Khamis, 31 Julai 2014

ASHABUL KAHFI


Ashabul Kahfi adalah kisah tujuh orang pemuda yang beriman kepada Allah telah ditidurkan selama 309 tahun.

Kisah mereka Allah ceritakan dengan panjang lebar di dalam surah al-Kahfi ayat 9 hingga ayat 26.  

Mereka terdiri daripada tujuh orang pemuda iaitu
  1. Maksalmina 
  2. Tamlikha 
  3. Martunus 
  4. Bainunus atau Nainunus 
  5. Sarbunus 
  6. Dzunuanus 
  7. Kasyfitatanunus 


Firman Allah  

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣﴾  الکهف

 Maksudnya
“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. 
Surah al-Kahfi: 13) 

Raja Daqyanus atau Decius yang memerintah kerajaan Rom merupakan seorang raja yang zalim dan kufur kepad Allah. Beliau telah memaksa rakyatnya supaya murtad dari agama Allah yang dibawa Nabi Isa a.s. dan beriman dengan agama yang dianutinya..

Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan raja yang zalim itu.

Namun tujuh pemuda ini enggan tunduk dengan tekanan raja malah mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka meskipun menyedari nyawa dan diri mereka terancam






Raja Daqyanus telah memanggil mereka ke istana dan memberikan mereka tempoh beberapa hari sebelum mereka dimurtadkan secara paksa ataupun dibunuh.

Oleh kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda- pemuda ini telah melarikan diri bersembunyi dan berlindung di dalam gua.

Dalam perjalanan, mereka telah diekori oleh seekor anjing yang bernama Qitmir.

Lokasi Gua  

Terdapat 3 lokasi gua yang dikaitkan dengan kisah Ashabul Kahfi ini iaitu:
  1. Gua di Efesus, Anatolia, ( Turki ) menurut kepercayaan Orang Yahudi dan Kristian. 
  2. Gua di Jabal Qasiyun, Damsyik, Syria.
  3. Gua di Abu Alanda, 7km dari Pusat Bandar Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang digambarkan dalam Al-Quran.


Di dalam gua inilah, Allah telah menidurkan pemuda-pemuda ini selama 300 tahun atau  309 tahun mengikut kiraan tahun Hijrah.

Firman Allah  

وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا ﴿الکهف : ٢٥﴾ و

Maksudnya
Dan mereka telah tidur dalam gua mereka selama Tiga ratus tahun mengikut kiraan Masihi ) dan tambalah dengan sembilan tahun lagi (untuk kiraan tahun Hijriah).
Surah al Kahfi ayat 25

DIBANGKITKAN SEMULA DARI TIDUR  

Sebaik sahaja bangun dari tidur, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk dimakan. Akhirnya mereka bersetuju memilih Tamlikha ke kota untuk membeli makanan.









Suasana negeri ketika ini telah banyak berubah. Raja dan rakyat negeri itu telah beriman kepada Allah.

Penduduk kota merasa hairan melihat keadaan Tamlikha dan curiga setelah mendapati wang perak yang dibawanya adalah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi.

Tamlikha dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja.

DIBAWA KE ISTANA BERTEMU  RAJA YANG BERIMAN 

Alangkah terkejutnya raja ketika Tamlikha menceritakan siapa  sebenar dirinya lalu raja memeluknya dengan juraian air mata yang tidak terhingga.











Sebuah Masjid didirikan di puncak Gua Ashabul Kahfi
( Sila lihat gambar sebelum )

Setelah suasana kembali tenang, Raja dan sekelian yang hadir berangkat ke Gua bersama Tamlikha untuk bertemu dan menjemput  kesemua pemuda tersebut ke istana.

Raja telah mempelawa kesemua mereka untuk tinggal di istana namun mereka menolak dengan cara yang baik dan memilih untuk menetap di dalam gua sahaja.

Sekembalinya mereka ke dalam gua, mereka merebahkan badan di pembaringan lalu menghembuskan nafas mereka yang terakhir dengan tenang.


PENUTUP  
Sesungguhnya Allah telah membangkitkan Ashabul Kahfi adalah untuk memperlihatkan akan kekuasaanNya menghidupkan semula orang yang telah mati. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com