Selasa, 30 Ogos 2011

HARI RAYA DI PERANTAUAN


Berhari raya di perantauan ada kalanya amat memilukan. Apa tidaknya segala keindahan berhari raya bersama keluarga terpaksa diharungi dengan linangan air mata.

Namun di sebalik kedukaan itu pasti ada penawarnya. Ketiadaan orang yang tersayang bukanlah penghalang untuk kita bersuka ria dan berhari raya bersama rakan taulan malah berhari raya di perantauan lebih seronok dan meninggalkan kenangan yang paling manis.


Selain daripada itu pelbagai pengalaman baru dapat ditimba bila berhari raya di negara orang. Kalau di Jordan, solat aidil Fitri atau Aidil Adha diadakan di kawasan lapang dan para jamaah diminta membawa sejadah masing masing. 

Seandainya pada hari itu hujan turun ataupun cuaca terlalu sejuk maka masjidlah menjadi pilihan yang kedua.

Di sinilah pelajar Malaysia dan masyarakat tempatan mengadakan solat hari raya . Belakang - gambar bangunan Pusat Beli Belah ( Suuq Tijari ) Abu Nusair.

Suq Tijari Abu Nusair di Harah ( Seksyen ) Tujuh, Iskan (   Perumahan ) Abu Nusair.



Dataran Pusat Beli Belah Abu Nusair membelakangkan Balai Polis.

KUNJUNGAN HARI RAYA 


Rumah jiran rumah Abu Muhammad di Harah Tujuh, Iskan Abu Nusair


Muhammad ( pelajar dari Rusia ) berhari raya di rumah Ustaz Juhari Noor di Harah Tujuh.

Untuk makluman sahabat, rumah yang saya duduk ini ada tiga bilik dan ianya dilengkapi dengan perabut, dapur, peti sejuk dan sofa.


 Rumah Harah Tujuh

Di luar kawasan rumah pula terdapat pokok apricot, epal, peach dan zaitun.


Kadar sewa  bagi rumah ini sahaja akan mencecah antara JD 250 - JD 300 ( RM 1,000 - RM 1,200 ) satu bulan. Namun rezeki saya dan isteri saya murah kadar sewanya diturunkan menjadi JD 150 sahaja ( RM 600.00 ).


Berhari raya di rumah Ustaz Fuad Abdullah di Jubeiha. Di sinilah penempatan awal saya semasa mula-mula sampai ke bumi Jordan. 

Kebiasaannya selepas solat raya kami pelajar bujang ( Syabab ) akan serbu dulu rumah- rumah pelajar yang dah berkeluarga. Dah dekat penghujung raya barulah giliran kami  anjurkan rumah terbuka.

Nak cari ketupat dan lemang di sini memang tak akan jumpa. Antara menu utama hari raya di perantauan adalah laksa dari specati dan nasi Bukhara .


Ustaz Fuad bersama dua orang pelajar Turki sedang makan laksa

 
Di rumah Abu Ihab Tuan rumah saya semasa duduk bujang di Harah Tiga, Iskan Abu Nusair.

 Tak ingat raya kat rumah sapa.

Rumah Ustaz Sabri Harun di Harah Tujuh Iskan Abu Nusair. Kalau musim panas penuh anggur bergayutan di halaman rumahnya.

 Jiran rumah di Harah Tiga Iskan Abu Nusair

Iskan Abu Nusair ( Harah Satu - rumah Hayat Shah Konde & Che Wan Adnan ). Penempatan kedua selepas rumah Ustaz Fuad Abdullah.

Iskan Abu Nusair Harah Tiga. Masa tu raya jatuh pada musim sejuk sebab tulah pakai baju tebal

Dari kanan Ustaz Zulkifli Muda, Aziz budak Sarawak dan Hassan Sungip


Kenangan hari raya di Sweileh. Penempatan terakhir saya, isteri dan Luqmanulhakim sebelum pulang ke tanahair. 

MASYARAAT ARAB SAMBUT HARI RAYA

Gema takbir hari raya di perantauan amat berbeza sekali dengan di Malaysia. Kalau di tanah air takbir hari raya dialunkan dengan suara yang mendayu-dayu, penuh perasaan dan sedih namun di Jordan ianya tidak berlaku. Takbir hari raya di sini dengan penuh semangat juang, laju dan tidak meleret.

Bagi masyarakat di sini hariraya merupakan hari kemenangan dan bersuka ria. 

Sweileh

Berhari raya dengan masyarakat arab ni cukup simple tak macam kita meja penuh dengan ketupat, lemang dan sebagainya. Kalau kita pergi rumah arab, atas meja mereka cukup dengan coklat, gula-gula dan manisan yang diberi nama Kinafah.




Dibawah ini alunan takbir masyarakat Arab khususnya di Jordan




Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com