islam dan bukan Islam dari serata dunia telah datang ke Cordoba untuk menimba ilmu ilmu di perpustakaan dan universiti di Cordoba. 

Cordoba juga telah berjaya menandingi Baghdad dalam pelbagai sektor. Rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. Kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pemerintahan Islam.

WARISAN SEJARAH PENINGGALAN KERAJAAN CORDOBA

1) Madina Zahra


Pada tahun 936, Abdul Rahman III mengambil keputusan untuk membuka satu bandar lain. Bandar Madina Zahra dibina 8 km dari Cordoba di kaki Sierra Morena . Nama itu diambil sempena nama isterinya Az Zaharah. Malangnya kegemilangan kota ini tidak bertahan lama apabila hancur diserang tentera Barbar sepanjang 1010 hingga 1013. Sekarang yang tinggal hanya lebih kurang 1 persepuluh bahagian sahaja untuk dijadikan tatapan pelancong.




2) Masjid Cordoba

Merupakan salah satu daripada tinggalan binaan-binaan kesenian Islam yang telah dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 784. Masjid Cordoba dibina dengan menjadikan seni bina Arab sebagai rujukan utama.


Tapak asal Masjid Cordoba pada mulanya merupakan kuil milik orang-orang Rom. Apabila Empayar Rom jatuh, kuil tersebut telah dijadikan gereja Kristian. Setelah orang-orang Arab berjaya menawan sebahagian besar Sepanyol pada awal kurun ke-8, mereka telah merobohkan gereja tersebut dan kemudiannya membina Masjid Cordoba.

Masjid ini melalui beberapa perubahan. Pada tahun
 961M, Abdul Rahman III memerintahkan pembinaan menara baru, sementara Al-Hakam II, telah membesarkan
bangunan masjid dan mengindahkan mihrab pada tahun 961. Pembaharuan yang terakhir dijalankan oleh Al-Mansur Ibn Abi Aamir pada 987.

Masjid ini adalah yang termewah daripada 1,000 masjid lainnya yang berada di bandar tersebut dan pada satu waktu masjid kedua terbesar di dunia Islam. Ia bercantum dengan istana Khalifah dengan tempat laluan yang dinaikkan, membenarkan pemerintah Cordoba untuk mengunjungi masjid tanpa risiko pembunuhan. Hari ini istana Biskop berdiri di tapak istana Khalifah

Dinding kiblatnya dan menara yang terdapat di sini berusia sejak abad ke-10. Setiap anjungnya memiliki sehingga 18 atau 19 gerbang. Gabungan tiang-tiang Roman telah digunakan, namun disebabkan ketinggiannya tidak mencukupi, tiang tambahan yang berbentuk segi empat telah diletakkan di atas tiang-tiang Roman tersebut. Tiang tambahan inilah yang menyokong gerbang-gerbang unik yang ada di sini. Gerbang-gerbang itu pula menyokong bahagian siling masjid ini.

Setiap gerbang yang ada di masjid ini adalah cantuman batu-bata merah dan batu putih. Gabungan unsur batu-batu tersebut berjaya mewujudkan konsep jaluran yang menakjubkan. Konsep jaluran merah-putih ini banyak mempengaruhi senibina bangunan di Sepanyol. Hiasan dinding pula mempunyai unsur flora di samping inskripsi dari Al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozek emas.




Pada tahun (1236) apabila Cordoba ditakluk oleh Raja Ferdinand III dari Castile, masjid ini telah ditukarkan menjadi sebuah gereja Kristian. Bermula di pintu masuk sahaja sudah terdapat beberapa binaan berupa patung-patung yang mempunyai lambang salib. Ini adalah perkara yang biasa pada ketika itu. Sebagai contoh Hagia Sophia di Constantinople telah ditukar menjadi sebuah masjid pada hari tentera Uthmanniyah memasuki bandar itu.

KEJATUHAN CORDOBA

Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara tahun 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031M. Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telahpun terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya Toledo dan Granada.




Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com