Ahad, 8 Ogos 2010

JAAFAR BIN ABI TALIB


Abu Talib termasuk dalam golongan bangsawan Quraisy dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat

Namun, kehidupannya juga susah dan mempunyai tanggungan yang banyak.
Dia pernah mengalami keadaan yang sangat susah ketika saat kemarau panjang. Tanamannya mati kerana kekeringan air dan banyak orang terpaksa memakan bangkai.

Bagi meringankan bebanan Abu Talib, Rasulullah telah mengambil Ali bin Abi Talib tinggal bersamanya dan Saidina Abbas ( juga bapa saudara Nabi) telah mengambil Jaafar bin Abi Talib.

Ja'far bin Abi Thalib (juga dikenali dengan jolokan Jafar-e-Tayyar) adalah sepupu Nabi Muhammad S.A.W ( anak lelaki Abu Thalib ) Ja'far dibesarkan oleh bapa saudaranya, Abbas bin 'Abdul Mutalib, kerana ayahnya yang miskin dan harus menanggung keluarga besar.
Dari sudut akhlak, tubuh badan dan rupa Jaafar bin Abi Thalib adalah yang paling mirip kepada
Nabi Muhammad berbandiang dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang lain.

Nabi Muhammad memanggil Ja'far, sebagai "Bapa orang-orang Miskin", kerana beliau selalu menolong dan membantu orang miskin dengan semua wang yang dimiliki. Ja'far bin Abi Thalib termasuk golongan awal memeluk Islam. Semasa di Madinah, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan beliau dengan Muaz bin Jabal r.a. Ja'far bin Abi Thalib telah bernikah dengan Asma binti Umais.

Hijrah ke Habasyah

Disaat pengikut-pengikut awal yang memeluk Islam menerima pelbagai seksaan yang pedih itu, maka turunlah surah al-Kahfi sebagai jawapan yang antara lain satu isyarat daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya itu supaya berhijrah.

Jaafar Bin Abu Talib telah mengetuai rombongan kaum Muslimin Mekah ke Habsyah yang terdiri daripada 83 orang lelaki dan 18 orang wanita. Sebaik sahaja rombongan ini tiba di Habsyah, mereka telah bergabung dengan kaum Muslimin dari Yaman seramai 50 orang di bawah pimpinan Abu Musa Al-Asy dan Jaafar bin Abu Talib telah diangkat sebagai ketua kumpulan.

Melihatkan kepada keadaan di Habsyah ini, dua orang wakil dari kaum Quraisy telah dihantar oleh pembesar mereka untuk berjumpa dengan Raja Habsyah yang bernama Raja Najjasi, dengan harapan untuk mengembalikan semula rombongan dari Mekah ke Mekah. Dua wakil Quraisy itu adalah Amr bin As dan Imarah bin Walid. Kedua-dua nya diutuskan kepada Raja Najjasi dengan membawa hadiah untuk dipersembahkan.

Sebaik bersua dengan Raja Najjasi (Ashamah al Najashi ), mereka berkata “ Sesungguhnya satu rombongan kaum kerabat kami telah meninggalkan Mekah dan lari ke negeri tuanku. Mereka lari kerana tidak suka kepada kami dan agama kami, bahkan mereka tidak mengikut agama tuanku. Sesungguhnya pemimpin Quraisy mengutuskan kami untuk menjumpai tuanku, dan supaya tuanku mengembalikan mereka ke Mekah”

Lalu, Jaafar bin Abu Talib selaku ketua kumpulan kaum Muslimin tadi datang bersama beberapa orang kaum Muhajirin mengadap Raja Habsyah tanpa memberikan rukuk hormat sebagaimana adat di istana, lalu Raja Habsyah pun bertanya “ Mengapa kamu tidak hormat seperti adat yang biasanya dalam istana ini?”

Lalu, Jaafar bin Abu Talib pun menjawab dengan rendah dirinya,
“ Kami telah memberikan penghormatan kepadamu dengan cara penghormatan ahli syurga. Kami memang tidak rukuk kecuali kepada Allah.”
Raja bertanya: “Agama apa yang kamu anuti itu sehingga kamu rela meninggalkan kaum kamu tidak mahu masuk agamaku dan tidak agama-agama lain?”

Jaafar menjawab,” Wahai raja! Kami ini adalah kaum jahiliah, penyembah berhala, memakan bangkai, kuat menindas orang yang dhaif. Kemudian Allah mengutuskan seorang rasul kepada kami, ia diutus dari kalangan kami sendiri dan kami sudah tahu tentang kejujurannya, pemaaf dan amanahnya. Beliau mengajak kami meng-Esakan Allah serta meninggalkan perbuatan menyembah berhala.”

“Oleh kerana kami mengikutnya, maka kami diseksa dan ditindas dengan tujuan supaya kami kembali ke zaman jahiliah. Disebabkan hebatnya penindasan dan penekanan mereka, ini maka kami lari ke negeri tuan. Kami memilih negeri tuan kerana ingin dekat dengan tuan. Kami harap tuan tidak menganiaya kami”. Begitulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Jaafar bin Abu Talib.

Apabila merasakan misi mereka mula menampakkan kegagalan, maka Amru al As mencelah dan berkata: "Wahai paduka baginda, sesungguhnya mereka menuduh Isa (Nabi) dengan perkataan-perkataan yang tidak baik".

Sebagai seorang raja dan juga pendeta agama Nasrani. Raja Najjasi telah menguji sekali lagi pengetahuan Jaafar bin Abu Talib tentang Nabi Isa.

Tanpa sebarang ragu-ragu Jaafar pun membacakan beberapa ayat dari permulaan surah al-Maryam. Sebaik Raja itu mendengar bacaan surah Maryam dari Jaafar, lalu beliau menangis sambil berkata,” Sesungguhnya ini dan yang dibawa oleh Isa adalah berasal dari satu sumber”. Raja Najjasi akhirnya memeluk Islam, dan diikuti dengan ramai rakyat dinegerinya.

Kemudian, Raja Najjasi mengisytiharkan akan melindungi orang-orang Mukmin yang berhijrah serta memulangkan hadiah hadiah yang dibawa kepada dua orang utusan Quraisy.
Maka wakil-wakil Quraisy itu akhirnya terpaksa pulang dengan kegagalan

Ja'far bin Abi Thalib pulang dari Habsyah sewaktu penaklukan Khaibar ( Tahun 629M ) dan turut menuju ke Khaibar bersama dengan Abu Musa Al-Asy'ary. Pada tahun ke 8 Hijrah, Ja'far bin Abi Thalib mengikut perang Mu'tah dan gugur syahid di sana. Peperangan Mu’tah merupakan peperangan pertama umat islam dengan pasukan Rom

Tiada ulasan:

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com