Saya nak cerita tentang satu kisah kehidupan. Mengisahkan seorang lelaki yg sangat panas baran. Panas sepanas panasnya. Dan panas barannye tak bertempat....
Begini, ada seorang lelaki ni baru je berumahtangga. Sikapnya terlalu panas baran. Ada sahaja yang tak kena dimatanya. Pendekkata isterinya semakin kurus kering dek menahan sikap panas barannya itu.
Kerana tidak tahan dengan sikap barannya, isterinya pun menanyakan pada mertuanya, kenapa anaknya bersikap begitu.
Mertuanya hanya tersenyum dan berkata,"baru setahun kahwin takkan tak boleh sabar dengan sikapnya, Mak dah 27 tahun bersabar, dan masih bersabar sehingga kini". Mertuanya hanya menjawab soalan itu dengn nada yg lembut sambil tersenyum. Memang penyabar benar mertuanya itu, bisik hatinya. ....
Dipendekkan cerita, suatu hari si isteri mengajak suami pulang ke kampungnya untuk melawat ibunya yg sakit. Si suami pun merungut-rungut. Marah-marahkan si isteri tadi. Dan menyatakan bahawa kerja di ofis terlalu banyak. Macamana nak balik kampung. Tapi si isteri tidak berputus asa. Memujuk dan terus memujuk. Dia faham benar akan sikap suaminya itu....Jenis sekali cakap, tak jalan....
Keesokkannya mereka pun pulanglah ke kampung halaman isterinya. (kira berjayalah pujukannya tu....)
Dalam perjalanan, berlaku kesesakan jalanraya. Sesak-sesesaknya. Kereta tak bergerak langsung. Si suami ni pun apa lagi, marah semahu-mahunya. Sehinggakan dia tergamak bercakap kenapa mak wanita ni sakit "time" sesak-sesak macam ni...Wanita ni hanya mendiamkan diri menahan sabar. Dia tahu sikap tersebut tak boleh dilayan. Kalau layan, boleh jadi gila.....
Melihatkan kemarahannya pada wanita tersebut tidak menimbulkan sebarang reaksi, lelaki tersebut melerpaskan kemarahannya pada orang lain pula. Dia membunyi-bunyikan hon keretanya. Memarahi kereta2 dihadapan. Sambil menjerit, "bodoh, ketepilah. Tak tahu bahasa ke. Binatang betul".Tapi dalam kesesakan tersebut, tiada siapa yg ambil peduli akan kerenahnya.
Dia tidak berpuashati lalu turun dari kereta. Dia pun meninjau di hadapan. Rupanya berlaku satu kemalangan. Dia pun bersesak-sesak nak melihat ke tempat kejadian. Ditempat tu org terlalu ramai. Dia tidak dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku di tempat tersebut. Dia berasak2, namun tiada yg mahu memberikan laluan.

Akhirnya dia menjerit"tepi,tepi. Tak faham bahasa ke korang ni semua. Bodoh betul. Binatang. Aku abang dia. Aku nak bawak dia pergi klinik." Selepas ungkapan tersebut, semua mata tertumpu kepadanya. Mereka terus memberi laluan. Dan ada yg tersenyum ketawa dan tak ketinggalan yg tercenggang-cenggang.Lelaki tersebut pelik, tetapi dalam masa yang sama di terus meluru ke hadapan untuk melihat si "mangsa" tadi. Alangkah terperanjatnya dia, bila mendapati seekor monyet telah mati dilanggar sebuah kereta.
Ha....apa rasa..Dia yg mengaku abang tadi, terus berlalu pergi...

0 ulasan:
Catat Ulasan