Ahad, 14 Ogos 2011

ZAKAT FITRAH


Ibadah zakat merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh umat islam. Para ulama berselisih pendapat dalam menentukan permulaan waktu membayar zakat.

Ibnu Hazm berpendapat bahawa permulaan waktu membayar zakat ialah pada malam hari raya manakala Imam Malik dan Imam Hambali pula berpendapat bahawa waktunya ialah dua hari sebelum hari raya. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari bahwa para sahabat mengeluarkan zakat fitrah satu hari atau dua hari sebelum hari raya.

Adapun Imam Syafi’e mengatakan bahawa zakat boleh dibayar sejak awal Ramadhan lagi. Ini adalah kerana kewajipan zakat fitrah adalah berkait rapat dengan kewajipan ibadah puasa. Imam Hanafi berpendapat bahawa ianya boleh dilaksanakan pada awal tahun.

NIAT MEMBAYAR ZAKAT

Imam Hanafi dan Imam Syafie sepakat mensyaratkan niat ketika membayar zakat. Namun begitu yang menjadi perbezaan antara kedua Imam ini Imam Syafie mewajibkan niat itu perlu dilafazkan.

Adapun Imam Hanafi menyatakan cukup dengan lintasan dalam hati itu dah dikirakan sebaai niat dan tidak perlu dilafazkan.


Sebab tu di Jordan yang kebanyakannya bermazhab Hanafi  akan memasukkan terus wang zakat mereka ( yang telah ditentukan kadarnya ) ke dalam tabung yang disediakan.

Bagi masyarakat Malaysia, niat engeluarkan zakat dilafazkan di hadapan amil amil yang dilantik. Lafaznya seperti berikut..
  • Ini wang menggantikan beras yang wajib bagiku, isteri dan anak anakku pada tahun ini kerana Allah Taala.
Imam Hanafi juga membolehkan penggunaan duit yang senilai dengan kadar wajib zakat bagi makanan ruji penduduk setempat.


ZAKAT FITRAH DI MALAYSIA - ADAKAH KITA BENAR- BENAR MENGIKUT IMAM SYAFIE ?

Susah nak cakap.
Bab niat kita ikut Imam Syafie yang mensyaratkan niat itu perlu dilafazkan tapi bab membayar zakat dengan menggunakan duit, terang-terang kita ikut yang lain pula.

Di dalam Feqah Syafie mengatakan bahawa zakat itu hendaklah terdiri daripada makanan ruji bagi penduduk setempat. Contohnya di Malaysia, makanan ruji penduduk Malaysia adalah beras maka dengan beraslah zakat fitrah itu dikeluarkan. 




Namun ini tidak berlaku , sebaliknya kita lebih senang dan mudah membayar zakat dengan menggunakan duit.

Imam Hanafi yang bekerja sebagai peniaga berpendapat bahawa penggunaan duit adalah lebih meluas lagi dari penggunaan beras kerana dengan duit, seseorang itu ada pilihan untuk membeli apa-apa yang diperlukan oleh keluarganya seperti membeli pakaian, membaiki rumah dan sebagainya. Sebaliknya dengan beras keluarga itu tiada pilihan lain melainkan untuk makan sahaja.

NASIHAT KEPADA PEMBACA

Sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah,
Kenapa mesti nak bertegang leher. Samada Syafie ke, Hanafi ke , Maliki dan Hanbali kesemua mereka ini adalah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Imam Hanafi adalah guru kepada Imam Malik dan Imam Malik adalah guru kepada Imam Syafie dan Imam Ahmad ibnu Hanbal ( Hanbali) pernah berguru dengan Imam Syafie. Sungguh pendapat mereka berbeza, ini tidak bererti mereka ini bermusuhan.

Kita boleh ambil mana – mana pendapat pun kerana kesemua pendapat mereka ini adalah berdasarkan kepada nas yang sahih dari AlQur’an , Hadith Nabi dan ijmak sahabat.

Di sini tidak timbul amalan rojak kerana apa yang dilakukan ini semuanya datang dari nabi. Imam-imam ini cuma kemukakan fatwa berdasarkan dalil-dalil yang ada atau yang sampai kepada mereka

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com