Isnin, 12 Disember 2011

MASJID KAMPUNG BARU


Masjid Jamek Kampung Baru adalah sebuah masjid lama yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur

Sejarah pembinaan masjid ini bermula dengan sumbangan sebidang tanah seluas empat lot oleh pedagang Melayu, Bachik Abdullah pada 1880-an.
Bachik yang berasal dari Melaka dan menetap di Jalan Melayu, Kuala Lumpur terkenal sebagai ketua orang Melayu Kampung Ujong Pasir yang dermawan.

Tanah sumbangan Bachik itu kemudian diwakafkan kepada Lembaga Pentadbir kawasan Kampung Baru pada akhir 1920-an untuk dibangunkan sebuah masjid.

Masjid pertama dibina berbentuk seperti sebuah balai sekadar memenuhi keperluan tempat sembahyang. Lantai balai berkenaan diperbuat daripada kayu manakala tiang daripada batang pokok nibong.

Sejak dari itu, kawasan berkenaan menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pedagang yang berdagang ke Kuala Lumpur melalui Sungai Klang. Disebabkan pertumbuhan penduduk begitu pesat, beberapa pengubahsuaian telah dijalankan terutama sekali bagi memperelokkan seni bina masjid.

Ketika proses pengubahsuaian kedua, reka bentuk masjid berkenaan seolah-olah seperti seni bina rumah Melayu Melaka. Tidak berapa lama selepas itu, keadam masjid kembali berubah wajah apabila bangunan baru didirikan. Usaha membangunkan bangunan baru adalah dari hasil bantuan dan gotong-royong penduduk kampung itu

Masjid Jamek Kampung baru dan Bubur Lambuknya

Masjid Jamek Kampung Baru dan bubur lambuk sudah sinonim pada masyarakat Kuala Lumpur bila menjelangnya bulan Ramadan. Memang hanya setiap Ramadanlah, orang ramai berpeluang menikmati keenakan bubur lambuk yang diberikan secara percuma. Sebahagian besar penduduk Kampung Baru dan sekitar Kuala Lumpur boleh dikatakan akan mengunjungi masjid ini bagi mendapatkan bubur lambuk.

Pada 30 November 2000, Masjid Jamek Kampung Baru menempa sejarah apabila 100 periuk bubur lambuk berjaya dimasak secara gotong- royong sempena pelancaran Bazar Ramadan 2000 peringkat kebangsaan.

Kejayaan itu membolehkan masjid berkenaan disenaraikan dalam The- Malaysia Book of Records bagi acara memasak bubur terbesar mengatasi catatan sebelumnya, iaitu 36 periuk.

Masjid Kampung Baru juga sering kali dikunjungi oleh pelawat-pelawat dari luar negara terutama sekali tokoh-tokoh agama dari Indonesia, Thailand, Singapura, India, Pakistan, Mesir, Arab Saudi, Jordan dan Amerika Syarikat.

0 ulasan:

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com