Rabu, 30 Jun 2010

MASJID UMAWI


Masjid ini telah dibina pada tahun 86 hijrah bersamaan dengan 705 masihi iaitu .pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Bani Umayyah (86 – 96 Hijrah) = (705 – 714 Masehi)
Ia didirikan di atas tanah yang sudah beribu-ribu tahun menjadi pusat peribadatan dan awalnya merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Semitik Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasqi (zaman Romawi) dan ketika agama Kristian berkembang di Damsyik pada abad ke-4 Masihi tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica”. bersempena terdapatnya Makam John The Baptist (Nabi Yahya a.s) di kawasan tersebut

Ketika Islam sampai ke Damsyiq pada tahun 636 Masihi umat Islam dan Kristian bersepakat untuk membahagi tempat ibadah tersebut menjadi dua bahagian, sebelah timur Masjid dan sebelah barat Gereja. Mereka beribadah secara bersama-sama dalam suatu tempat yang hanya dipisahkan oleh dinding pemisah. Umat Islam mengumandangkan azan, sedangkan Kristian membunyikan lonceng. Keadaan ini berlaku kurang lebih 70 tahun iaitu sehingga tahun 705 M.

Sehinggalah Khalifah Al Walid bin Abdul Malik berfikir untuk membangunkan sebuah Masjid yang megah sesuai dengan keperluan kaum Muslim dan pemerintahan Islam waktu itu. Berdasarkan hasil musyawarah antara kedua belah pihak (Islam dan Kristian) maka sebagai gantinya Khalifah mengizinkan dibangunkan gereja-geraja di daerah Bab Touma dan sekitarnya. Selepas itu sekitar 10 tahun berdirilah Masjid Umawi yang besar dan megah dengan ukuran panjang 150 m dan lebar 100 m.

Masjid ini merupakan masjid tertua di Syria. Di timur masjid ini terdapat masjid Saidina Umar dan Masjid Saidina Ali. Ia pernah menjadi tumpuan para Sahabat bertemu dan berbincang mengenai hal-hal Islam satu ketika dahulu.

Masjid ini telah dihias indah dengan mozek-mozek kecil yang mengambarkan corak tanaman dan ladang, bandar dan istana yang mewujudkan suasana kedamaian campuran klasik dan ketimuran. Tiada unsur kemanusian yang wujud pada dinding-dinding masjid sepertimana sering kelihatan di gereja-gereja lama Kristian.

Masjid ini telah kekal selama 1200 tahun dan melalui pelbagai zaman dan rintangan. Ia pernah diserang tentera Mongol, pernah berlaku gempa bumi dan juga kebakaran pada tahun 1893. Sehingga kini, ia masih kekal teguh meninggalkan pelbagai rentetan sejarah dan bakal tertulis apa juga 'keputusan' sejarah.

Di dalam masjid ini juga terdapat kepala Nabi Yahya a.s. Nabi Yahya telah dipenggal oleh kaum yang ingkar pada seruannya. Selain daripada itu, kepala Saidina Hussain, cucunda Nabi s.aw. juga dimakamkan di sini. Makam ini terletak berdekatan dengan pintu Turbah Kamiliyyah.

Saidina Hussain telah syahid di bumi Karbala pada tahun 61 hijrah. Badannya dikebumikan di Karbala sedangkan kepalanya dihadapkan kepada Khalifah Yazid bin Muawiyyah di Damsyiq ini. Kepala ini kemudiannya dimakamkan di dalam masjid ini.

Gambar - gambar sekitar masjid Umawi, Sila klik disini

Tiada ulasan:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

NASYID (UMMI, YOUR MOTHER & MU'ALLIM)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

ABU LUQMAN AL URDUNI

Hosted by RockYouPhotos.com